Wednesday, 14 September 2016

Cuit-cuit Syuib0809

Bismillah..

"Aku dah tak larat dah, aku nak keluar muscom..."

Mesej 8 tahun dahulu... Saat makhluk bernama whatsapp masih belum dilahirkan..

"dah macam-macam aku buat.. Tapi orang tak hargai, orang tak nampak apa yang aku buat. Dah berapa kali dah, aku beli barang untuk surau guna duit sendiri. Tapi tak boleh nak claim...kau plak asyik marah-marah aku, ingat aku tak kesah ke pasal surau ke? Aku dah letih, aku nak keluar!!!"

8 tahun lalu, aku memegang porfolio SYUIB MUSCOM, singkatan kepada syu'bah Ibadah. Syu'bah yang persis seperti Lajnah Hal Ehwal Surau ANC. Cuma bezanya, keahlian Syu'bah ini hanyalah 3 orang, tidak seperti HES yang meragut keringat sehingga 20 orang.

Membelek-belek gambar yang bersepah dalam hardisk. Terjumpa ini. Tudung putih dengan tudung hijau itu partner aku dulu.

Tiga orang ini, hanya aku sahaja berjanggut, dua lainnya sekadar bertudung. Dan keberiyaan aku dalam mengurus surau kecil itu, menyebabkan aku lebih perempuan berbanding dua orang perempuan tadi. Mata yang lansung tak boleh tengok benda semak, aku cepat naik angin bila rumah Allah itu diperlakukan seperti rumah setinggan.

Ada masanya, aku mahu surau kecil itu punya layanan seperti Hotel. Maka aku adalah orang yang pertama masuk(subuh) dan terakhir keluar("light off") untuk memastikan surau itu dalam keadaan terbaik setiap hari. Bila ada muslimat yang menghostelkan surau itu dengan makanan dan meja study yang berterabur, aku secara lumrahnya mudah naik angin. Dan berita ketika itu sering dilaporkan oleh makcik cleaner, yang agak rapat dengan aku selaku "tok siak".

Sifat cerewet ini, kadangkalanya menimbulkan kemarahan muslimat. Dan surat layang kadang-kadang tertulis di papan putih kawasan muslimin.

"stor belakang tu semak, muslimin tolong bersihkan ye...."

"rak buku muslimin bersepah, susun balik..."

Ia mesej-mesej yang melucukan. Lambangan mereka juga mahu mencari kesalahan-kesalahan selepas kerap benar dipersalahkan. Peperangan kecil ini, menyebabkan hubungan kami terjaga, tidak berlebih sehingga membawa kepada bibit-bibit kejiwangan seperti badan-badan dakwah hari ini.

Salah satu stor yang berjaya aku ubah jadi bilik "gerakan". Kemas sorang2. Bilik ni mula2 sebelum aku ambik punyalah serabut dengan buku , barang dan makan bersepah. Last aku masuk dua tahun lepas dah siap bubuh aircond.

Cuma suatu hari, kami benar-benar berperang. Yang anis suka menggelarkannya sebagai "perang dingin Muscom"...

Puncanya...

Malam ramadhan yang entah ke berapa, aku seperti biasa sibuk dengan tugasan Syuib yang semakin luar biasa berbanding bulan-bulan biasa. Ramadhan kami seperti pesta. Tadarus, iftar, tazkirah 3 minit, qiamullail, moreh, sahur, gotong royong, usrah khas, surau itu dipenuhi tetamu termasuk anak-anak yang riuh-rendah sepanjang bulan ramadhan. Ia menyeronokkan, dan sebagai balasannya, kami juga perlu "kerja" lebih masa. Membasuh pinggan-pinggan, cawan, bekas makanan, periuk dan sebagainya, lalu tenaga manusia amat-amat diperlukan. Aku kerapkali dibantu junior-junior, juga rakan-rakan muscomin(muscom muslimin) sehingga kepada urusan pembukusan makanan lebih.

aktiviti pertama mengikat ukhwah sesama muslimin, alhamdulillah, tak payah paperwork

Cuma malam itu, semua rakan-rakan muslimin meminta izin pulang awal kerana ada urusan lain. Izin yang tidak perlu diminta, kerana mereka sudah terlalu banyak membantu. Bekas-bekas makanan juga sudah banyak yang dibasuh. Sebaik selesai, aku melepaskan lelah di tangga surau sementara menunggu muslimat menyelesaikan urusan mereka. Selang beberapa minit menunggu, beberapa orang muslimat keluar dengan bekas bertimbun-timbun yang belum dibasuh. Aku pasti, mereka berharap untuk muslimin yang membasuhnya...

"boleh tak nak mintak muslimat tolong basuh bekas-bekas ni?..." aku bercakap dengan nada lembut. Jarang berlaku, dan hanya berlaku kerana kepenatan.

"apesal pulak?, muslimin la yang kena basuh, muslimat dah settlekan yang lain..." zaman tidak matang, berkira sebegini sekadar untuk memancarkan ego.

"muslimin lain semua dah balik. Diorang ada hal sikit. Tinggal ana sorang je ni. Tak larat sungguh ni.." riak wajah yang sukar menipu, mereka kerap menjadi saksi betapa dahsyatnya aku bekerja. Cuma malam itu aku mengalah kerana berseorangan. Maka bantuan mereka yang ramai itu sangat-sangat diperlukan.

Barangkali ter"goda" dengan wajah kepenatan aku, ataupun melihat lenjunnya baju melayu yang dipakai sejak petang tadi, mereka akhirnya membantu tanpa banyak bicara. Cuma keesokan harinya, semua High Committee dipanggil untuk meeting "tergempar"!!. dan tak semena-mena aku pun kena panggil gak, sedangkan aku hanyalah orang bawahan.

"kenapa muslimin semua lari malam tadi? Tinggal izuan je?"

"dah lama tengok muslimin macam ni... Bla3x"

Aku hanya tersenyum. Seronok melihat mereka bergaduh. Ambil berat wanita zaman-berzaman, sangkaan mereka selalu negatif. Fatimah mokhtar yang turut serta dalam meeting itu juga seolah-olah tidak mampu menenangkan rakan-rakannya yang lain. Mereka salah faham dengan menganggap muslimin curi tulang, lalu aku pula yang perlu menerangkan.. Aduiihh..

Boleh la tengok muka-muka muslimat yang macam tengah mengamuk. Bayangkan diorang marah dalam meeting mcm mana. Zaman berzaman, si lelaki memang suka main-main..


Dan kesan meeting itu tidak terhenti di situ. Muslimin yang juga punya ego, memerli sahaja sepanjang pertolongan keesokan harinya.

"ni nak kena bagitahu ke kami buat kerja baru nak percaya..."

"nah.. Nah, meh sini tengok..."

"aduih, beratnya dulang ni...." kata-kata itu ditujukan kepada muscomat yang juga bekerja disebalik tirai yang tertutup. Fungsinya mudah, untuk menyakitkan hati. Hahah.

Dan drama yang bersambung, muslimat yang mendengar rupa-rupanya merajuk dan sedih dengan perlian yang dilontarkan kepada mereka. Yang keras hati bertambah marah, manakala yang lembut hati menitiskan air mata. Ambik berat mereka itu bertukar menjadi peperangan..

Beberapa minggu, muslimin muslimat tidak bertegur sapa. Hinggalah mesyuarat bersama diadakan untuk menyambut raya. Untung zaman itu, whatsapp belum hadir untuk merancakkan peperangan.

Ia kenangan badan dakwah yang berperang sesama ahlinya. Aku suka peperangan ringan seperti ini. Kerana masing-masing bergaduh untuk kebaikan yang mereka harapkan. Dan tiada cintan cintun dalam badan dakwah ini. Ye ke? Ke aku yang tak tahu? hehe

Kenapa aku cerita?

Entah, saje nak cerite...

okeh, senyum semua....

Sekian dari Syuib0809..

1 comment: