"cikgu, tadi afiqah jumpa encik A**i untuk paperwork cyclo ohana... Encik A**i bagitahu yang ANC dah dibubarkan...."
Cyclo Ohana itu nama gembira bagi sebuah usrah. Usrah yang tujuan besarnya mahu menarik orang-orang diluar untuk turut serta merasai seronoknya bersama Islam. Meninggalkan kebiasaan usrah-usrah yang penuh takut dan membosankan, maka kegembiraan itu memerlukan kebenaran untuk dilaksanakan. Kebenaran dari orang Islam bagi melaksanakan aktiviti islam untuk orang-orang Islam. Namun yang diperoleh hanyalah DUKA.
Aku tidaklah terkejut dengan berita itu...
Kerana sudah lama gosip itu berlegar. Sudah lama badan dakwah itu disakiti dengan berita-berita seperti ini. Beberapa ketika sebelum ini, orang tua itu sudah pun bermadah..
"ANC akan dibubarkan... Tugas-tugas ANC akan diletak bawah biro kerohanian JPP..."
"ANC sepatutnya hanya tolong Pusat Islam.. Bukannya rancang sendiri program..."
"Tahun ni, MEMORI tak boleh buat..."
Dan banyak lagi yang menjadi petanda bahawa badan dakwah ini penghujungnya malap. Bukan kerana tidak aktif. Tetapi kerana terlalu aktif...
Aku yang tidak punya kuasa, maka berita itu hanya mampu meraih simpati dari empunya diri. Aku bisa bantu program-program mereka, aku boleh ajar mereka berorganisasi, aku ringan saja mencari dana bagi program2 mereka, malah memberi idea itu juga sudah menjadi rutin biasa. Namun, aku tidak punya apa-apa untuk mempertahankan mereka. Kerana aku juga masih orang baru..
Secara jujurnya, aku hanya boleh berharap agar alumni ANC yang sudah bergenerasi itu bangun dari tidur mereka. Bersuara dengan suara yang menggentarkan hati musuh-musuh Islam. Yang menyedari, perjuangan adik-adik mereka ini hakikatnya sedang menyambung mata-mata rantai mereka juga. Dan lebih penting, duka yang sedang mengguris ini, merekalah yang bertanggungjawap menjadi pengubatnya...
Namun aku pasti, ia hanyalah sebuah harapan...
Berita kerdil ini, aku tidak mahu menyiasatnya... Kerana aku pasti, afiqah itu tiada lansung ciri fasiq pada dirinya. Malah ketika melihatnya, aku fikir dirinya berpotensi menjadi calon ahli syurga dengan izin Allah. Kerana itu, Cyclo Ohana itu diserahkan kepadanya...
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]
Cuma aku terfikir..
Seronok benarkah mahu membubarkan badan Dakwah?
Setelah tiada malu artis-artis mengumum diri membuka hijab,
Tiada segan si maknyah bertaubat kembali kepada maknyahnya
Takkan pensyarah Islam juga tiada segan membubar badan yang mempromosikan agamanya?
Oh... Lucunya negeri ini...
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُوَ يُدْعَى إِلَى الإِسْلامِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ. يُرِيدُونَ لِيُطْفِؤُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ. هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
“Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada memeluk Islam; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Dia-lah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad sallallahualaihi wasallam) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.” (surah al-Saff ayat 7-9)
Sekian dari Syuib0809
Bertabahlah wahai guruku yg ku sayangi n ku rindui. Kemenangan pasti milik mu jua...
ReplyDelete~s is here~
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
ReplyDeleteWahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.(surah muhammad:7)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete