Saturday 10 September 2016

Hodvats

Bismillah...

Tahun 2014, kali pertama aku "campurtangan" dalam ANC. Ketika itu, antara yang paling sekepala dengan aku ialah si Widad. Walaupun dia hanya memegang lajnah publisiti, majoriti idea dan pemikiran dakwah lebih gemar untuk aku salurkan kepadanya. Kerana walaupun gadis ini membesar di sekolah agama, dirinya punya "keseronokan" beragama yang mahu disalurkan kepada orang-orang di sekelilingnya. Agama "seronok" yang ditonjolkan, maka idea-idea yang terpintas di akalnya lebih kreatif, fresh dan menarik untuk dilaksanakan. Tidak berlegar sekadar ceramah, istilah arab jawi, zikir dan label-melabel semata-mata.

Kerana itu, apabila artikel ANC diwujudkan, ia tidak dinamakan dengan nama-nama "ARAB" semata-mata yang selalu menjadi kebiasaan badan-badan dakwah. Malah widad dan rakan-rakan memilih nama LUMIERE, yang tidak silap aku diambil dari bahasa perancis. Ye ke widad?

Tambahan lagi, pengisian di dalam artikel ini lebih ringan, malah terselit ruangan mari belajar bahasa Jepun/Korea bagi menarik minat orang-orang untuk membacanya... Hmmm.. Boleh dikritik barangkali.

Tahun kedua, Abu Dzar mengambil alih lajnah publisiti dan dia hadir dengan nama baru buat risalah ini iaitu VERITAS. Lepas search google, tak silap aku maknanya "kebenaran". Si hensem yang cerewet, maka aku tidak banyak masuk campur dalam urusan pengendalian risalah ini kerana aku yakin akan kebolehannya. Juga sesi itu, lebih banyak masalah lain yang lebih besar untuk diperbaiki. Tanzim dan Majlis Tertinggi yang berterabur, maka semua itu lebih menjadi keutamaan berbanding mencampuri "kebenaran".

Tahun ketiga, ANC dikurniakan ahli-ahli yang sangat kebaboom.. Semangat dan idea yang sangat kreatif, separuh masa pertama semester ini sudah terisi dengan bermacam-macam program. Lebih dahsyat, untuk separuh masa kedua sahaja mereka sudah mula menyiapkan paperwork "Hikayat Hang Tuah", "Dikir Zikir 1" dan "Running Ukhuwwah" yang berpotensi untuk direject.. Lajnah yang rata-ratanya sangat hidup, aku mengintai-ngintai lajnah publisiti yang agak tercicir dari idea dan nasihat.

Sesi ini, artikel ANC yang diedarkan setiap hari jumaat ini digelar HODVATS. Ok, yang ni aku pun tak tau apa maknanya... Cuma kali pertama aku menerima hodvats buatan mereka, aku agak terkejut. Dibuat menggunakan microsoft words, segalanya kelihatan "cincai". Nasihat demi nasihat, mereka bangkit dengan pembaharuan yang menakjubkan. Setidak-tidaknya, untuk dua tiga minggu ini aku sudah melihat perubahan pada penyediaan artikel-artikel mereka.

Cuma sedihnya, saat kebangkitan itu hadir, badan dakwah ini menerima perkhabaran untuk dibubarkan. Semua portfolio yang bakal diletakkan bawah JPP, KJPP sendiri sudah beransur meng"iya"kannya. Penyakit Hasad Dengki yang tiada ubat, maka aku perlu bersedia untuk perancangan2 seterusnya.. Bak kat HODVATS minggu ni.

"IF PLAN "A" DIDN'T WORK, THE ALPHABET HAS 25 more LETTERS!!.. Stay cool..." hehe

Bersempena "meraikan" berita tersebut, blog ini berbesar hati memaparkan hasil tangan HODVATS sebagai tatapan buat kali terakhir. Mudah-mudahan, artikel dakwah ini mampu menjadi kenangan indah sebaik sahaja kematian pemiliknya... Kepada yang membaca, boleh print dan kongsikan sebaai saham pahala buat lajnah ini kelak. inshaAllah. Terimalah...






Sekian dari Syuib0809

2 comments:

  1. huaaa terharunyaa namaku disebut dalam blog cikgu lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa lama kat kore tu? Sampai bulan berapa. Carilah "islam" yang kamu rasa hilang kat Malaysia ni ye. N then kongsi.

      Delete