Wednesday, 31 July 2019

Catatan Karnival Sains 2019

Bismillah.

Hujung minggu lepas, telah berlansungnya karnival sains matrikulasi peringkat kebangsaan. Program yang besar, kerana itu aku dipanggil untuk mengetuai Jawatankuasa persiapan tempat walau aku bukan pensyarah sains. Cuma kerjanya sedikit mudah, kerana urusan perhiasan pentas utama banyak diputuskan oleh induk. Maka urusan aku lebih banyak dibahagian kawasan-kawasan seperti BSG dan bangunan tutorial. Dan orang kanan aku iaitu miss Wong sangat-sangat komited orangnya. So, senang kerja.

Banner utama photobooth


Sebenarnya aku dah cukup-cukup sibuk. Sebaik sahaja tamat wecare4u, aku menguruskan ALC, merancang gimik RnD, dan terus memikirkan mengenai persiapan tempat karnival ini. Entah kenapa, aku terus diberikan amanah sebagai AJK persembahan sempena sambutan merdeka. Rasanya dah tiba masa untuk belajar menolak. Aku perlukan masa yang banyak untuk menyemak helaian2 tugasan pelajar. Takut terbiar lama.

Sempena karnival sains ini juga, ANC buka gerai. Oleh kerana kewangan ANC tahun ni agak kurang stabil, aku terpaksa masuk campur walaupun kononnya sedang berada dalam fasa boikot. Seperti dijangka, mereka menyenaraikan kerabu meggi dan ayam gunting sebagai menu utama. Menu "kurang bijak" yang memenatkan. Aku ubah, bawa mereka ke kedai-kedai dan beri idea baru. Alhamdulillah, untung dua hari tu beroleh seribu ringgit lebih. Aku rasa ia pencapaian yang baik.

Menu utama bombolini. Yang ni plak menu dari aku. Dapat idea waktu singgah kedai eco.

Ni menu diorang. Kentang panjang2. Sedap sebab sebelum goreng akan hancurkan macam smash potato. Tapi kerjanya punyalah banyak. Goreng non stop.

Hari pertama aku dah buat orang menangis. Tu yang malas mengamuk tu. Tapi cover balik dengan lawak2 merapu.


Sempena karnival sains ini juga, aku mendapat kunjungan dari rakan karib yang tak berapa baik iaitu si lili. Haha. Seronok plak dia datang. Dia dah berpindah ke area simpang empat, pulau pinang. Anak dia punyalah sihat walafiat. Manakala maknya punyalah kuruih berbanding sebelum kahwin. Banyak disembangkan. Seronok jumpa kawan lama yang tak disegani. Jumpa gak si dong, kawab SEMESTI yang hadir mewakili USM, tapi kami awkward, so kejap je sembang.

Memperkenalkan makcik lili dan anaknya ferhad. Ni lili paling kecik pernah aku jumpa sepanjang 10 tahun kenal. Dia dah keluar dr sistem matrik

Yang baju merah, seluar baru tu suami lili. Ni semua orang kuat nottingham dan leicester. Bahasa mudahnya orang-orang usrah aku. Dr fakhizan, dr mahyuddin, dan dr firdaus rahim. Sebenarnya nak dtg jumpa abang din dn abg fakhizan. Lama tak jumpa. Tapi segan nak pi sorang-sorang sebab semua yg datang semua dah kawen. N lili tak bagitau dia datang, padahal pagi tu aku free je. Nak pi petang, aku dah kena kemas dewan utnuk majlis penutup, lari kejap pi rumah daus tapi pintu dah tertutup rapat. Sedih


Seperti tahun-tahun sebelum ni, aku suka melibatkan ANC untuk urus/tolong setiap event yang aku terlibat. Aku mahu mereka melihat, belajar selok-belok, dan mengembangkan kenalan mereka. Selain itu, ia juga medan untuk aku menilai siapa yang rajin, suka mengelat dan susah bangun pagi. Alhamdulillah, majoriti dari Majlis Tertinggi sangat-sangat komited. Hatta si Irfan yang nakal pun menunjukkan komitmen yang sangat baik sepanjang proses mengemas.

Hari pertama bekerja. Anak-anak dara urus bilik tutorial


Dan, ini juga medan terbaik untuk mereka bekerjasama merapatkan hubungan dan bergurau senda sesama mereka. Walaupun ramai sahaja yang tak turun, aku kira bilangan yang ada sudah cukup menjadi asas untuk kesatuan sesama ahli ANC.

Makan-makan sebaik sahja kerja selesai. Best berusrah sebegini.

Berkelah tepi tasik dengan kfc. Waktu ni barulah nampak betapa masuk airnya budak2 ni.

Aku sebenarnya mula tertekan dengan beberapa perkara terutamanya yang melibatkan felo. Weekend ni ada 3 program menanti. Tak tahu mahu memilih yang mana. Hati bercampur kesian, geram dan marah pada orang masih tidak memahami. Jujur, aku mahu membuang sifat keras kepala dan "kuat mengamuk". Tapi bila dah mula orang ingat aku innocent, rasanya kena tunjuk sikit panas baran tu.

Oleh kerana stress, bawak anak-anak dara ni jalan-jalan cati makan. Diorang punya nafsu dan duit jauh lagi banyak dari aku. Haha

Kmpp, 4fingers(penang sentral), kemudian kenny rogers, diorang bungkus plak hokkaido punya tart. Malam bawak diorg pi McD. Dahsyat punya anak dara. Haha. Mereka akan diuji. Kerana itu, aku mencipta sebanyak2 kenangan untuk mereka sebagai benteng sebelum itu semua berlaku. Doakan.

Sekian dari Syuib0808

Sunday, 21 July 2019

ALC2019: Luahan rawak

Bismillah.

Sebenarnya, sedang menulis sebuah "puisi" bertajuk Hujan Daun. Tetapi untuk proses mengeditnya, aku perlukan berminggu2, menanti idea, dan feel yang tak kunjung tiba. Poyo.

Malam ni, ramai plak yang tengok blog ni. Entah siapa hebohkan aku pun tak tau. Untuk yang lama tak dengar cerita, dan mungkin membaca hari ni. Ini nasihat saya untuk semua. Jangan jauh sangat ye.


Mereka bukan orang agama. Masing2 punya kisah yang aku simpan dengan baik.


Aku beri mereka tujuan, ikat mereka dengan kasihnya orang bukan agama. Hingga mereka saling menerima walau punya latar belakang sangat berbeza

Sayangnya apabila mereka keluar, tak ramai yang menerima mereka seperti mana mereka diterima di sini. Ada yang lari, ada yang memilih bersembunyi


Jika kalian lari, usah pergi jauh sangat. Jika sembunyi, biarlah di dasar saja. Usah khuatir, kembalilah ke sini



Jika tiada yang sudi, aku akan simpan dengan kasih yang sama seperti dulu. Beri tujuan, dan menghidupkan kembali hati yang rindukan beragama. Kembalilah, ada yang menanti di sini

Sekian dari Syuib0809

Saturday, 20 July 2019

ALC2019: Modul, Widad dan adik-adiknya.

Bismillah.

Modul tahun ini, diuruskan oleh anc batch 2017/2018. Pada awalnya, proses penyediaan modul agak lambat dan kelam-kabut. Malah, ajk modul agak kurang jelas dengan aturan tempat dan keterbatasannya. Dua minggu sebelum ALC2019, aku mula melihat perkembangan demi perkembangan positif disebalik idea-idea lama yang sukar dibuang dari minda. Cuma sejujurnya, aku tak tahu siapa sebenarnya pengarah modul..

Batch 17/18. Ye, memang sihat-sihat

Muslimin batch ni. Pun sihat2

Teguran demi teguran, batch kali ini membuat perubahan yang agak berani dalam modul-modul diorang. Modul lebih berisi, seronok tetapi bertambah ilmu. Tidak seperti dulu yang bergelak ketawa tetapi kosong. Malah banyak masa digunakan dengan baik, tidak dibiarkan lopong ataupun terbuang sia-sia. Dan seperti biasa, slot riang ceria, refresher diberikan kepada batch 15/16 kelolaan zul and the geng.

Tayammum.


Budak2 ni diminta bawa kain batik/kain pelekat.


Juga pujian aku berikan untuk pengurusan modul kali ini yang sangat profesional dan teratur. Buat pertama kalinya fasi dan peserta ada nametag. Banyak "prop" yang digunakan. Malah kawalan peserta berada dalam keadaan yang sangat baik. Aku rasa ia kelebihan dari mereka yang pernah menguruskan program anc dan tamrin. Maka besar harapan aku untuk ALC akan datang(kalau ada) meneruskan gerak kerja seperti ini. Risau undur belakang plak kelak.

Widad dan adik-adiknya.

Tahun ini, aku menjemput Widad sebagai satu-satunya wakil dari batch 14/15, iaitu batch pertama ketika aku masuk kolej ni. Yang lain, tak rapat dengan aku. Lama putus hubungan. Teringin nak jumpa si Widad ni. Dah hipster. Haha. Sifat memberontak disebalik kelembutannya sudah menunjukkan hasil. Bagaimana pun dia, sayang aku padanya kekal sama seperti dulu. Dia jumpa dunia yang bukan milik dia. InshaAllah, aku sangat pasti dia akan jumpa dunia milik dia dan Tuhan kelak. Terima kasih datang!!!.

Berkat kehadiran pertama kali akak Widad ni, adik-adik alumni di bawahnya membanjiri kem ALC tahun ini. Mengira kembali jumlahnya, maka aku catatkan di sini.

G14+G15: yusri, afiq, zul, widad, fatin, amani and intan. Takde dalam gambar ialah aisar. So total 8 orang

G16: Sufi, nad, afiqah, wahyu, nik, adam malik, haziq, nazim, sheikh. Tiada dalam gambar, zahirah. So, total 10 orang.


G17: Ain, fatin, putri, arina, nadiah, kak sha, izzah, izzati, amir, muaz, shahrizwan, meon, yb mus, iqbal dan paan. Tiada dlm gambar meor. So total 16 orang.

G18: batch ni terlupa tangkap gambar. Tapi aku rasa batch ni memang makin lama makin berpecah gamaknya. Huhu. Rasanya Aqilah je boleh satukan diorg. Itupun kalau dia sudi. Mashitah, umi, anis amirah, amirah nabila, dina. Tiada dalam gambar: Aini, intan, ayu, farah hayati. Muslimat 9 orang. Yang tudung pink tu dah tua. Harap maklum

G18 lelaki: Jasni, amirul, mahdil, adam akmal. Tiada dalm gambar: Wafiq. So muslimin 5.


So total alumni yang hadir 48 orang. Perghh. Dahsyat. Peserta 100 orang.

Alumni ANC.

Impian aku mahu mengumpulkan semua batch ANC yang pernah aku uruskan dalam satu program. ALC adalah perintisnya. Suka melihat senior junior yang kebanyakkannya tidak pernah berjumpa boleh berukhwah seperti ini. Namun aku menyedari, ALC kelak tidak lagi mampu menampung jumlah Alumni yang semakin ramai. Mereka perlu ada program gathering sendiri yang punya tujuan kuat untuk mengumpulkan mereka. Aku sendiri berharap aku dapat jumpa mereka setiap tahun sebagai ubat rindu.

Bersama dengan anak-anak dara. Tak pernah bayang hidup aku akan dikelilingi anak-anak dara. Haha

Pak cik anak ramai. Semua kuat makan.

Tak dapat bayangkan bila semua dah jadi mak orang, dan aku plak kekal bujang. Sadis

Apabila mereka mula masuk ke alam perkahwinan dan pekerjaan, mengumpulkan mereka tidak lagi akan jadi semudah ini. Ia berbeza. Walaupun mereka tiada pekerjaan sekarang, masa lapang yang ada memudahkan mereka untuk lari ke sini sebentar. Berbeza bila mereka mula mengumpul harta kelak, masa yang ada kelihatan seperti emas, hingga terlupa mereka untuk mencipta kenangan dan bertemu kembali. Ia masa yang pasti akan datang. Waktu itu, aku kira aku juga sudah tidak mampu bergurau dengan mereka seperti hari ini.

Bersama anak-anak teruna. Jawatan semua besar-besar, tetapi perangai tak berubah. Ke diorang menjadi orang sama di depan aku, dan menjadi org lain hadapan orang2 lain?

Aku kalau kacau anak-anak dara ni memang ganaih. Kerana itu diorg gila2 depan aku, tapi nampak solehah depan orang lain. Aku harap diorg sentiasa menjadi diri diorg dihadapan aku.


Terima kasih atas kesudian meluangkan masa untuk ALC kali ini. Entah bila akan bertemu kembali. Sebenarnya dah tak larat nak buat kem ALC sebegini lagi. Mahu menyerahkan kepada Alumni sepenuhnya untuk ambik alih. Itupun jika mereka mahu. Jika tiada yang sudi, mungkin aku akan berusaha memansuhkannya.

Berjumpa perlu ada sebab.
Aku tidak punya apa-apa sebab melainkan kerana rasa rindu.

ALC2019


Sekian dari Syuib0809.


Wednesday, 17 July 2019

ALC2019: De Teruna Forest dan Dapur

Bismillah.

Alhamdulillah, ANC leadership Camp, ALC2019 melabuhkan tirainya ahad lepas. Semuanya berjalan dengan lancar. Dan sambutan kali ini sangat-sangat dahsyat. Baik dari peserta, mahupun alumni, dan juga Pusat Islam. Seperti biasa, akan menulis 3 post tentang ALC ini. Cuma jarak masa antaranya yang masih belum pasti.

De Teruna Forest.

Tempat kem kali ini aku sendiri yang cari. Setelah beberapa tahun tertumpu di kawasan Merbok dan Yan, aku kira sangat beruntung jika dapat buat di kawasan lain yang lebih dekat dan selesa. Maka, bermulalah pencarian di kawasan berhampiran iaitu kulim. Ideanya bermula bila nampak si Sufi berkelah dengan keluarganya di kawasan Sedim. Walaupun aku selalu dengar tentang Sedim dan Tree Top Walknya, aku belum pernah menjejakkkan kaki ke sana. Dan anak-anak buah lain juga seperti malas nak meneroka kawasan baru, maka aku mengambil inisiatif sendiri sahaja.

Bermula dengan pencarian di internet sebulan yang lalu, ada 4 tempat terkenal yang dijumpai iaitu:
- Sedim Eco Resort
- Sedim rainforest
- Sedim Vista
- Sedim Ceria

Setelah mendapatkan nombor untuk dihubungi, dan buat temujanji, aku membawa kudou, hannan dan dua setiausaha ANC untuk berurusan di tapak sebenar. Melihat kawasan kem adalah kewajipan sebelum memuktamadkan. Ikut pengalaman, janganlah percaya dengan gambar. Kerana imaginasi terlampau terhad untuk kawasan-kawasan sebesar itu. Takut puzzle yang dicantum tidak seperti yang dihajati. Kami bermula dengan sedim eco, kemudian vista dan yang terakhir ialah rainforest.

Sedim eco resort punya 18 buah chalet dan satu rumah. Kawasan yang terlampau besar bukan keutamaan aku. Sedim vista adalah yang paling cantik sekali. Lama kamu bersembang denngan ownernya. Harganya mungkin mahal sedikit berbanding yang lain, namun sangat berbaloi. Cuma, penginapannya yang cantik itu belum boleh memuatkan peserta AlC yang berjumlah 100 orang beserta fasi2nya yang menghampiri 50 orang. Rainforest pula, sama konsep dengan eco, dalam hutan tetapi tidak punya dewan. Maka pilihan terdekat yang kami ada ialah sedim vista walaupun kosnya agak tinggi.

Antara tarikan di sedim iaitu tree top walk. Waktu ni pi dengan anak-anak dara untuk kali kedua


Sebelum pulang, kamu bertekad untuk singgah tempat kem yang tiada dalam senarai. Hanya signboard yang menjadi sebab untuk kami teroka. Sampai-sampai nampak kawasan berpagar yang seperti tidak punya tempat kem. Tapi entah kenapa cari juga nombor supaya dapat tengok tempat tu. Sebaik sahaja buka pagar, tersergam satu kawasan kem tersembunyi yang sangat menarik. Ye sangat menarik. Punya dorm yang sangat luas, dan kawasan chalet yang terpisah sebanyak 8 buah. Konsep kem yang sangat menarik menyebabkan aku terus memutuskan untuk buat di sini. Dengan kos Rm2500 untuk 150 orang, aku rasa De Teruna forest ini sangat-sangat berbaloi. Ada kolam lagi tu.

Kolam air. Menarik de teruna forest ni, dia tak jadi persinggahan sungai. So selamat, budak2 tak gatal mandi sungai.

Kawasan lapang yang menjadi tempat utama berkumpul. Ada kawasan bukit atas untuk fasi bagi arahan/briefg.

Dalam dewan yg konsep modern+hutan. Menarik tempat ni. Jom mai


Dapur ALC.

Memasuki ALC kali yang ketiga, resam ajk dapurnya akan diserahkan pada batch yang baru sahaja keluar. Dan tahun ini, sepatutnya batch 18/19 yang menguruskannya. Tetapi bila fikir balik, batch ni memang ramai yang tak reti masak dan masuk dapur. Yang mungkin boleh urus pun ialah si Ayuni, tetapi tak boleh datang. Oleh kerana geram dengan batch ni, aku decide untuk menguruskannya sendiri. Semua menu, aku dengan anak dara yang tertinggal di sini tentukan. Dan oleh kerana risau tak cukup tangan, kami tempah pada pemilik kem untuk masak menu utama seperti berikut:

Sabtu tgh: nasi, ayam masak merah, alca
Sabtu petang: nasi, ayam kicap, suun pucuk
Ahad tgh: nasi, ayam blackpepper, tomyam sayur



Manakala untuk menu sampingan, kami sendiri uruskan. Oleh kerana sudah buntu siapa mahu tolong, aku melatih si mashitah untuk belajar mengurus barang-barang dapur. Walaupun dia kurang mahir memasak, tetapi bab beli barang dan punctuality dia sangat padu. Dan menerima berita gembira, si Sufi menawarkan diri untuk menjadi chef ALC. Menu yang perlu di masak:

Sotong masak lemak, sambal udang, siakap tiga rasa
Minum pagi: Spaghetti carbonara
Minum petang: cempedak goreng
Supper: garlic bread, mushroom soop dan coleslow
Minum pagi: hamlet telur kaya

Team buat air. Ni memang padu. Buat pertama kalinya air takde masalah, malah berlebih-lebih

Ada gak idea nak bagi intan. Tapi dia power masak nasik je. N then tak reti suruh orang buat kerja. Haha

Pembantu sampingan dari batch 16/17. Waktu ni tengah masak sambal udang.


Oleh kerana majoriti menunya sangat ringkas dan tak banyak kerja, maka aku berhajat untuk membiarkan mereka berdikari. Biar alumni sendiri rasa tanggungjawab dengan semuanya. Membiasakan diri bila aku sudah tiada lagi, harap alumni mampu menguruskan ALC sendiri. Nak dibuat cerita bila aku biarkan ialah, spaghetti hangit, papadom masak punyalah banyak, sotong masak lemak cair, dan hanya siap masak lepas peserta makan. Tu belum cerita sotong buang gitu je sebab basi, lupa hidang pada peserta. Kerana itu, aku jadi fobia sungguh. So, selepas zohor, aku sendiri ambik alih. Masakkan ayam masak merah untuk ajk dan fasi. Kemudian petang buat sambal udang sebelum keluar ke pasar malam.

Kelemahan kali ini, tenaga kerja sangat kurang sebab anak2 dara batch 18/19 tak banyak yang hadir. Dan Sufi pula belum punya pengalaman masak dalam kuantiti yang banyak. Tetapi pujian aku berikan pada mashitah yang sangat komited dan rajin. Buat pertama kalinya, sabtu pagi dah ada ajk dapur kemas2 sebaik saja aku tiba. Tahun-tahun sebelum ni semua tidur. Tahniah.

Team dapur. Si Dina banyak tolong kat bahagian agihan makanan dengan si aini.


Sekian dari Syuib0809

Wednesday, 10 July 2019

Wecare4u: Kebaikan dan Pendengki

Bismillah.

Lama benar tak menulis. Ingat bulan ini mahu penuhkan dengan cerita ALC sahaja. Tetapi terasa ada perkara yang perlu dicatatkan.

Tahun lepas, aku tidak lansung hantar wakil ANC untuk bertanding merebut jawatan JPP. Tidak mahu ada apa-apa hubungan, dan mahu mengelak isu. Dan mengikut pemerhatian, JPP tidak punya apa2 kuasa untuk membuat perubahan dalam masa yang singkat. Maka, biarkan mereka dengan hal sendiri itu lebih baik. Tetapi dahsyat, hubungan ANC dan JPP menjadi sangat teruk. Berdengki antara satu sama lain. Dan kemuncaknya ketika minggu orientasi, hampir semua wakil ANC dicantas daripada menjadi pimpinan untuk sukarelawan.

Mahu membaiki keadaan, aku menghantar beberapa wakil yang terserlah kreadibiliti, kerajinan dan profesional untuk berada dalam JPP. Melihat helah dan permainan politik yang agak mendukacitakan, beberapa calon tidak dibenarkan bertanding. Jujur, aku melihat sesuatu permulaan yang agak kurang positif untuk memulakan hubungan yang baik antara keduanya. Namun, membiarkan beberapa orang untuk menjalinkan hubungan baik antaranya.

Syamil tak lepas untuk bertanding. Aku kira ia aturan Allah agar dia kekal fokus ANC. Amin lepas, dan menang. Tetapi kemudiannay keluar kerana isu perlantikan YDP. Aku malas mahu campur dengan permainan mereka.

Poster JPP tahun ni aku adalah cameraman dan designer. Adlina menang dan dilantik sebagai SU agong. Berat amanahnya. Mudah-mudahan Allah bantu


WeCare4u.

Minggu lepas, ketika menziarahi projek berbuka puasa anc, aku melihat satu keadaan yang agak menyedihkan. Bersembang dengan beberapa orang pelajar, hampir semua membayangkan akan pelajar yang mula mencatu duit untuk membeli makanan. Lalu, mereka berhujung dengan maggi sementara menunggu elaun yang tertangguh. Sebagai orang yang pernah melalui zaman belajar, aku tahu duit yang ada memang sangat berat untuk dihabiskan demi makanan. Berbanding nasi berlauk ayam yang berharga RM5, aku lebih rela memilih nasi dan telur dadar yang berharga kurang separuh dari itu. Bukan soal papa kedana, tetapi banyak perkara yang perlu difikirkan dan diletakkan sebagai simpanan jika apa-apa terjadi. Nak mintak dari parents, tersangatlah malu.

Kerana itu aku memulakan kembali projek wecare4u supaya mereka-mereka yang mencatu duit itu boleh makan dengan lebih sempurna. Tidak bersedih, mahupun berlapar. Dan jujur golongan target aku bukan pelajar-pelajar miskin tegar, kerana HEP sudah pun menghulurkan bantuan untuk mereka. Projek makanan percuma ini dicetuskan untuk golongan pertengahan yang mengikat perut, mirip senior-senior ymereka dahulu. Bukan soal tidak punya duit, tetapi betapa gelisahnya menghabiskan duit untuk makanan. Biar hati tenang, sementara menunggu elaun yang akan masuk. Dan biar tiada yang malu untuk hadir, kerana ia bukan makanan untuk "orang miskin".



Projek ini mensasarkan 400-500 orang dalam satu hari. Oleh kerana mahu mengurangkan kos, aku menggunakan strategi yang sama ketika bulan Ramadhan. Sediakan beras, mintak cafe masakkan. Tempah ayam di luar, dan untuk kuahnya, aku masakkan. Dan strategi tambahan, mintak ANC gorengkan telur dadar. Penatnya, hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah, sufi dan junior-juniornya datang membantu.

Jangan tanya kenapa diorg still flawless, aku yg comot bagai. Diorg api pun xmau dekat.


Hari pertama. Ayam goreng. Paprik. Sayur campur. Telur dadar. Tukang hidang ahli lajnah dakwah dan tarbiyah

Sambutan yang sangat menggalakkan. Tapi penatnya hanya Allah yang tahu


Namun begitu, projek ini punya pendengkinya. Bukan sekadar harta, kebaikan yang kita buat juga tidak terlepas dari fitnahnya. Aku sudah pun menjangka, kerana 3 tahun lepas ia juga pernah mencetuskan fitnah yang sangat besar kepada aku dan ANC. Belum pun projek ini bermula, sudah tersebar perkataan buruk dan tanggapan negatif mengenainya. Menguatkan hati, sumbangan yang tidak putus-putus dan sokongan daripada timbalan pengarah menjadi motivasi terbaik untuk aku memekakkan sahaja telinga. Dan alkisahnya jumaat itu, aku menangis seperti budak kecik. Ada seorang pensyarah yang gagap dan terkenal berpakaian lusuh, menghulurkan tiga ribu, seperti nilai itu tidak punya apa-apa. Terpikir, betul ke aku beriman sepertinya?

Petang tadi, menerima kunjungan daripada wakil HEP. Selalunya sangat baik dengan aku. Tidak pernah kami berkonfrontasi. Tetapi tadi, aku lihat kunjungan itu tidak punya mesra. Ada kelemahan yang dicari-cari. Terkeluar ayat:

"Saya nampak makanan ni mewah sangat. Kalau macam ni, bukan budak-budak susah je, budak-budak senang pun datang makan ni. Sanggup simpan duit untuk benda-benda lain.."

"Takpelah bang, memang nak bagi budak-budak makan. Sapa lapar makan. Senang ke, susah ke, kalau lapar datang je makan. Rezeki masing-masing"

"Ni duit pusat islam ke? Non muslim pun datang makan ni..."

"Tak bang, duit sumbangan semua ni. Non muslim pun kalau lapar datang je makan. Kesian diorang. Nanti elaun dah masuk kita stop.."

Aku memahami apa yang terbuku dalam hatinya. Dia orang baik-baik. Cuma kerisauannya, dan kata-kata buruk orang dibelakang itu, mempengaruhi hatinya.

Kerana itu, mohon semua doakan kelancaran projek ini. Doa agar Allah lembutkan hati-hati yang gelisah. Dan mohon agar dijauhkan daripada sebarang isu, Projek ini juga aku buat agar anak-anak muda ini punya sebab kembali ke surau setelah tamatnya Ramadhan.

Sekian dari Syuib0809