Tuesday, 27 September 2016

Cuit-cuit syuib0809 bhgn 2

Bismillah...

"saya teringin nak tanya kamu ni, ada tak kawan-kawan kamu yang macam duk paksa kamu pakai tudung? Tak pun benda pelik-pelik ke yang diorang cakap kat kamu..."

"takde cikgu... Cuma pernah waktu RI(raudhatul Iman) diorang tanya saya ni non-muslim ke..."

Setiap hari Rabu, selepas solat zuhur, aku akan dikunjungi pelajar ini. Namanya unik. Subanath thejani. Kacukan sikh dan muslim. Pelik bunyinya? Aku suka memanggilnya "kak teja".. Agar dia selesa. Hari itu, aku teringin bertanya pengalamannya yang dikelilingi orang bertudung. Berharap, mudah-mudahn aku beroleh kisah yang melucukan kesan anak muda yang gemar menjadi ustaz ustazah segera.

"sebenarnya cikgu, saya suka je pakai tudung, tapi..."

"tapi apa? Kamu bengang tengok orang yang pakai tudung perangai lagi teruk dari kamu?"

"a'aah cikgu....""

"hahaha, kamu ni sebijik macam kawan saya..."

Gadis yang tinggi lampai itu, wajahnya sepertis artis bollywood. Cuma kelembutan hatinya, kenakalannya, cara dirinya yang cukup menjaga solat, dan ketidakpuashatiann dia mengingatkan aku perihal seorang rakan yang banyak mengajar aku erti sabar sepanjang menjadi syuib0809. Cuma bezanya, rakan baik aku ini berketurunan cina, dan sedikit pendek. Erkkk... Ke sangat pendek?

"Assalamualaikum!!!"

Pertama kali masuk dalam kelas ekonomi mr. Jamal, aku disapa oleh beberapa orang rakan perempuan yang sangat peramah.

"ko mesti terkejut kan? Aku orang Islam la, nama aku lili tai..." seorang gadis cina berbadan gempal, dengan rambut ala-ala Albert Einstein mengusik, tatkala melihat aku terkejut dengan salam yang diberi.

Aku tidak banyak membalas usikannya. Sifat anti-perempuan ketika di sekolah, aku masih belum biasa beramah mesra dengan gadis-gadis seperti itu. Cuma dalam kelas ekonomi itu, aku tidak punya banyak pilihan selaku pelajar ambilan kedua. Aku terpaksa duduk dikelilingi perempuan bertudung. Kerana itu sahaja tempat yang paling islamik dan kosong dalam kelas itu. Tempat lain semuanya diisi oleh gadis-gadis freehair, sosial dan "terlebih open-minded"... Tak percaya?

Kelas ekonomi aku. Pertama kali masuk kolej "orang putih". Menguji kemahiran dakwah yg selalu selesa.. Yang lelaki dua dari kanan tu presiden badan dakwah aku. Budak KISAS. Dia pun terpaksa "mengalah" duduk sebelah budak freehair tu. Hahaha.

 Astaghfirullahala'zim. Diorang ni datang kelas je bising dengan aku. kat luar kelas, memang tak berani nak tegur sebab aku "ahli" badan dakwah. Errr...

Dua tahun dalam kelas itu, lili tai itu selalu menguji ketahanan aku dalam menangani mad'u. Kerana itu, aku selalu "gaduh" ketika berdialog dengan dia.

"ala pakai tudung, tapi kalau perangai teruk couple bagai pun buat apa?"

"apa? teruk sangat ke orang tak pakai tudung ni..."

"kenapa orang-orang surau ni suka sangat judge orang eh?"

Dan aku yang sudah selesa dengannya, sekadar membalas dengan jenaka..

"tak kisahla hg nak kata pakai tudung baik ke tak, yang penting hang kompem cun kalau pakai tudung. Amoi kot..."

"kalau nak, aku belanja hang tudung. Mahai pun takpa..."

Gadis unik ini, lama benar doa aku untuk dirinya berhijab. Yang menarik mengenai dirinya, walaupun dia tidak bertudung, dia kerap menjadi tetamu surau. program-program MUSCOM yang berlansung, beliau selalu menjadi promoternya. Malah, kebanyakan rakan-rakannya adalah orang yang punya agama. Namun dua tahun di kolej, dirinya masih belum bersedia..

Perancangan Tuhan, kami ditempatkan di universiti yang sama ketika di UK. Course yang sama, kelas yang sama, tetapi penglibatan lili dalam Dakwah semakin aktif. Saat aku terkapai-kapai dengan bahasa Inggeris yang berterabur, lili sudah bersama dengan ISoc(Islamic Society) mempromosikan Islam dengan jauh lebih baik. Dan tahun pertama di Leicester, Lili masih belum bertudung.

Tahun kedua, lili mengejutkan semua orang apabila dia hadir ke jamuan raya dengan bertudung. Dan tudungnya itu bukan tudung-tudung kecil seperti orang yang baru belajar, tetapi tudung ustazah-ustazah!!! Labuh wo... Hehe. Dan sejak itu, hubungan aku dengan dia semakin awkward. Erk? Gila apa, dah macam ustazah kot. Takkan nak buat lawak-lawak gila macam zaman lagho dulu. Astgafirullahalazim...

Cuma seronok melihat dirinya, hingga kini jilbabnya itu masih setia melindungi kehebatan dirinya. Dan dia mengajar aku pelajaran besar, agar para daei  tidak mengharap perubahan segera, dan bersabar dengan doa yang baik-baik sahaja. Tiga tahun menunggu dirinya berjuang, ianya bukan mudah.

Perihal lili, hampir setiap semester akan aku ceritakan kepada semua student yang aku ajar. Paling tidak, pada ahli-ahli ANC yang selalu gopoh dalam urusan dakwah. Agar bisa lebih tenang, dan menenangkan.

Lama aku mengenali dirinya, dan banyak benar kisah yang lucu sebenarnya. Antaranya:

Dia pernah tulis surat waktu akhir tahun kat KYUem. Haha. Dan surat tu masih aku simpan untuk bahan dia. Kahkahkah..

Kami pernah berbasikal berdua. Haha. Jangan memfitnah. Takde romantiknya. Sepanjang perjalanan aku kena "marah" dengan dia. Siot. Panjang ceritanya, malas nak tulis. Silalah "judge".

Kami juga selalu kena bahan dengan postgrad, sebab asyik muka kami je kat majlis-majlis postgrad leicester tu. Sampailah satu hari Abang Shah mengusik

"hangpa ni kalau kawen, jangan plak bubuh anak nama PILI(Pilus+Lili)" aduiihh...

"yela2 abang shah, doakan ye..." aku yang malas nak layan membalas dengan jenaka. Dan bila lili dapat tau aku reply macam tu, sekali lagi aku kena marah dengan dia. Arghhh..

Cuma kerisauan aku hingga kini, sifat ketidakpuashatian masih menebal pada dirinya. Hingga dia selalu menjadi "musuh" pada sesuatu yang berlainan dengan apa yang dia harapkan. Harapan dirinya yang terlampau tinggi, maka kecewa yang hadir dalam dirinya juga tinggi... Dan kerisauan itu, hanya doa yang mampu mengiringi..

Dah, pehal plak aku tetiba cerita pasal lili ni?

Entah, saje nak cerita.


Gambar "paling rapat"... Jangan risau, aku tutup mata.

"Byk jasa ko kat aku, ko byk ajar aku ttg Islam. Yg paling aku xleh nak lupakan ko pernah offer bg tudung kat aku. Xpernah jugak ada org tawarkan offer camtu kat aku yg gila2, freehair ni. Bukan aku xnak berubah, izuan, ko laki, x sesuai nak citer kat ko. even prmpn pun aku xciter sbb xde yg ble membantu pon... Harp ko paham... InshaAllah suatu ari nnt aku akan berubah. Doakan ye... " 
Lili 
19/6/09 
FRI

Sekian dari Syuib0809.

“Sesungguhnya engkau (Muhammad) hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi hidayah”. [Ar Ra‘d/13 : 7].

“Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk”. [Al Qashash/28 : 56]


2 comments:

  1. wehhhhh....lama xmai jenguk2 sni, lili ade baca blog hg ni x? hahahaha

    ReplyDelete