Wednesday, 24 January 2018

Pening MEMORI bhgian 1: Buta Seni

Bismillah.

MEMORI 2017/2018 akhirnya melabuhkan tirai semalam. Petang tadi, ustaz ghani datang menghampiri tempat aku dan en Shaiful

"Baguslah budak-budak ni.. Saya ingat kita kena buat majlis, jamuan untuk hargai mereka ni. Bagi sijil atau apa-apa bende lain ke. Takpe, nanti mintak kat Pusat Islam bajet."

Sejak ambang memori yang berlansung minggu lepas, Ustaz Ghani tidak putus-putus memuji AJK Memori kali ini. Mengingati kembali kenangan empat tahun terlibat di belakang tabir MEMORI, aku kira tahun ni begitu banyak pujian dan galakan yang diberikan kepada mereka. Memang benar untuk aku mengakui, bahawa kerja mereka berjalan dengan baik mengikut arahan dan peraturan yang telah digariskan pihak kolej. Tidak lagi perlu "curi-curi". Malah tahun ini, aku melihat ramai pensyarah yang sudi terlibat dan hadir dalam malam-malam yang kerap berlansung.

Barisan Majlis Tertinggi. diorang ada baju khas


Cuma ketiadaan watak jahat, menyebabkan aku cuba mengundang kejahatan. Lalu memboikot persiapan malam pembukaan dan penutup buat pertama kalinya selama 4 hari.

Hari rabu aku kembali kerana beberapa urusan teknikal. 

Geleng kepala.

ADAM.

Siapa sahaja yang menyaksikan raptai pembukaan pada malam tersebut pasti menyedari perjalanan majlis itu sangat-sangat kelam kabut, tiada tujuan, dan sangat syok sendiri. Aku yang sedikit risau dan menyesal, membiarkan sahaja mereka dengan gelengan di kepala. Tempoh boikot itu masih belum tamat. Dan masa terlampau suntuk untuk mengganggu mereka yang sepatutnya berfikir. Hinggalah esoknya, Adam selaku PIC malam pembukaan duduk bertamu dihadapan aku.

"Cikgu ada idea apa-apa tak untuk persembahan tu?"

Tanpa berfikir panjang, aku memberikan lagu bertajuk "adam" nyanyian Faizal Tahir. Dan konsepnya juga aku tentukan. Petang itu juga, aku mula masuk campur dalam persembahan-persembahan yang lain. Keselesaan mereka terhenti serta merta apabila aku meminta mereka mengubah hampir 50% daripada perancangan asal mereka. Dan malam khamis itu menjadi sangat menggerunkn apabila semua perubahan itu dibuat dalam tempoh tak sampai 24 jam dari majlis yang sebenarnya iaitu keesokan harinya.

Dan otak aku ligat berfikir, kerana kini aku bertanggungjawap untuk segala perubahan. Pagi-pagi jumaat aku sudah berkejar ke butterworth, membetulkan wayar mic sebab akan digunakan untuk ekspo nanti. Dalam kepala masih pening memikirkan macam mana nak mantapkan lagi persembahan mereka yang tersangat last minit. Saat itu juga, motor yang baru dihidupkan melanggar binaan dinding quarters. Otak aku sudah berpisah dengan penglihatannya. Jelas benar ia di depan mata, tetapi masih juga dirempuh. Hingga aku sendiri sukar membezakan sama ada terlanggar atau sengaja dilanggar. Akibatnya, motor yang muda itu pecah lampu serta tercabut cermin sisinya.

Namun alhamdulillah, rata-ratanya berpuas hati dengan malam pembukaan tersebut. Walaupun pengurus gimiknya ditukar saat-saat akhir, gimik itu sudah cukup baik di mata aku. Jutaan terima kasih juga kepada bekas student yang disayangi iaitu loo xin tian kerana sudi melatih team Adam di saat-saat akhir. Dan aku pula seterusnya , mahu membiarkan sahaja majlis penutup yang bakal berlansung dua hari lagi, kerana aku dengar ianya baik-baik sahaja.

Kumpulan acoustic dgn lagu Adam dan Ya Maulana.





Buta Seni.

Pengalaman empat tahun yang tidak panjang itu, aku merasakan batch kali ini antara yang terajin dan sangat professional kerjanya. Malah etika dan akhlak mereka, mungkin antara yang paling "islam" berbanding batch2 sebelum ini. Namun kelemahan orang baik-baik ini, mereka tidak punya bakat yang besar untuk dipersembahkan dihadapan manusia. Sudah beberapa kali mereka mencipta program, masih belum bertemu bakat seni pada jiwanya. Mereka tiada naluri M, nasir, tiada berkarya seperti buya hamka. Mahu menulis seperti habiburrahman juga jauh sekali. Memang itu sifat manusia, baik di satu tempat, kurang di tempat yang lainnya.

Untuk malam penutup MEMORI, mereka sepatutnya mempersembahkan nyanyian Acapella. Entah lagu apa, aku sendiri tidak tahu. Petang unuk raptai yang terakhir, tiba-tiba aku diberitahu persembahan tersebut dibatalkan tanpa sebarang ganti. Menjadi tanda, memori kecil mereka itu ditutup tanpa seni emosi. Ia bukan penyudah yang baik, kerana kepenatan yang mengundang fitnah itu perlu ada ubat kecil merawat peningnya.

Berbaki 4 jam, aku mencadangkan mereka tampil dengan slide berlatarkan lagu potret nyanyian Hijjaz ketika gema gegarvaganza. Lalu, aku sendiri mencari penyanyinya dan memaksa semua manusia yang sudah terlalu letih itu untuk terus bergerak sejengkal lagi. Sekali lagi, tengkingan itu menyebabkan ada yang terasa hati. Memang itulah diri aku, apabila menolak atau memansuhkan sesuatu, pasti menggantikannya dengan yang baru. Dan apabila sudah memulakan sesuatu, maka akan diberi segala apa yang ada untuk merealisasikannya. Aku bukan pengkomen tegar. Tiada masalah untuk bising, asalkan biar punya isi dan ganti.

Cuma seperti dijangka, masalah timbul tatkala gambar-gambar yang disusun untuk menyentuh hati, tiba-tiba tidak terpampang di ruangan skrin dewan alfarabi. Menarik, setelah penyanyinya aku cari, mc, bentuk dan lagunya juga sudah tercuba. Hanya slide itu yang aku biarkan untuk mereka uruskan tetapi ditakdirkan "gagal".

Saat manusia lain sudah bergembira menyambut malam penutup yang menjadi cebisan kenangan mereka, Amir Syafiq menghampiri aku dengan wajah yang sangat kecewa. Menarik dunia ini, bagaimana manusia yang menonton perkara sama tiba-tiba punya emosi berbeza..

Ada yang gembira
Ada yang kecewa

Aku berpendapat mus juga perlu ada dalam gambar ni. Amir syafiq org kedua terbesar selepas aku.


Bersambung..



No comments:

Post a Comment