Cuti tiga hari...
Aku berdegil untuk adakan sambutan Maal Hijrah..
"tak kisah lah ANC bubar ke tak bubar, saya akan on gak maal hijrah ni. Apeke jadah orang islam tak kesah pasal tahun baru sendiri..." kasar bahasa saat kepanasan
Maal hijrah, bukanlah dikira besar pada sambutannya. Cuma ia salah satu hari istimewa untuk mempertontonkan dan memperketengahkan cebisan-cebisan Islam. Seperti mana kita menziarah sanak-saudara ketika istimewanya hari raya. Pergi ke kubur ketika pagi syawal. Maka, Istimewanya 1 syawal itu bukanlah kerana sambutannya. Namun, ketika hari-hari "special" inilah menjadi masa yang paling sesuai untuk kita mempromosikan budaya "ziarah-menziarahi" dan "melawat si mati". Kerna "budaya" yang diajar islam ini begitu hambar untuk dipromosikan pada hari-hari biasa.
Maalhijrah seperti itu juga.
Menjadi asbab agar kisah hijrah itu diputar berulang-ulangkali..
Juga hari terbaik agar anak-anak muda meneruskan kekaguman mereka akan hebatnya hubungan Ansar dan muhajirin saat peristiwa hijrah itu berlaku
Cuma sambutan kali ini, promosinya sedikit berbeza.
"cikgu, HEP bagi buat sambutan maal hijrah..."
"tapi bukan bawah ANC lah, sebab ANC dah bubar..."
"habis bawah sapa?"
"kena letak dalam paperwork, program ni bawah Biro Kerohanian JPP"
Aku sudah tidak kisah pasal nama.. Letaklah bawah sapa-sapa pun, takdenya diorang nak datang. Kalo menari2, nyanyi2 lajula diorang. Arghh... Geram
....
Cuti tiga hari itu juga,
Aku sudah berniat balik ke kampung...
Mahu membiarkan mereka-mereka yang berkerohanian itu berdikari..
Tetapi oleh kerana yang meluluskan sekadar membiarkan, maka aku khuatir mahu meninggalkan.
Yela2, bahasa lainnya aku memang suka menyibuk..
Rindu sungguh nak main balik percussion-percussion ni. Bersama team Qasidah.
Cuti tiga hari, pelajar-pelajar dibenarkan pulang
Dan banyak sungguh budak-budak yang pulang..
Lalu, tenaga yang mahu menguruskan semakin berkurang
Dan tetamu yang hadir juga pastinya akan berkurang.
Dahsyat, yang duk kelantan terengganu pun ramai yang balik.
Tetapi alhamdulillah, hiasan pentas kali ini sangat menarik.
Muhajirin ansar yang tinggal sejarah. Maalhijrah kali ini menyuntik peduli akan saudara-saudara yang terseksa di bumi Aleppo. Sebenarnya aku nak tunjuk stool oren tu je. Hehe. Baru beli tapi letak kat bilik felo.
Hmmm.... Ala-ala tadika gitu.
Pentas utama yang dibuat daripada rak buku. Pallet aku dah kena buang oleh pentadbiran kolej.
Malam maalhijrah ni, bagi aku agak meriah walaupun student ramai yang balik. Dan aku sendiri seronok menyaksikan dari jauh. Malas nak pi dekat, nanti banyak diorang ni tanye macam-macam. Atleast boleh berdikari buat keputusan sendiri. Aturcara malam itu:
Buat kek batik
Doa akhir dan awal tahun
Baca yassin
Lepas Isyak:
Qasidah
Kuiz muiz
Tazkirah 30 minit dari Ustaz Hazrin
Tayangan Aleppo
Promote baju untuk dana Aleppo
Doa Rabithah
Ada jual makanan.
Jual button Badge..
Untuk majlis sekecil itu, bagi aku dah macam-macam budak-budak ni buat.
MC skema yang masuk air. Bersama ustaz Hazrin yang sanggup meluangkan masa untuk memeriahkan majlis.
pemandangan yang menyeronokkan. Tak sangka agak ramai yang hadir walaupun sedang cuti.
Event yang hampir 100% diuruskan oleh para pelajar, aku melihat banyaknya ilmu yang mereka pelajari sepanjang menguruskan program ini. Pembelajaran luar kelas yang lebih efektif, ini sahaja tempat terbaik untuk mereka menjadi kreatif dan lebih berinovatif. Walaupun projeknya berskala kecil, sekurang-kurangnya mereka berupaya mengawal emosi dan mental yang kerap teruji dengan sumber tenaga dan kewangan yang sangat-sangat terhad. Tahniah!
Hijrah yang dipromosikan. ANC juga sudah di"hijrah"kan namanya kepada Biro Kerohanian JPP. Oleh kerana namanya agak menggelikan, maka aku mencadangkan agar disingkatkan menjadi B2K(Biro Kerohanian Km*p). Hehe.
Selamat tahun baru.
Gambar terkini. Semakin membulat dengan rambut botak.. Okeh, menggelikan
Sekian dari Syuib0809..
إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَةَ اللَّهِ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Qs.2:218.
Pergh.... cikgu smakin membulat nie.... bila nak diet balik nie cikgu.... lama x tgk cikgu happy mcm nie... hehhhehehe
ReplyDelete-luqman asri-
hahaha...man amboi
ReplyDeleteApehal la korang berdua ni...
ReplyDeleteHijrah hnya sekadar pada nama...hakikatnya hati semua masih pada anc
ReplyDeletesaja nak menyemak dalam blog cikgu... heheh...
ReplyDelete