Empat tahun menyaksikan memori, aku selalu berfirasat dikalangan ajk-ajknya pasti punya orang yang mustajab doanya. Kerana ramai antara mereka yang tidak kisah pun mengenai markah koko, malah sanggup menabur duit dalam keadaan elaun yang masih tertahan. Seperti tahun-tahun sebelum ni, aku melihat cuaca yang mengikut sunnatullah itu seperti meminta izin pada Tuhannya. Hujan yang kerap turun di siang hari minggu sebelumnya, lebat angin dan airnya bukan biasa-biasa. Tetapi untuk ekspo memori yang berlansung, cantik benar cuacanya dengan terik mentari. Dan sebaik sahaja ekspo dijadualkan tamat jam 5.00 petang, air hujan mula menitis menghalau peniaga dan urusetia yang sudah lelah sepanjang hari.
Aku ingat ia cuaca yang sudah berubah dari kebiasaan. Barangkali juga tiada doa yang mengaturnya. Tetapi apabila hujan mencurah-curah pada pagi isnin dan hari-hari berikutnya, memang benar keyakinan aku, ada doa yang sudah sampai pada Tuhannya. Berdoalah, Allah pasti mendengarnya.
Bergambar dgn manusia2 yg mustajab doanya.
Empat tahun ini juga, aku orang yang terkenal sebagai insan di sebalik tabir memori. Tiada hitam putih, tiada wajah pada iklan, apatah lagi sijil untuk diriakkan sebagai rasuah dalam proses kenaikan pangkat. Tiada siapa melantik, dan aku juga tidak melantik diri sendiri. Kerana itu, tiada sebab untuk pelajar yang punya pangkat itu mendengar atau mematuhi arahan dari aku. Maka tiada logik untuk kecewa akan apa yang berlaku, kerana aku hanyalah seorang kuli.
KULI.
Sejak zaman sekolah, aku memang orang yang suka menyorok di belakang tabir. Muka kuli yang terlukis itu, memang patut benar untuk tidak dikedepankan. Angkat meja, susun kerusi, main alat muzik iringan, peluh yang jatuh itu kerap hadir disamping pakaian lusuh yang tidak pernah lansung mahu mengikut fesyen terkini. Sebaik habis program, aku juga orang yang akan mengemas dewan dan memastikan barang-barang yang dipinjam dikembalikan ke tempat asalnya. Sedang rakan-rakan yang punya rupa dan kemalasan, menyibukkan diri bergambar bersama gadis-gadis sebaya yang penuh nafsunya. Haha
Malam berlansungnya majlis pembukaan MEMORI, aku masih setia dengan kurta dan kain pelekat. Memantau perjalanan majlis itu dibelakang tabir sahaja. Tiba-tiba terlalu depan pengarah dan ketua-ketua jabata, teruih cabut lari smbil pegang kain pelekat. Hahaha.
Pakaian rasmi zaman berzaman.
Keesokan harinya, selepas subuh terus bergegas ke kawasan ekspo untuk setup PA sistem. Tiba-tiba alat-alat ni meragam, maka dekat dua jam jugaklah baru habis setup. Seperti tahun-tahun sebelum ni, aku akan ambik masa berehat dalam pukul 12 tengah hari smpailah jam 2.30 petang baru kembali ke sana. Tapi kali ni, lepas zohor baru aku rehat sebab risau apa-apa jadi. Tapi jujurnya kali ni, tak banyak kerja dah. Semua berjalan dengan sangat lancar.
Cuma belah malamnya, aku mula mencampuri urusan makanan vip. Ke hulu ke hilir mencari makanan yang lain pula agar sesuai dengan namanya. Kalau tidak asyik mee goreng, nasi goreng dan adik segorengan yang lain. Maka, malam terakhir tertukarlah menu menjadi mee tomyam. Cuma kelam kabut sebab terpaksa mencari mangkuk dan senduk kat pekan kepala batas.
MANUSIA.
Khamis pagi, ustaz tetiba mai dekat aku:
"Izuan, unit koko bising budak2 ni nyorok banner dengan hiasan bunga kat belakang dewan..."
"Pagi forum tu, lepas guna office saya, habis biar mcam tu je..."
Antara disiplin-disiplin besar aku sebelum ni, ialah memastikan memori yang meriah itu seolah-olah tidak pernah terjadi sebaik sahaja semuanya tamat. Keadaan sebelum, biar sama selepas tamatnya. Tiada saki baki, sampah, apa sahaja yang menyakitkan mata perlu dilenyapkan dari pandangan mata. Dan aku akan menjadi orang terakhir berada di tempat kejadian sebaik sahaja semuanya tamat. Cuma tahun ni, aku sedaya upaya tidak mahu masuk campur kerana mereka sudah ada penyelaras mereka sendiri.
Tetapi seperti dijangka, perkara seperti ni berlaku kembali. Alat-alat muzik aku yang diberi pinjam, semua dicampakkan sahaja di kawasan belakang surau. Meja bilik tutor pula masih tersadai di kawasan berhampiran tandas surau. Malah alatan PA sistem yang aku beri pinjam, aku sendiri yang perlu mengumpulkannya kembali. Terpaksa memuraikan mulut untuk memastikan barangan yang berharga ribuan ringgit itu kembali kepada empunya diri. Cuma oleh kerana dada aku masih sakit, bantuan dari anak-anak ini sangatlah diperlukan..
"Tapi cikgu, takkan asyik kami je yang kena angkat.."
Rungutan itu dari manusia yang baik-baik sahaja orangnya. Terhasil Kerana terpaksa melayan kerenah manusia yang ketika meminjam penuh janji manis dan tenaga, tetapi sebaik sahaja habis guna, penuh alasan dan kemalasan yang mengiringi. Tak bagi pinjam, bising mengutuk mengalahkan mulut si murai. Encik wan yang mendengar perbualan aku dan ustaz kemudiaannya menyampuk.
"Jangan cakap budak, pensyarah pun serupa tu jugak.."
Haha. Itulah manusia.
BUKTI
Ahad pagi, saat memori masih rancak berjalan, aku menyampaikan pengisian buat sekumpulan manusia:
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asy’ari r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir AlhamduliLlah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan AlhamduliLlah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Solat itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah bukti. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan (memelihara) dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)
Simbol yahudi apa entah diorg buat ni. Ish3x
Sepanjang memori berlansung, mata aku ligat menyaksikan manusia. Ada yang kuat agama, ada yang belum kuat agamanya. Yang terlihat kuat agama itu, sangat suka untuk aku menguji mereka. Saat setiap sorangnya masih mengira saki baki yang seperti tiada dalam dompet masing-masing, aku masih memaksa agar ianya disumbangkan pada projek memori yang mereka cipta ini. Bukan jumlahnya yang aku mahu saksikan, cukup sekadar keasanggupan. Ia sudahpun menjadi bukti.
Adapun yang belum nampak beragama itu, kegembiraan melihat mereka menyumbangkan tenaga dan apa yang mereka ada untuk kerja agama yang belum nampak betul-betul beragama itu. Cukuplah ia menjadi bukti bahawa mereka punya sayang untuk diucapkan pada Tuhan di akhirat kelak. Mudah-mudahan jual beli itu menguntungkan mereka dan menjadi titik mula untuk mereka terus menjual diri pada kerja-kerja agama kelak.
Team jualan.
Sekian dari Syuib0809
soaring upward la cg
ReplyDelete