Thursday, 17 February 2011

Masak dan Rempah

Bismillah.

Peperiksaan barangkali sesuatu yang amat menakutkan, amat menekan dan juga amat meletihkan. Menariknya, peperiksaan juga mampu menyebabkan kita nak buat macam2 bende. Teringat waktu aku exam bulan satu hari tu, macam-macam benda aku mengidam. Boleh dikatakan ada satu minggu tu, hari-hari aku pergi Pasar Leicester. Antara bende yang "pelik" yg aku beli ialah sotong dan telur itik. Tetibe je nak makan sambal telur itik, n then paksa Izwan masakkan. Beli sotong yang teramat mahal and then masak sotong masak lemak. Masak Chicken Chop dan bla3... Sekarang, dah hmpir 3 minggu exam aku tu tamat.

Tapi sekarang, musim Izwan plak periksa. Ntah ape ke hal nya, Izwan ni plak mule mengalami sindrom yang sama. Malam tadi tetibe die cakap "Ko tau tak, ade orang dah jumpe resepi KFC tu. Kena guna lebih kurang 11 rempah".. Tup2 pagi tadi, punye semangat brother ni pergi Morrison beli rempah-ratus semua. Maka, memang penuhla rumah Burnmoor sekarang ni dengan rempah-rempah. Tanpa banyak buang masa, mari kite tengok rempah-rempah yang digunakan. Rumah aku kat malaysia tak banyak rempah2 mcm ni.

Rempah-rempah yg baru dibeli. Penuh lagi

Marjoram tu ape?

Paprika powder dan bedak lada hitam. Haha

Boleh dikatakan kat UK ni takdelah susah sangat nak cari rempah-ratus semua ni. Cume masalahnya bila kite tak tau nama die apa. Jadi agak malaslah nak cari. Kalau macam kat Leicester ni, kelebihan penduduk india yang sangat banyak di sini menyebabkan amat mudah untuk jumpe rempah ratus. Mari kite belajar bahasa Inggeris sikit.

Star anise-Jintan Manis
cardamom pods-Buah pelaga
Cinnamon Sticks-Kulit kayu manis
Kaffir lime leaves-Daun limau purut(xde dalam gambar)

Koleksi rempah ratus rumah

Oklah, kembali kepada buat ayam KFC tadi. Izwan ni masuk 11 rempah dalam tepung dan gaul-gaulkan. Resepi ni die dapat dari Internet dan punye semangatlah nak buat, sampai tak ingat exam. Haha. Padahal kami baru lepas makan malam. Tapi pasal aku teringin nak rasa ayam KFC die ni, maka buatlah kami sama-sama. Setelah beberapa minit, maka siaplah ayam goreng tersebut. Walaupun takdelah KFC sangat, tapi rasa die agak sedap. Mungkin sukatan2 rempah ni masih tak berapa betul. InshaAllah baiki lagi nanti.

Itu die chef wan

Habis bertepung dapur

Hasil pertama.

Duk luar negara ni, nak tak nak memang kena rajin masak2 ni. Hanya dengan rajin je baru boleh reti masuk. Perlu berani mencuba. Tapi bahaya gak lelaki suke masak ni, nanti tak pasal2 kuat komplen masakan Isteri. Aduih.. Tapi biasanya lelaki ni malas, jadi isteri je yg akan masak. Dan bile isteri je yang masak, bertambah lah meleternya kan?

Semasa Umar memegang jawatan pemerintah Islam menggantikan Abu Bakar, seorang lelaki datang ke rumahnya. Lelaki itu berhasrat untuk mengadu berkaitan dengan hal isterinya.

Apabila hampir tiba di rumah Umar, dia tercegat di hadapan pintu rumah pemimpin Islam itu. Dari luar rumah, dapat didengari suara leteran isteri orang ternama itu. Pada masa itu, isteri Umar ialah Ummu Kalsum bin Ali, anak kepada Ali bin Abi Talib. Yang anehnya, suara Umar langsung tidak kedengaran.

"Sekiranya beginilah keadaannya semasa berhadapan dengan leteran isteri sedangkan di luar beliau dikenali sebagai seorang yang berani dan tegas, bagaimana pula saya? " Lelaki itu berfikir sendirian.

Kemudian, dia melangkahkan kaki meninggalkan rumah Umar. Ketika itu, Umar membuka pintu. Lantas beliau menyapa dan bertanya tujuan kedatangan lelaki tersebut.

"Tujuan saya datang ialah untuk mengadu perangai buruk isteri saya yang suka berleter. Tetapi apabila terdengar isteri tuan sedang berleter sedangkan tuan tidak berkata apa-apa, lalu bagaimana pula keadaan saya? " Lelaki itu meluahkan perasaannya.

"Aku bersabar mendengar leterannya kerana beliau ada hak ke atas daku," Umar menjelaskan keadaan.

"Isteriku memasak, mengadun roti, membasuh pakaian dan menyusukan anak, sedangkan kebanyakan yang dilakukannya itu tidak diwajibkan ke atasnya. "

Lelaki itu mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan mendengar penjelasan Umar.

"Isteriku juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan haram. Itulah sebabnya aku bersabar dengan leterannya."

"Benar segala apa yang tuan katakan. Isteri saya juga melakukan semua itu," akur lelaki itu.

"Bersabarlah. Leteran mereka hanya sekejap sahaja." Umar menenangkan.

Lelaki itu pulang dengan wajah yang lebih tenang berbanding semasa dia tiba ke rumah pemerintah Islam itu.


Sekian dari SYUIB 0809

Wednesday, 16 February 2011

Telinga.

Bismillah.

Akhir-akhir ni tak banyak yang ingin aku kongsikan di blog. Tak tahulah mengapa, mungkin inilah dilema orang berblog aku rasa. Lagi satu, mungkin kerana aku agak ajak jarang keluar kot akhir-akhir ni.

Selepas demam yang agak tak best minggu lepas, telinga aku mendapat kesan yang agak menarik. Tak sangka plak boleh jadi macam ni. Telinga sebelah kiri aku mula kurang berfungsi minggu lepas. Aku tak rasa ianya masalah gegendang, cuma mungkin ada sumthing yang sekat gelombang untuk masuk ke telinga aku. Beberapa ujian yg aku lakukan memang menampakkan ada sesuatu yang tersekat dan mungkin ianya tahi telinga. Tanya budak2 medic, diorg kata aku tak sepatutnya korek telinga. Aduih.

Oleh kerana risau, aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor terus. Oleh kerana ini first time aku jumpe doktor kat UK, maka bertanya-tanya gak la kat ferd n the geng. Lepas hantar je assignment Isnin tu, aku terus bergegas ke klinik berhampiran Freemen. Cadangnya hanya nak wat appointment, sekali doktor available la plak time tu. Jadi aku pun buat jelah waktu tu. Sekitar jam 11 pagi, menyebabkan aku terpaksa masuk kelas lewat.

Freemen's Common Health Centre

Lepas nama dipaparkan, aku pun masuk ke bilik no 7 dan kelihatan seorang doktor perempuan. Nampak macam pakistan, tapi nama macam orang putih. Lepas tanya2, die pun masukkan alat yang cek telinga tu. Aku dah selalu nmpak alat tu sebab kat Malaysia dulu pun aku pernah ada masalah taik telinga tersumbat. Lepas cek, die gune plak besi yang mengeluarkan bunyi(kat makmal fizik sekolah banyak) untuk test aku dengar ke tak. Memang susah betul aku nak dengar terutamanya belah kiri telinga aku. Akhirnya, doktor tu mengalah dan bercadang rujuk aku ke pakar. Aku assume doktor ni tak banyak pengalaman sebab nmpak muda sangat. Kalau doktor Razak InshaAllah dah tau.


Sebelum keluar, doktor ni bagi aku satu kertas untuk bawak ke Farmasi. Nama ubat die AMOXICILIN, antibiotik. izwan yang belum jadi doktor pun boleh teka dah apa ubat yg dokter ni akan bagi. Pergi2 farmasi, ingatkan percuma la ubat ni. Rupenya kena bayar 7.20pound. hehe. Sampai sekarang aku masih tak dapat lagi surat appointment dengan doktor pakar. Sabo jela. Sampai sekarang, telinga kiri ni masih susah nak mendengar, menyebabkan aku cukup malas nak keluar rumah. Walaupun tak sakit, terasa macam kehilangan satu nikmat yang besar. Nak jumpe orang malas, nak jalan2 malas. Teringat waktu jumpe doktor tu, memang telinga kanan aku sejengkal je dengan mulut die. Haha

Jadi adik2 sekalian, gunakanlah telinga anda sebaiknya.
Sekian dari syuib0809.

Monday, 14 February 2011

Said bin Amer al Jumahi

Said bin Amer al Jumahi

Beliau memeluk Islam kerana tidak tahan melihat Khubaib bin Adi yang dibunuh oleh pembesar Quraisy dengan kejam. Pembesar Quraisy ingin membalas dendam atas kekalahan mereka kepada tentera Islam dalam peperangan Badar. Khubaib antara yang dapat mereka tawan.Beliau dijanjikan akan dibebaskan sekiranya beliau dapat menjadikan Nabi SAW sebagai gantinya.Namun beliau tidak sanggup menjadikan Nabi SAW sebagai ganti. Beliau lebih sanggup mati dari Nabi SAW yang menanggung kesusahan, bahkan beliau tidak sanggup melihat Nabi tertusuk duri sekalipun.

Kasih dan cinta Khubaib bin Adi kepada baginda SAW telah menimbulkan perasaan simpati dihati Said bin Amer al Jumahi. Tidak pernah dia jumpai seorang manusia mencintai seorang yang lain sehingga sanggup mati demi mempertahankan 'kekasihnya'.Simpati ini diterjemahkan beliau dengan memeluk Islam dan menjadi seorang yang sangat komited dengan perjuangan dan dakwah Islam.Tidak sia-sia pengorbanan yang telah dilakukan oleh Khubaib bin Adi. Pemergian beliau, Allah gantikan dengan seorang sahabat yang lain yang tidak kurang hebat pekerti dan pengorbanannya untuk agama.

Selepas kewafatan Saidina Abu Bakar, Said adalah antara sahabat yang turut membai'ah Saidina Umar sebagai khalifah Islam kedua. Namun apabila Umar ingin melantik beliau sebagai Gabenor di Hims, (wilayah di Syam) beliau menolak dengan alasan tidak layak dan tidak mampu. Umar menempelak sikap dan tindakan beliau dengan katanya 'Celakalah engkau! Sewaktu engkau membaia'h aku sebagai khalifah, aku menerimanya dengan berat hati. Sedang sewaktu aku ingin melantik engkau sebagai gabenor, engkau menolaknya mentah-mentah dan membebankan tugas kepimpinan ini hanya di atas bahuku!'

Akhirnya beliau menerima pelantikan sebagai khalifah dan melaksakan tugas tersebut dengan baik sekali.

Walaupun menjadi gabenor, beliau tidak mengambil kesempatan untuk mengaut harta kekayaan. Bahkan beliau antara yang turut tersenarai sebagai orang yang layak menerima zakat kerana kemiskinan.

Sebagai gabenor , beliau tidak terlepas dari kritikan dan rungutan rakyat bawahan. Antara rungutan masyarakat Hims kepada Umar al Khattab tentang beliau ialah;

i) Selalu lewat masuk kerja

ii)Tidak melayan rakyat pada malam hari

iii) Sehari dalam sebulan beliau tidak masuk kerja (bercuti)

iv) Kadang-kadang tidak mahu bercakap (seolah-olah orang sombong)

Umar al Khattab telah bertemu dengan beliau dan mohon penjelasan tentang aduan yang baginda terima dari rakyat Hims. Jawapan yang Said berikan ialah;

i) Lewat masuk kerja kerana beliau tidak ada pembantu rumah dan terpaksa membuat sendiri roti pada awal pagi untuk ahli keluarga beliau.

ii) Tidak melayan rakyat di malam hari kerana beliau telah memperuntukkan waktu siang untuk rakyat. manakala pada malam hari beliau peruntukkan masa untuk mendekatkan diri kepada Allah.

iii)Sehari dalam sebulan tidak masuk kerja kerana beliau hanya mempunyai sehelai pakaian. Pakaian tersebut dibasuh dan sementara menanti pakaian kering, beliau tidak keluar rumah kerana tidak ada pakaian lain!

iv) Kadang-kadang tidak mahu bercakap. Setiap kali mengigati kisah pembuhan Khubaib bin Adi, beliau berasa bersalah kerana tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menyelamatkannya.Kekecewaaan ini menyebabkan beliau tidak mahu bercakap dengan orang lain dan menyalahkan dirinya sendiri atas peristiwa tersebut.

Mendengar penjelasan Said, Saidina Umar berasa sangat lega. Gabenor yang beliau lantik adalah orang yang wara, bertaqwa dan telah melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dengan baik.

Ya Allah , jadikanlah kami seperti sahabat-sahabat kekasihMu.

Thursday, 10 February 2011

Father and son dari sopek

Bismillah

Teringin nak kongsikan sedikit dialog pendek dari rakan aku sopek. Buatkan aku terpikir, adakah pelajar Malaysia di Mesir harus berlepas tangan kerana memandang ianya sekadar isu negara, Atau terlibat kerana memandangnya ia adalah isu agama. Perjuangan penduduk mesir boleh meruntuhkan tembok pemisah mesir dan Palestin. Jadi, ia juga perjuangan kite. Tapi sekiranya kita ada anak di sana, kita sendiri pasti akan berfikiran sebaliknya.


Father and Son

Cerita ini berkemungkinan berlaku pada tahun 2020 nanti.

Anak : Ayah ooo ayah. Tadi cikgu adik bagitau kat sekolah yang dulu pada tahun 2011 ada revolusi di Mesir. Kalau tak silap adik waktu tu ayah tengah belajar lagi kan kat Mesir?

Ayah: Ya wahai anakku. Ayah memang tengah belajar kat Mesir waktu tu. Ayah kan graduan lulusan Universiti Al-Azhar Mesir. Kalau tak percaya tengok dahi ayah ni. Ada tanda hitam kan? Tu tandanya ayah ni kuat ibadat. Lulusan Al-Azhar memang semuanya kuat ibadat.

Anak: Ooooo. Kiranya waktu revolusi ni jadi, ayah ada kat Mesir la ya. Cerita la sikit ayah camne revolusi tu jadi. Adik nak tau jugak camne perjuangan diorang. Nanti boleh la adik cerita pada kawan-kawan dan cikgu di sekolah. Bangga tau adik ada ayah yang berani mati syahid ni.

Ayah: Sebenarnya time revolusi tu tengah rancak berlaku, ayah tak ada kat Mesir dah. Ayah lari balik Malaysia naik pesawat Hercules C-130 kepunyaan Tentera Udara Diraja Malaysia. Penerbangan ayah juga telah ditaja oleh MAS, Air Asia dan juga PM 1Malaysia.

Anak: …………………………………………………………………….

Wednesday, 9 February 2011

Demam sebentar

Bismillah.

Lama sungguh tak update blog ni. Dengan sedikit kesibukan, bukanlah alasan utama kenapa aku tak update blog. Tetapi semuanya kerana demam yang tetibe datang tanpa aku duga lansung. Mula2 tekak rasa macam berhabuk2, esoknye, terus demam betul2. Lepas pergi kelas pagi tu, aku terus balik semula ke rumah dan tidur. Memang tak lalu sungguh isnin tu. Lepas zuhur tido smpai pukul 4, baring jap smpai maghrib. Lepas maghrib kul 5.30, trus tido lg smpai kul 10.30. Dahsyat.

Hari ni demam semakin pulih. Tapi kesibukan semakin memuncak.
Sangat sukar nak update blog. Jadi tu saja hari ni



Sekian..

Wednesday, 2 February 2011

Penantian: Jame Masjid

Bismillah

Hari ni, aku tiada kelas lansung sepanjang satu hari. Memang dah tak tahu nak wat apa dah. Akhirnya malam tadi aku teringat satu masjid di Leicester. Sebelum cuti musim panas hari tu, aku ade terserempak dengan masjid ni, tapi masih dalam proses pembinaan lagi. Yang menyebabkan aq teringin nak pegi masjid ni sudah tentulah sebab ianya kelihatan gah. Pulang sahaja kembali ke UK, aku ke masjid tu sekali lagi. Tapi sekali lagi hampa, kerana masjid tu masih belum juga lagi siap. Melihat rangka luarnye, memang menarik sungguh kelihatan masjid ni.


Hari ni, aku kembali semula ke East Park Road. Selepas meng"cancel"kan meeting dgn parents aq, Aku terus bergegas ke sana. Sekitar jam 12.10tgh hari, aku akhirnya sampai juga di kawasan masjid tu. Tengok dari luar, seolah-olah sudah siap pembinaannya. Tapi bila aku cuba bukak pintu die, ternyata terkunci segala pintu. Dalam hati aku merasakan mungkin awal lagi kut. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk makan2 di kawasan East Park road yang sememangnya kaya dengan makanan halal. Toleh kiri, toleh kanan, aku cuba memilih sama ada mahu makan di TonTon ataupun Yoko.

TonTon chicken yang memang kerapkali aku makan kalo berada di kawasan ni sudahpun naik harga makanannya. Mana tidaknya, tax di UK sudah dinaikkan oleh kerajaan UK untuk tahun 2011. Harga separuh ayam panggang, kentang dan air sudah naik 25pence. Akhirnya, aku memilih untuk makan di Yoko yang lansung aku x pernah rasa. Murah berbanding TonTon, sedap ayamnya, namun sos die memang kalah kat tonton. Jam masih awal lagi sekitar 12.40. Orang di sini selalu solat zuhur jam 1 tgh hari walaupun zuhur masuk kul 12.20 tgh hari. Ntah mcm mana nafsu aku leh naik, aku akhirnya menghabiskan 3pound untuk mkan BBQ Lamb Rib. Haiyo.



Lepas dapat je menu tu, aku terus bergegas ke masjid tu kembali. Kelihatan ramai orang menuju ke masjid tu menandakan masjid tu sudah pun mula digunakan. MasyaAllah, memang cantik masjid ni. Bahagian luar die memanglah dah cantik, bila masuk dalam pun lawa gak. Tapi sayangnya, susah betul nak tangkap gambar. Oleh kerana takut tertangkap, aku cube tangkap gambar sorok2. Tapi sangat sikit yang berjaya di tangkap. Jemaah Zuhur di masjid tu memang ramai. Orang pakistan ni memang suka sembahyang jemaah ni



Aku sampai sekarang pelik dan musykil. Mana la diorang dapat duit banyak2 buat masjid besar gedabak macam ni. Nak cakap peruntukan dari kerajaan Britain, macam tak mungkin je. Nak cakap dari arab saudi, takkan banyak benar masjid yang di sponsor oleh kerajaan sana. Dah la besar masjid ni. Aku akhirnya membuat kesimpulan bahawa masjid ni adalah infaq orang2 Islam di Leicester ni. Walaupun ada dekat 5 buah masjid berhampiran yang besar2, jemaah di setiap masjid tetap ramai. Baguskan? Cuma satu je masalah masjid org pakistan ni, diorang mesti takde kemudahan ataupun ruang solat utk muslimat. Kesian plak aku nengok.

Besar gile ruang wuduk die

Oh ye, nama masjid ni Jame Masjid. Aku pun tak tahu apa maksudnya. Cuma aku ada ternampak signboard yang bertulis "Jame Walk". Mungkin dari nama ni kot. Apepun, aku lebih sukakan masjid umar. Tak tahulah kenapa. Hmmm, ketika musim exam yang turut disertai dengan winter ari tu, aku sudah jarang pergi ke masjid. Cukup malas nak kayuh basikal ke masjid walaupun hanya mengambil masa sekitar 10 minit je. Ditambah nak pakai sarung tangan, topeng mask rider sebab nak berlawan dengan angin sejuk, aku teramat-amat menjadi malas untuk ke masjid.



Bila teringat kembali 7 golongan yang akan mendapat naungan arasyh Allah S.W.T, aku terpaksa memikirkan balik segala-galanya.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tujuh golongan manusia yang dilindungi Allah di bawah bayangan-Nya (di akhirat nanti), pada hari itu tidak ada sebarang teduhan selain bayangan arasy-Nya. Mereka itu ialah (1) pemimpin yang adil; (2) pemuda yang terdidik (dibesarkan) dalam ibadat kebaktian kepada Allah; (3) Orang yang hatinya sentiasa berpaut rapat dengan masjid; (4) dua orang yang berkasih sayang kerana (agama) Allah, bertemu dan berpisah untuk keredaan-Nya; (5) lelaki yang dipujuk wanita cantik lagi hartawan (bagi memenuhi nafsunya) tetapi dia menolak dan berkata aku takutkan Allah; (6) orang yang berderma secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak sedar apa yang didermakan oleh tangan kanannya; (7) dan mereka yang sentiasa menyebut (mengingati) Allah dimasa keseorangan (kesunyian), maka berlinanganlah air matanya.” ”(Riwayat Syaikhan)


Perlu dapatkan semula momentum.
Sekian dari syuib0809.