Thursday, 11 January 2018

Sama, Tangan dan Kepala

Bismillah.

Semalam, aku tiba-tiba menaip "memori" di ruangan atas blog aku. Malam yang sepatutnya habis awal aku lewatkan dengan membaca kembali coretan-coretan yang pernah aku catatkan bersempena memori. Ia sesuatu yang menarik. Cerminan kepada semua yang berlaku pada sesi ini juga.

SAMA.

Apa yang pernah batch-batch sebelum ini lalui, hampir semuanya berlaku kembali. Isu muslimin yang kurang matang berbanding muslimat, isu kepimpinan, isu pensyarah memerli ajk Memori, isu ikhtilat, isu pencela yang mahu melihat ajk memori sebagai muslim sempurna, isu peniaga, isu komitmen ahli, isu design buruk dan seribu satu lagi isu yang semuanya berputar seperti roda. Cuma bezanya, batch kali ini dipermudahkan urusan birokrasinya kerana orang yang atas-atas, pusat Islam, HEP dan manusia sekelilingnya semuanya sudah berubah menjadi orang yang memudahkan.

Adapun kesalahan yang pernah senior-senior mereka lakukan, kebanyakannya masih mereka ulangi dengan yakinnya. Seronok melihat mereka mempertahankan kesilapan yg pernah senior2 mereka lakukan. Cuma kelebihan tahun ini, ramai benar yang ambik berat dan mahu menghulurkan bantuan kepada mereka. Kerana itu, aku mengecilkan skop pemantauan aku agar ada ruang penasihat-penasihat lain menghulurkan bantuan dan pertolongan mereka.

Tangan dan Kepala.

Seperti tahun-tahun sebelum ini juga, design poster, banner dan bunting sering mendapat perhatian aku. Setiap batch yang masuk, citarasa mereka kebanyakannya masih seperti di sekolah menengah. Setiap tahun begitu banyak design yang aku reject dan aku juga yang terpaksa mengubahnya. Paling perit, bila ianya perlu disiapkan di saat-saat akhir. Teringat tahun lepas, sampai pukul 1 pagi aku bermalam di kompel dengan ahli publisiti untuk mereka poster dan banner. Alhamdulillah tahun ni aku terlibat dengan mereka lebih awal lagi.

Akibatnya, hampir 90% poster mereka aku reject tanpa memikirkan hati dan perasaan mereka. Dan jodoh kali ini, aku dipertemukan dengan si Izna yang sangat superb dengan citarasa dan kemahiran photoshopnya. Maka hampir semua design untuk memori kali ini aku menjadi kepalanya dan Izna menjadi tangannya. Dua gabungan meletop dan ini hasilnya:



Secara jujurnya poster-poster kali ni berada dalam level yg sgt berbeza.

Smart tak ustaz?


Kad jemputan dan nametag diorg pun lawa. Cuma aku takde softcopy

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, aku sudah kurang melantik orang-orang sediri sebagai AJK utama dalam MEMORI. Kebanyakan mereka dilantik oleh MT sendiri. Kalau sebelum ni aku ada team dari sekolah irsyad, team pentas H5(kelas azri1516), team maktab mahmud, team laci, team Bai H5, team PDT Syafiq athila dan macam-macam lagi. Kali ini aku kurang menyeludup masuk mereka kecuali team yang aku tubuhkan untuk menguruskan "Radio" sempena ekspo. Antara sebab besarnya mungkin aku dah kurang mahu masuk campur. Sebab lainnya team2 tersebut dulu aku tubuhkan sebab memang unit tersebut tak wujud. Tapi tahun ni, unit-unit sudah ditubuhkan secara rasmi. Dan yang terakhirnya, aku dah kurang nampak bakat dan semangat yang mampu aku salurkan sebagai tempat untuk mengasah bakat.

Maka tugas menjadi penerbit radio ini aku wujudkan untuk junior-junior aku dari SEMESTI(beza 10 batch) bagi memberi peluang mereka belajar sesuatu yang baru. Diorang ini walaupun tidaklah kuat agamanya, tetapi punya banyak bakat dan idea menarik yang hanya terkeluar bila dipaksa. Mudah-mudahan meriah ekspo itu nanti.

Boikot dan Disiplin.

Setakat hari ini, aku sudah menyebabkan beberapa orang AJK muslimat memori menangis. Untuk musliminnya, ada beberapa orang sudah terkena tengkingan dan amaran aku. Ia sebagai sebuah bentuk pendisiplinan agar tercapai hasil yang lebih baik. Cuma aku melihat ianya masih belum di tahap optimum kerana banyak urusan birokrasi mereka sudah terlalu dipermudahkan.

Kesenangan yang mereka lalui ini, menyebabkan ada sebahagian kecil mereka sudah mula melayan penghulur bantuan sebagai hamba, penyumbang idea sebagai penyibuk, dan nasihat penambahbaikan sebagai usaha menjatuhkan kreadibiliti mereka. Sebahagian kecil mereka mula mensisihkan adab. Malah yang agak aku dukacita, apabila mereka memandang wang yang ada sebagai hak milik mereka, bukan amanah yang mereka perlu jaga sebaik-baiknya. Melihat kepayahan kewangan yang pernah batch Amani lalui, aku terasa sedih melihat disiplin mereka kali ini. Kerana itu aku membuat keputusan untuk menjalankan proses memboikot seperti mana yang pernah aku lakukan pada senior-senior mereka. Maka minggu ini menjadi minggu terakhir aku menolong mereka. Manakala minggu depan aku mahu membiarkan mereka dengan kerunsingan yang pastinya berada di tahap puncak. Agar ada kematangan dalam mencari resolusi mencipta disiplin diri untuk lebih berdikari.

Kepentingan mengajar mereka berdepan dengan watak-watak jahat seperti ini sangat penting dalam membina ketahanan emosi dan psikologi ketika berada dalam organisasi. Kelebihan membaca wajah-wajah manusia, aku sudah terperasan beberapa orang dikalangan mereka sudah mula menunjukkan benci apabila aku cuba masuk campur atau menolak membantu mereka. Biarkan sahaja. Kerana diluar sana sangat penuh kejahatan yang dibuat oleh orang yang kelihatan baik. Ia lebih pedih berbanding melayan orang baik yang berlakon menjadi jahat. Dan aku mahu melihat kembali sifat manusia, yang melupakan seribu satu kebaikan dek kerana satu kejahatan shaja.

Apepun memori kali ini, persiapannya sudah tersangat mantap. Semuanya berjalan mengikut masa dan tidak terburu-buru ataupun last minute. Hampir semuanya sudah selesai dan tinggal untuk dilaksanakan sahaja. Hubungan baik mereka dengan pentadbiran, Pusat Islam dan HEP  antara benda yang aku tidak pernah lihat seerat ini, dan ia menjadi kelebihan utama buat mereka. Pujian aku berikan pada team Setiausaha yang sangat profesional dan pantas.

Sebenarnya susah gak nak boikot diorang ni. Sebab banyaknya baik-baik belaka. Tak smpai 10℅ pun yg buat hal mcm aku cerita kat atas. Cuma tak best plak takde watak jahat tahun ni. Haha. Alah 4 hari je kot boikotnya.

Apepun, doakan yang baik-baik. Mudah-mudahan urusan memori ini dipermudahkan. Jemputlah datang.

Sekian dari Syuib0809.





No comments:

Post a Comment