Thursday 4 January 2018

PA untuk MEMORI

Bismillah..

Proses pencarian barangan PA sistem aku akhirnya sudah berakhir. Entah akan bersambung lagi atau tidak kelak, aku menyerahkan kepada kegilaan yang melanda untuk menentukan. Dahsyat sungguh barangan yang diupgrade kali ini. entah macam mana aku boleh jadi gila sebegini, aku pun tak tahu.

Sejarah ringkas.

Aku sebenarnya berminat dengan benda ni sejak di sekolah lagi. Cuma ketika itu, hanya pengawas sekolah yang akan menjadi pembantu kepada cikgu Halim untuk menguruskan alat PA sistem sekolah. Waktu tu seingat aku, KU dan Bana adalah tenaga utama. Manakala bayern, papa dan pengawas lain hanya membantu untuk event yang memerlukan tenaga lebih. Cuma aku banyak berurusan dengan orang PA sistem sebab aku pengerusi kelab muzik dan banyak buat event melibatkan muzikal.

Sampai di kolej persediaan, aku dilantik menjadi "tok siak" surau. Dan ketika tempoh perkhidmatan itu, kolej menukar sistem siaraya surau kepada yang lebih canggih. Ketika itu aku memang takde ilmu lansung. Kalau bunyi berdesing, ada beberapa butang yang aku main pulas je supaya bunyi tersebut hilang. Dah terlibat dalam bidang ni baru tahu rupaya sistem tersebut ditukar dari menggunakan amp mixing biasa kepada mixer profesional. Sampailah aku ke luar negara, barulah aku mula mencuba memiliki aset.

Waktu tu rasanya time tahun kedua. Tapi yang aku beli sebenarnya amplifier gitar. Waktu tu baru kenal dia punya jenis-jenis sambungan dan plug. Ada aku tulis di sini. Sebelum pulang ke Malaysia, aku jual semua amplifier tu sebab berat sangat nak bawak Balik Malaysia. Dan minat itu berkubur sebab aku tiada keperluan untuk menggunakannya sehinggalah habis tahun pertama berkhidmat di matriks.

Tahun kedua, projek pembinaan grand stand semakin rancak dan aku melihat sesuatu yang positif dari pembinaan tersebut. Aku panggil si luqman

"Kamu nampak tak apa yang kita boleh manfaatkan dari kawasan belakang surau ni?"

"Boleh tak kamu carikan speaker untuk saya"

Dengan bantuan ayah si luqman, aku beroleh satu portable speaker 15inch yang berharga RM800. Waktu tu memang rasa berat sungguh nak bayar. Tapi sebab dah mintak tolong, dan dah dahulukan duit si luqman, maka aku relakan juga. Tapi speaker tu tak dapat menampung grand stand tersebut hinggalah aku mengupgrade pada sistem yang menggunakan power mixer. Dan usaha itu berhenti seketika selama dua tahun hinggalah aku mengugradenya kembali mulai dua bulan lepas.

Dah jadi orang besar2 dah mamat ni


Niaga, Jual dan Beli.

Entah apa rezeki kali ini, usaha aku mencari PA sistem ini menjadi sangat-sangat mudah. Dipertemukan dengan orang-orang baik yang sangat bermurah hati. Kebanyakan peralatan yang aku jumpa dijual dengan harga yang sangat murah. Sebagai contoh, peralatan pertama yang aku beli dulu, 1 power mixer dan sepasang speaker beharga total RM1800. Tapi kali ni, ada yang aku peroleh dengan harga RM1000, RM650 dan yang termurah RM400!!.

Kenapa murah?. Sebab kebanyakannya mahu berhenti dari buat DJ, dan ada yang mejual barang milik ahli keluarga mereka. Jadi diorang sendiri tak tahu nak letak harga berapa. Yang penting rumah clear. Dan yang paling menarik dari proses jual beli ni ialah proses tawar menawar. Berkat kemanisan bibir, banyak yang aku berjaya tawar jadi murah. Hingga kadang-kadang perbezaan harganya mencecah RM300!!

Cuma masalahnya, aku memang tak boleh jumpa barang murah. Mesti nak beli. Niat asalnya mahu menjual semula dengan harga lebih tinggi. Macam jadi peniaga barangan secondhand la. Tetapi setelah aku bersihkan dan cantikkan apa yang patut daripada barangan2 tersebut, terus aku jadi sayang. Arghh. Dan akibatnya, terciptalah aset yang sungguh melimpah ruah. Hahaha.

ASET.

Speaker.
Hingga hari ni, aku sudah memiliki 15 biji speaker. Aku rekodkan sebagai ingatan kot-kot barang ni sudah tiada di tangan kelak.

Dua set ni aku letak kat dalam stor ANC untuk diorang guna. 
Tak larat nak bawak turun naik quarters


1. Speaker double woofer 15inch x 2. Setiap woofer 350watts
2. Speaker Dynamax 15 inch x 2. 350watts
3. Speaker Audio 15 inch x2. 450watts
4. Speaker AmpAudio 15 inch x2, 500-700watts
5. Speaker Carvin, woofer blackline 12inchx2, 250-300watts.
6. Speaker Dynamax, 12inchx2, 250watts.
7. Portable speaker TransAudio 15inch. 300 watts.
8. Active speaker Baretone 15inch. 300 watts.
9. Speaker BGB 10inch 250watts.


Selebihnya aku letak di rumah. Yang belakang sekali tu doubler woofer 15 inch. 

Speaker depan sekali ialah portable speaker yang luqman belikan. Walaupun jarang guna untuk event, aku masih gunakan lagi. Jangan risau, hari biasa aku susun barang2 ni cantikcantik. Gambar yang takde hanya speaker active baretone tu je.

Speaker 1-6 adalah pasif speaker. Maksud pasif speaker ialah speaker tu tak akan berbunyi tanpa disambung pada amplifier. Aktif speaker maksudnya dalam tu dah ada amp dan boleh cucuk mic terus. Tapi beratlah. Portable plak maksudnya dah ada amp dan siap ada built in battery yang boleh dicharge. Cuma kualiti dan bunyi biasanya kureng berbanding PA sistem yang betul punya.

Power Mixer.

1. Ezitech PM3750 8 channel, 350watts x 2 8ohms
2. IVA PM7000FX 12 channel, 350watts x 2 4ohms
3. Ken Pro KPM-885USB 8 channel, 300watts x 2
4. EVP X-8, 8 channel, 450watts x 2 4 ohms.
5. BASE AUDIO PMX606

Hmmm. Ketagihan mengumpul power mixer ni agak dahsyat sebenarnya. Sebab diorang lawa. Kebanyakannya aku dapat dari mudah.my dengan harga yang sangat murah. Tapi kelabu kecik tu dah terbakar sebab salah aku gak. aduih


Power amplifier + mixer.

Seperti aku ceritakan sebelum ni dalam Akak, PA dan Whatsapp, aku dalam usaha menukar sistem yang menggunakan power mixer kepada power amplifier. Apa bezanya?. Power mixer adalah alat yang menggabungkan controller(kesedapan bunyi dan kekuatan bunyi) dan juga bekalan kuasa(amplifier) kepada speaker supaya bunyi. So, dengan satu suiz dah boleh hidup PA sistem. Kalau dah senang macam tu, kenapa nak beli sampai dua benda, power amplifier dan mixer(controller) berasingan? Sebabnya utk power mixer, kuasa yang dibekalkan biasanya rendah dan hanya boleh bekalkan kepada maximum 4 speaker sahaja. Tetapi power amplifier kuasanya lebih besar, lebih cantik dan boleh bekalkan kuasa pada speaker dengan lebih banyak brgantung kepada bilangan amplifier. Maka, sangat sesuai untuk event besar di kawasan yang lebih luas. Tapi harganya memang sangat mahal.

Ini sahaja yang aku mampu.

Mixer Behringer XENYX Q1202USB 12 channel. Tapi 4 XLR je. Jenama mahal, so perangai macam sony dan Apple. Plug pelik2.

 Mixer Dynamax ME12, 12 channel tapi 6 XLR input

 
Poweramp Robertson AM600W(600watts x 2) dan Crest Audio CA4 (280watts x 2). Yang ni memang pokai duit. Haha. Sebaik jumpa kat SGShop yang murah punya. Rupa-rupanya orang Malaysia import, letak sticker jual dengan untung RM100-200. Dahsyat


Mikrofon.
Ingat zaman awal-awal ada PA SISTEM, nazak sungguh nak beli mikrofon sebab tak tahu nak cari mana dan takde duit. Sampaikan luqman and the geng sanggup kutip duit sesama diorang. Tapi kali ini, alhamdulillah dipermudahkan. Ini gambar mikrofon yang aku ada. Tak larat nak senarai sebab tak penting sangat. Haha

3 pasang cordless mic. Jangan risau, ni murah je.


Flight case/speed case/abs case.
Alatan PA SISTEM ini memerlukan bekas yang khas sebagai tempat menyimpan. Satunya sebab bentuk dan saiz diorang yang agak pelik daripada container biasa. Satu lagi diorang sangat-sangat berat dan mudah pecah kalau letak kat tempat/bekas yang tak tahan. Dan paling merimaskan, nak cari wayar bagai semua. So kena ada bekas yang berpatition untuk memudahkan penyimpanan. Tapi harga benda ni sangatlah mahal. Kalau kat Malaysia harga dalam RM400-RM650. Tak percaya boleh search online. Baru ni pi kedai aluminium pun diorang charge rm360 untuk buat tanpa kunci. Gila. Namun alhamdulillah sewaktu pencarian aku bulan lepas, ada seorang hamba Allah dari penaga yang jual dengan harga RM50(besar) dan RM100(kecik). Yang besar tu murah sebab keadaan dia memang buruk gila. Tapi aku mekap, spray, tukar span, bubuh tayar yang kos dia tak sampai pun RM100. Ni hasilnya.

Yang warna kuning tu, aku dengan ANC mekap jadi lawa. Dalam letak span bagai. Aku letak alat lighting dalam bekas besar tu. Bekas kecik letak alat PA system. Yang body berbentuk Sado tu nama dia abs case saiz 6u. Untuk letak amplifier


PA untuk MEMORI.

Alat-alat ini, aku belikan sempena memori yang akan datang ni. Sebab budak-budak ni selalu mengeluh nak buat event kat dataran yang sangat luas. Malah aim aku, supaya ekspo kali ini punyai radio sendiri yang boleh cover bunyinya di seluruh ekspo. Maka, sudah sampai masanya kami punyai kemampuan sebegitu. Malah aku membayangkan, ambang memori juga akan dibuat di dataran, sebelum akhirnya di putuskan untuk dibuat di dewan alfarabi sahaja. Aku rasa itu sahaja yang aku mampu sumbang untuk mereka. Dan minat terhadap PA sistem ini punya sebab dan tempat untuk disalurkan, tidak terkurung bunyinya di dalam rumah sahaja.

Pernah juga bercita-cita mencari duit dengan PA sistem yang aku miliki ini, cuma kadang-kadang terasa "kotor" memikirkan niat yang sebegitu menyimpang dari niat asalnya. Pernah encik Fizin yang bersuara penyampai radio menawarkan kerjasama untuk buat perkhidmatan DJ untuk kenduri kahwin. Tapi entahlah.. Aku malas gila. Haha.

Tapi sapa-sapa yang nak kahwin boleh je pinjam. Takde masalah. Memang nak jugak berkhidmat untuk kawan-kawan sebagai "hadiah". Tapi bila fikir balik aku je yang tak kahwin lagi. Yang lain semua dah beranak  pinak. Afiq dan bayern pun dah jadi bapak orang. Haha.

Cuma tadi orang terengganu datang ke meja aku menghulur kad.

"Izuan, ni orang punya majlis..."

"Bila ni?"

"Raya cina nanti. Tapi jangan bagitahu orang lain lagi ye..."

Kahwin jugak orang terengganu ni. Akhirnya dapat aku buang rasa serba salah yang sekian lama menghantui diri. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan. Kalau kahwin dekat-dekat sini boleh je pakai PA sistem. Haha

Doakan ketagihan aku kepada benda-benda ni dapat dipulihkan. Nak kena simpan duit pulak nak renovate rumah. Aduih

Sekian dari Syuib0809

12 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Salam en..saya ni berminat jugak dalam PA sistem/DJ..sebenarnya lebih kepada nak padatkan duit sampingan utk menampung keluarga..cuma saya tak tahu apa barang2 yg basic atau wajib ada utk melengkapkan sesebuah sebuah sistem ni utk majlis-majlis seperti perkawinan..

    Skrg ni saya ada juga beli sikit2 barangan PA ni seperti speaker dan mixer,jadi saya nak tanya pada en saya perlu ke membeli 1 lagi power amplifier utk sedap kan bunyi..

    Saya harap sgt en balas bertanyaan saya ni en

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memandangkan tiada jawapan, meh saya sumbang sikit mana yg saya tahu la. Utk sound system majlis kawin, kena ada speaker (15" 2 kotak, speaker stand, power mixer yg berkualiti, laptop,wireless uhf microphone, wired mic, mic stand dan kompilasi lagu2 pengantin, lagu2 popular kontemporari dan sebilangan besar lagu2 karaoke, semua ni simpan guna laptop. Satu lg beli troley yg heavy duty untuk hangkut brg2 dari kereta ke dewan, dan jgn lupa cable laptop ke mixer,cable mixer ke speaker, dan cable mixer ke mic. InshaAllah cukup tu. Power amp ni kalau nk guna utk outdoor, pakai 4 atau lebih speaker 15" and nak tambah subwoofer boleh la. Utk dalam dewan 2 biji 15" yg berkualiti sudah memadai.

      Delete
  3. En shuib boleh bagi no hp tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk apa? Kalau serius, tuan boleh bubuh nombor tuan di sini

      Delete
  4. Assalamualaikum tuan, tak ada yang nak jual ke portable speaker atau mixer tu.. Hehe

    Saya motivator yang selalu pergi ke sekolah-sekolah untuk program motivasi dan latihan kepimpinan, kem dan sebagainya.

    Saya tak pasti tuan perasan atau tidak, pa sistem dan speaker kat sesetengah sekolah ni kadang dah lama sangat tak update sampai bunyi pun macam serombong titanic.

    Jadi bagi saya, untuk menyampaikan sesuatu ilmu dan perkongsian yang berkualiti, audio berkualiti adalah antara elemen penting untuk sesuatu mesej itu sampai kepada peserta/murid. Tu yang duk mencari speaker dan mixer sendiri tu.

    So kesimpulannya, tuan ada nak jual tak. Hihihi

    ReplyDelete
  5. Ada. Boleh bagi no phone di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai bos. Walaupun dah 3 taun lepas. Boleh ke bos pm saya, nak tanya ttg pa system. 01135199700

      Delete
  6. Nak tnye pasal amp dan mixer.. boleh whatapss sy d 0177793607

    ReplyDelete
  7. boss ada set pa system nak jual murah2 ka?..kalau ada whatsapp saya 0164278167 ...tgh mencari

    ReplyDelete
  8. 0123604144 kalau ada speaker yg dgn harga ok, nak beli, nak wakaf ke kubur, boleh pasang yasin

    ReplyDelete