Saturday, 27 January 2018

Pening MEMORI bhgian 2: Makna Sedih dan Kecewa.

Bismillah.

Menyambung catatan mengenai Memori, aku kira tahun ini merupakan memori yang paling panjang dan padat sepanjang empat tahun aku berada di sini. Ramai yang ingat ianya dimulakan dengan malam ambang Memori. Sedangkan sabtu pada hari yang sama, sudah berlansung pameran tamadun islam memori yang tidak aku sangka meriah sebegitu. Dan dalam masa yang sama, berlansung juga program ziarah rumah anak yatim dan asnaf, juga aku kategorikan sebagai sangat berjaya. Dahsyat, sudah ada 3 aktiviti besar sebelum memori sebenarnya berlansung.

Keberanian tanzim memori kali ini bersambung apabila empat malam berturut-turut dipenuhi dengan program. Bermula dengan forum dan tamat dengan majlis penutupan, aku kira mereka kembali dengan pembaharuan apabila Rhaudatul Iman dilansungkan pada ahad pagi dengan tempoh melebihi dua jam. Dan entah apa kegilaan mereka, pagi ahad itu sebaik sahaja tamat aktiviti bedah buku bersama ustaz nasir, mereka meneruskan pameran dan aktiviti memanah tanpa pengetahuan aku. Dan yang mengejutkan, masih mendapat sambutan!! Perghh..

Ekspo Memori.

Tahun ini, kali ketiga ekspo mendapat tempat sebagai nadi bagi memori. Diketuai oleh si Fatin dan Aqil, aku nampak perancangan mereka lebih rapi dan didokong oleh unit lain yang lebih tersusun. Dalam ekspo sendiri sudah ada empat team, iaitu team jualan ekspo, team pameran, team panorama dan team DJ(aku buat sendiri). Malah aku menyedari ada unit-unit kecil lain yang ditubuhkan seperti team perhiasan pentas ekspo dan juga team flashmob yang menambah rencah untuk ekspo kali ini.

Bergambar dihadapan photobooth bersama dengan anak-anak dara yg cantik. Aku waktu zaman sekolah dulu memang tak pernah tangkap gambar dengan anak gadis org mcm ni. Rezeki dah tua-tua gini. Apapun nik telah mematahkan kerusi tersebut. Kahkahkah


Gambar satu tahun yang lepas. Ramai gak yang xde dalam gmbar tahun ni. Sob..sob


Bilangan kedai yang sangat banyak, kehadiran puluhan foodtruck, juga penyertaan pameran dari badan kerajaan, NGO dan pelajar, aku melihat kemeriahan ekspo memori kali ini sangat luar biasa. Tidak tertumpu di kawasan berhampiran surau sahaja, permainan dalaman dan luaran juga memulakan agenda mereka sehingga ke kawasan berhampiran tasik kolej. Dan benda baru yang juga diwujudkan untuk memori kali ini ialah terowong aqsa. Kreatif budak-budak ni.

Suasana di ekspo memori 2018


Saat semua manusia sedang bergembira dengan persekitaran yang seperti tiada masalah, aku melihat si Fatin menangis tak henti-henti dari pagi sampailah ke tengah hari. Merah aja mata. Bila tanya kenapa, tak nak plak jawapnya. Perempuan. Kepelikan yang berlaku pada amir syafiq, turun berlaku pada fatin. Bagaimana saat manusia lain sedang berseronok dan bergembira, tiba-tiba masih ada manusia yang bersedih dan kecewa akan perkara yang sama.

Makna sedih dan kecewa.

Kecewa itu selalu hadir apabila manusia tidak tahu akan apa yang Tuhan tahu. Hingga mereka memasang harapan setinggi gunung. Sedang sangkaan belum lagi menjadi realiti. Dan teori belum masih terbukti menjadi praktis. Sang keringat sudah habis peluhnya sedang perjuangan belum lagi disempurnakan. Kecewanya manusia itu apabila Tuhan tidak membenarkan sangkaan si hamba mengatasi kuasanya. Maka tunduknya manusia kepada takdir, selalu menjadi asbab manusia kembali melayani perasaan sedihnya..

Dua tiga hari sebelum ekspo berlansung, satu demi satu pemberian janji ditarik kembali tanpa segan silu. Orang kuda tarik diri, bumper ball tarik diri, malah giant balloom juga keberatan dan mencadangkan alternatif baru. Itu belum lagi dikira para peniaga yang tidak hadir setelah berjanji. Akibatnya ajk terpaksa menanggung kerugian akan khemah yang sudah disewa dek kerana terbiar tanpa peniaga. Semua masalah yang hanya disedari oleh si fatin ini menyebabkan dirinya bersedih. Sedang manusia-manusia lain yang hadir ke ekspo tanpa sebarang harapan dan sangkaan pula bergembira, kerana terkejut bagaimana sekumpulan pelajar hingusan mampu menguruskan ekspo sebesar dan semeriah itu.


Fatin yang buat v tu. Tak jumpa plak gambar dia menangis. Aku rasa aku perlu buat something dgn perut aku. Mengancam sangat nampak. So, kena censored. Haha



Keletihan.

Kegilaan batch kali ini merealisasikan idea-idea mereka yang sangat banyak, menyebabkan mereka sangat-sangat keletihan. Tidur yang tidak mencukupi, makan yang tidak menentu, entah bila mereka mandi, aku sendiri kurang pasti. Cuma aku gembira melihat barisan Majlis tertinggi mereka begitu komited untuk setiap program yang mereka laksanakan. Wajah MT yang sentiasa ada di mana-mana, aku belum menerima sebarang aduan akan sesiapa yang mencuri tulang dikalangan MT mereka. Malah kebaikan tutur kata mereka dalam mengeluarkan arahan, menjadikan orang-orang dibawah mereka senang untuk bekerja di bawah mereka.

Terkejut aku tengok gambar ni. Tak sangka diorg yg baik2 ni pun leh tahan yoyo time tangkap gmbar. Haha


Cuma apa yang aku kecewa dengan kebaikan mereka ialah, apabila ada manusia-manusia yang pernah bermasalah sebelum ini, meninggikan kepala mereka pada barisan MT yang sepatutnya menjadi kepala. Dan kesian melihat MT yang tidak smpai hati mengatakan "tidak" pada orang2 sebegini. Orang-orang sebegini, kalau bekerja di bawah MT-MT yang tegas sekalipun, pasti akan bercakap buruk di belakang mereka. Abaikan, memang wujud watak ini sepanjang.

Sebaik sahaja memori tamat, aku diserang sakit di bahagian dada kiri. Yang aku pasti ianya bukan bepunca dari jantung. Sebab bila tekan memang rasa mcm ada lebam di bahagian rusuk dan otot dada. Kalau bersin dan bergerak untuk solat memang sakit sungguh. Lama benar tulung rusuk kiri ni tak bergetar. Hehe.

Bersambung..

Aku rasa lepas berdiri tepi afiqah ni yg jadi sakit tulang rusuk ni. Ke sebab tepi ain?. Haha. Terima kasih semua Sudi datang


2 comments: