Monday, 3 September 2012

Video penutup MYC 2012

Bismillah.

Hujung minggu menuju ke Kalumpang untuk MYC 2012. InshaAllah beritanya akan menyusul sebaik sahaja gambar-gambarnya keluar di alam maya. Setakat ini, saksikan dulu video penutup yang disunting oleh si Burhan yang hensem.




Aksi yang si Adin keluar dari sungai tu sila jangan percaya. Mati, hidup semula pun silalah jangan percaya.

Sekian dari Syuib0809

Tuesday, 28 August 2012

Malu Pengkapelan

Bismillah..

Buka beberapa blog kenalan, aku terjumpa satu analogy yang menarik.

"Wanita ibarat epal. Epal yang tidak baik amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi epal yang merah dan segar berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Tetapi kadangkala kerisauan menjengah sanubari si epal, mengapa dirinya masih belum dipetik lagi? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ALLAH meletakkan martabatnya di tempat tinggi yang tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman, hebat dan tidak berputus asa saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tetapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya."


Analogy di atas mengingatkan aku kepada sebuah cerita yang berlaku di IPTA Malaysia. Seorang muslimat yang bertudung labuh, sedikit risau bila melihat rakan-rakan lain sudah mula punyai pasangan. Entah macam mana, muslimat ni minat seorang lelaki di kampus yang sangat-sangat kacak. Lalu kawan-kawan dia nasihat, kalau nak ngorat laki kenalah pakai seksi-seksi sikit. Baju kurung dan tudung labuh ni, dah ketinggalan zaman. Sedikit memeranjatkan, perempuan tersebut akhirnya mencabut tudung.


Ceritanya menarik bila mana ada muslimin lain yang sebenarnya menaruh harapan dan bercadang untuk melamar muslimat tersebut. Namun perubahan tersebut menghancurkan hati muslimin yang kalau diikutkan dalam cerita tu agak hensem dan alim. Hmmm.........

Kisah-kisah Reunion

Reunion baru-baru ni menemukan aku dengan sahabat-sahabat yang sudah meningkat remaja. Umur yang sudah mula memikirkan cintan-cintun sebagai perkara kedua terpenting selepas belajar. Ada beberapa orang yang memikirkan pernikahan sebagai perkara serius. Namun, ada yang rancangan pernikahannya mungkin 3-4 tahun lagi, namun sudah mula menyapa setiap hari di YM, SKYPE dan MUKA BUKU. Tidak kurang juga yang sudah pandai memperkenalkan kekasih kepada rakan-rakan. Malah, membuka kisah-kisah di blog, ramai dikalangan rakan perempuan yang berdoa supaya "hubungan" dengan kekasih sekarang kekal bertemu di atas pelamin. Fuhh..

Nak tak nak, aku rasa berkongsi dengan rakan-rakan adalah satu kemestian untuk merubah paradigma. Aku sendiri risau kalau-kalau Allah uji aku dengan budaya ber"couple" ni. Dalam beberapa kesempatan, aku titipkan sedikit pesanan supaya rakan-rakan take note bahawa formula terbaik untuk kekalkan kebahagian RUMAH TANGGA ialah jangan undang murka Allah sebelum bernikah dan sewaktu bernikah. Dan buku terbaik yang aku mampu cadangkan ialah "AKU TERIMA NIKAHNYA".

Sukar sungguh mahu katakan kebanyakan yang dibuat sebelum kahwin sudah ada ZINAnya.


MALU dan ANTi-Perempuan?

Aku teringat dari tingkatan satu sampai tingkatan tiga, memang hubungan lelaki dan perempuan dalam kelas kami berada pada tahap paling teruk. Tiada satu pun lelaki dalam kelas aku bercinta dengan permpuan dalam kelas aku. Bergaduh memang banyak sekali terutamanya aku. Berlanjutan sehingga tingkatan lima, memang kebanyakan rakan-rakan aku tidak biasa bercampur-gaul dengan perempuan. Hatta sopek dorm aku yang ganas tu pun tak pernah aku nengok dia mengayat perempuan.

Walaupun sekolah jenis campur, kami lebih suka buat aktiviti sesama lelaki berbanding aktiviti bercampur. Memang boleh lihat kalau ada event-event akhir tahun batch, orang lain duk sibuk tangkap gambar lelaki perempuan, aku dan rakan-rakan mesti duk elak dan selesa bergambar sesama lelaki sahaja. Nak cakap kami kuat agama waktu tu, takdelah plak. Akhirnya, aku boleh katakan semua rakan-rakan jenis ni agak menjaga pergaulan mereka hinggalah berada di Universiti. Dan bila buat reunion pun, mesti sesama lelaki je.

Sebenarnya diorang ni banyak je yang tak tahu malu, tapi dengan perempuan malu itu Allah berikan sebagai perisai. Aku boleh kata kalau aku tak malu dengan perempuan, memang teruk hidup aku. Mudah-mudahan Allah pelihara malu gila-gila aku ni sampai bila-bila.

Dalam Sahih Bukhari nabi kata:

"Antara ungkapan nabi-nabi terdahulu yang dijumpai orang ialah Kalau engkau tidak MALU, maka lakukan apa yang engkau inginkan".


Sekian dari Syuib0809

Sunday, 26 August 2012

Reunion Raya

Bismillah.

Sedikit coretan untuk raya ketiga bersama rakan-rakan. Rata-rata yang hadir hanya berpisah dari mata aku dua tahun sahaja. Kali terakhir kami berjumpa ialah waktu raya 2010 yang telah aku tulis kisahnya di sini. Antara yang paling semangat nak buat "reunion" ni ialah si bayern. Dan menggunakan jemputan rumah terbuka Dina sebagai tempat untuk kami berkumpul. Aku, adam dan bayern sudah ke sana bermula jam 10 pagi. Sekitar 10.30 pagi dah sampai di Gulam Rasul berhampiran Lekir.

Tidak lama menunggu, latif gibak, kamal amri dan syahir datang menerjah dari belakang.
Sementara menunggu satu rombongan dari Hutan Melintang, kami pun nyembang mengupdate perihal masing-masing. Sambil tu, duk mengumpat budak2 hutan melintang ni yang datang punyalah lambat.

Sebaik sahaja semua sampai, kami terus bergegas ke rumah Pape(Nizam) kat teluk batik. Memang lawa sungguh rumah dia. Makanan yang dihidangkan pun punyalah banyak dengan Nasi Lemak bagai. Tapi terpaksa jaga-jaga sebab lepas ni nak serbu rumah dina plak. Lepas makan, solat zuhur jap dan terus ke rumah terbuka tersebut.

Bersama tuan rumah

Aku boleh katakan kami jelah kot kawan-kawan Dina yang dari SEMESTI dan mungkin juga boleh digelar orang asing. Hanya Aisamuddin je yang ayah si Dina ni kenal, yang len buat muka selamba je lepak lama-lama. Siap sambung duduk dalam rumah lagi tu. Sebagai budi bicara, kami pun tolong untuk cabutan bertuah yang dibuat secara "bidan terjun". kami tukang gunting nama, lipat-lipat kertas and then masukkan dalam balang plastik. Ntah tak tahulah macamne, 8 dari 13 orang antara kami terpilih dalam cabutan bertuah tersebut.

Kami bertandang di rumah si Dina ni dari kul 2 sampai 5.30 petang. waduh!

Petang tu, masing-masing tak teringin nak balik rumah. Memang susah nak jumpa balik lepas ni, jadi kami plan bersiar-siar kat teluk Batik. pape belanja naik bot sebab semua tak nak terjun kat Laut. Sebab masing-masing tak bawak baju lain nak tukar. Plan berlanjutan hinggalah kami bercadang untuk makan malam bersama-sama. Masing-masing dah dapat duit raya dari ayah Dina, jadi takdelah masalah sangat. Makan steambot kat Shabu-Shabu area manjung. Aku pernah datang sekali dua tahun yang lalu, dan ni kali kedualah kiranya. Harga dah naik.

Boat Free. nampak berat sebelah

Kami akhirnya terpaksa pulang sebab dah lewat sangat kalau tak bertolak jam 10 malam. Ada satu yang aku pelikkan ialah kenapa takde sorang pun perempuan batch kami yang hadir kat rumah terbuka si Dina ni? nak je buat spekulasi. Dan pertemuan ni, aku sedikit hampa sebab tak dapat jumpe si Sopek. Duk beraya lagi di kampung katanya. InshaAllah jumpe lah lagi hendaknya.

Masing-masing sedikit sebanyak berubah. Ade yang peduli, dan ada yang tidak peduli dengan masalah UmmaH. Aku sangat risau dengan produk SeMESTI. And I must Do Something!


Sekian dari Syuib0809

Monday, 20 August 2012

Rayakah Syaitan?

Bismillah..

Tidak pasti mengapa, tapi aku sangat rimas dengan suasana raya di Tanah Air sendiri. Tetiba aku berfikir, antara makhluk Allah yang paling gembira ketika raya sudah tentulah Syaitan. Musim mereka ini dibelenggu sudah tamat, maka berpesta adalah satu kemestian untuk mereka-mereka yang baru di"bebas"kan. Dan menariknya, pesta ini seperti diolah dengan cara peRAYAan kita di Malaysia.



Setiap tahun, perkara yang sama berlaku. Seolah-olah:

Raya alasan terbaik untuk meninggalkan solat wajib berJemaah
Raya alasan terbaik untuk memasak dan melewatkan solat.
Raya alasan terbaik untuk berhias diri pada tahap maksima.
Raya alasan terbaik untuk bercampur antara lelaki dan perempuan.
Raya alasan terbaik untuk menghidangkan rancangan berkonsepkan nyanyian dan joget-jogetan.
Raya alasan terbaik untuk memberhentikan segala macam rancangan agama seperti di bulan puasa.

Alasannya mudah, raya Setahun Sekali!!

Semalam sebelum solat sunat Hari Raya, aku sempat menyemak kembali Peperangan Ahzab. Perang yang berlaku sekitar 7 syawal atau kata orang-orang melayu sebagai "Raya ke-tujuh". Menyaksikan musuh nabi dari dalam dan luar Madinah bergabung semata-mata untuk membalas dendam kepada Nabi dan melumpuhkan ummat Islam. Persiapan para sahabt di bulan syawal bukanlah dengan membuat open House, masak rendang mahupun kacau dodol. Tapi sebaliknya menggali parit seperti yang dicadangkan oleh Salman Alfarisi.

Walaupun tidak ramai yang terkorban dalam perang ni, namun ianya peperangan yang sangat menekan "emosi" para sahabat. Dengan jumlah lawan yang lebih tiga kali ganda dan mereka ini dikepung, lalu rasulullah memberi satu impian baru kepada mereka dalam menaikkan semula semangat para Sahabat. Rasulullah berkata:

"Kota konstantinopel pasti akan berada di tangan kita suatu hari nanti. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik tentera, adalah tenteranya"

Nabi menghantar "perisik" yang menyebabkan gabungan bani-bani ini sebagai tentera bersekutu(Ahzab) berpecah belah. Kemenangan juga berjaya dicapai apabila Allah menurunkan taufan/angin yang sangat kuat kepada para tentera Ahzab.

Surah Al-Ahzab: Ayat 9:
Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah yang telah dikurniakan kepadamu ketika datang kepadamu tentera-tentera, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.


Maka ianya disambut dengan laungan yang sering disedihkan oleh orang Melayu:

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar...........


Sekian dari Syuib0809.


Saturday, 18 August 2012

Secangkir Teh pengubat Letih

Bismillah

Secangkir teh pengubat Letih menyebabkan aku sangat teringat-ringat tentang Turkey. Bahasa lainnya, Rindu. Aku memang terpaksa mengiyakan segala yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal mengenai Turkey. Antara negara majoriti Islam yang tinggi dengan Adab, Peramah dan juga pembersih. Negara islam lain memang biasanya kasar-kasar dan selalu sangat "menipu" hatta di Mekah sekalipun.

Aku tidak malu untuk mengaku, memang menitis air mata aku membaca buku ni. Membayangkan bagaimana tertekannya masyarakat Islam yang dipimpin oleh muslim, namun disekat oleh "agama" yang diberi nama Sekularism. Untuk memakai tudung sahaja, kena fikir masak-masak. Tidak seperti Malaysia, tudungnya dipakai sebab takut diperli oleh makcik-makcik, lalu berakhir dengan tudung tanpa ilmu yang terus menerus memberi saham untuk masuk ke neraka. Aku secara jujurnya rimas dengan mereka-mereka yang bertudung tapi berlengan pendek. Satu kejutan budaya di negara sendiri!

Ketagihan TEH

Aku tertarik dengan maklumat mengenai teh di Turkey. Rupe-rupenya ia dimasak terlebih dahulu dan menyebabkan perut tak meragam bila minum. Aku pun dah lupa berapa banyak kami telan kat turkey dulu. Breakfast minum teh, tengah hari minum teh, pergi kedai cenderamata minum teh, tengok orang buat pasu pun dapat teh, berhenti kat RnR minum teh lagi dan duk sembang-sembang pun tetibe ade orang belanja teh. Aku ingat lagi, harganya memang murah sekitar 50 kurus. Cawannya memang kecil, dan akan disertakan dengan gula cube dalam dua ketul. Teh dia sahaja mungkin mengimbau begitu banyak kenangan.


Kembalikan kegemilangan Islam.

Aku tiada harapan yang begitu besar melainkan berharap turkey kembali menjadi gemilang seperti dahulu. Mengangkat Islam kembali di tempat asalnya setelah jatuh begitu sahaja. Setakat ni, aku hanya nampak turkey sebagai contoh teladan yang baik sebab orangnya memang sangat baik dan mengambil berat. Perjuangannya bukan senang, sudah beberapa kali parti yang cenderung membawa Islam disekat dengan cara pengharaman dan juga rampasan dari tentera. Usaha mereka mungkin tanpa iman yang kuat hanya menyebabkan lelah. Bayangkan sahaja, sekolah-sekolah tahfiz diserang dan ditutup, pelajar perempuan tak dibenarkan bertudung dan siapa yang masih ingat, bagaimana seorang kanak-kanak memakai tudung dan dipulaukan oleh orang Islam dikelasnya sendiri.

Sekular malaysia mungkin tidak teruk seperti itu, namun jangan biarkan kotoran Mustapha kamal itu melekat sedikit pun pada negara kita, kerana kesannya sudah semakin jelas sekarang.

Aku sangat rindukan turkey. Memang antara tempat yang aku teringin nak pergi kembali. Tak puas rasanya melihat bumi Khalifah. Bumi yang Allah angkat bukan kerana mereka bangsa Arab, dan memang pun mereka bukan orang Arab!!


Sekian dari Syuib0809

Monday, 13 August 2012

Membaca

Bismillah.

Aku secara jujurnya bukan orang yang kuat membaca buku. Memang dari sekolah, kalau baca pun mesti buku akademik sebab nak score periksa. Kalau nak seronok sikit, duk pinjam komek majalah kreko/utopia and the geng dari rakan-rakan yang baru balik outing. Rumusan pembuktian, aku memang sangat tak minat nak ambik bidang medic yang penuh dengan bacaan.

Tapi nak tak nak, memang rakan-rakan sangat galakkan membaca berbanding menonton video. Kalau aku ke rumah senior di luar Leicester, memang kebanyakan isi rumah mereka ialah buku non-academic bertujuan menjadikan pemuda lebih peduli dengan dunia dan Islam khususnya. Kadang-kadang, siap ada library lagi seperti rumah Usop kat Dublin.

Aku teringat balik sebab utama aku beli Ipad antaranya sebab nak membaca. Tapi beberapa bulan ni objektifnya selalu gagal sebab sangat sukar nak cari bahan pdf yang menarik di internet. Malah, Ipad tersebut semakin galak untuk menjadi bahan permainan semata-mata dan juga melayari Internet.

Waktu MOC hari tu, kebanyakan penceramah yang hadir memang akan bawak buku hasil penulisan mereka. Antaranya ialah Ustaz Hasrizal yang terkenal dengan buku Aku Terima Nikahnya. Tiga tahun di Uk memang aku susah nak dapat buku die. Jadi, kesempatan yang ada aku duk balun buku Rindu Bau Pohon Tin dan juga Secangkir Teh pengubat Letih. Memang menarik kedua-dua buku ni. Walaupun lambat membacanya berbanding orang lain, tapi lebih baik dari tak baca lansung.


 







Baru-baru ni, aku sempat berjumpa dengan Ustaz Ridhuan Md Nor. Memang hebat orangnya penuh dengan ilmu. Sepanjang ceramah beliau, memang terbuka sungguh mata aku. Lepas habis, dia bagi potongan harga khas untuk aku dan rakan-rakan. Sungguh banyak buku yang dia bawak. Tapi pasal takde duit, memang dapat beli sikit jelah gamaknya. Antaranya buku pasal memali yang aku pernah baca versi lain. Saja beli untuk orang lain baca. Dan antara buku ter"hangat" yang ada kat situ ialah "Isteriku, I love You". Bukan buku cinta atau novel, tapi lebih kepada buku Fiqh.


Memang beli tak semestinya akan baca, tapi membeli adalah langkah pertama untuk membaca

Sekian