Bismillah...
Hujung minggu yang lepas(12-14 ogos), aku dipaksa ke Kem Bina Negara Kaki Bukit, Perlis. Badan dan hati yang terasa berat, sedangkan aku peminat tegar aktiviti-aktiviti outdoor. Ketidakselesaan yang hadir itu, bukan kerana aku tidak suka, tetapi datng kerna program itu bukan program aku. Dilantik menjadi pengiring tiba-tiba, anak-anak pelajar yang tidak punya kaitan dengan diri, malah tugas diri tidak lansung dijelaskan oleh si empunya program. Maka keterujaan yang sepatutnya ada tidak kunjung tiba sehinggalah aku sampai ke tempat program..
Antara negeri di semenanjung yang aku masih jangal sudah tentunya Perlis. Negeri kecil yang aku tiada nafsu untuk terokai, hanya menjadi tempat transit untuk aku ke Langkawi. Namun, rombongan kali ini punya taaruf yang menarik.
Bas yang mengangkut anak-anak muda, melabuhkan jasadnya di hadapan pintu Gua Kelam. Menariknya lokasi KBN Kaki Bukit ini, kami perlu melalui gua kelam, melintasi "Secret Garden" yang tersembunyi di sebalik gua tersebut, dan sampai ke tempat kem yang dikelilingi bukit. Bagi aku secret garden ni memang menarik. Ala-ala macam perkampungan panda dalam movie kungfu panda. Sebuah taman yang tersembunyi.. Cuma, takdela lawa sangat. Perjalanan yang mengambil masa 15-20 minit dengan memanfaatkan otot-otot kaki, aku membuat pilihan yang tepat kerana membawa backpack.
Secara jujurnya, ziarah pertama kali ke Gua Kelam ini sangat-sangat menarik. Sekurang-kurangnya aku sudah sampai di salah satu destinasi terkenal yang pernah menghiasi buku-buku kajian tempatan ketika di sekolah rendah dahulu. Hehe.. Dan kawasan kem ini sangat-sangat cantik dan menyegarkan. Sangat banyak rama-rama.
Turut bersama-sama dengan aku ialah si Afiq Amin, kawan sejak zaman kolej. Walaupun kami mengajar di kolej yang sama, aku jarang bersembang panjang dengan dia. Kerana kami di unit yang berbeza, dan aku bukan jenis makan luar dengan orang. So, masa yang sangat lapang sebagai pensyarah pengiring kami isi dengan bersembang. Dan aku rasa dekat 12-15 jam gak lah aku sembang dengan dia ni.
Bermula dengan kisah dirinya yang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, kisah keluarga dan dirinya yang diganggu. Bersambung keesokan harinya dengan kisah nama aku yang tiba-tiba mendapat perhatian pentadbiran tertinggi kolej, fitnah yang aku lalui. Sihir dan gangguan makhluk halus yang berlaku pada rakan-rakan kami di kolej, dan kak siti yang menambah ceritanya. Yang ni memang seram habis. Kisah kami berdua sebagai pensyarah baru yang sangat tidak boleh masuk dengan budaya pensyarah-pensyarah lama dan macam-macam lagilah... Dan Afiq yang selalunya senyap ini, boleh tahan gak tak berhenti-henti bercerita. Sampai aku plak yang kena paksa dia tidoq.
Haha...
Jadual aktiviti kami sepanjang kem hanyalah sembang, tidur dan makan. Nak terlibat, tetapi tidak diperlukan. Seperti biasa, kem BTN ini juga sudah punya Jurulatih dan fasilitator mereka sendiri. Maka, kami sebagai guru pengiring hanya bertugas sebagai pemerhati. Nasib baik dapat bilik tidur yang ada aircond, sedaplah sikit tidur dan tak bangun-bangun. Hehe.
Tamat kem, kami singgah di padang besar untuk "shopping". Student-student yang masih belum punya elaun, maka singkat sahaja masa yang diambil. Sebenarnya, ini kali kedua aku ke padang besar. Kali pertama dengan family, tapi pusing kat tempat baju je. Kali ni, Afiq yang lebih berpengalaman ajak pusing tempat makan plak. Dia beli pes tomyam dan meggi jenama pelik. Aku plak memang tak tau nak beli apa. Mak aku cadangkan beli pin tudung, takde maknanya... Haha
Lepas teman afiq shopping, kami pi try pulut ayam dan aiskrim kelapa yang dibuat dari kelapa(obviously)... Waktu makan dua-dua benda ni, aku tersenyum sendirian. Menu berdua ini sangat-sangat unik, dan aku rasa mereka-mereka yang datang ke sini perlu merasainya. Kalu setakat makan menu-menu goreng ala thai, depan kolej pun boleh dapat..
Sampai di kolej jam 5 petang, kemalasan aku menjadi-jadi. Dan entah kenapa, setiap malam aku mesti rasa nak makan kat kedai. Padahal sebelum-sebelum ni lepas solat je teruih balik rumah. Kalau makan malam pun mesti bungkus bawa balik rumah je.. Kena stop ni. Hehe.
Sekadar catatan mengingati lawatan kecil. Tiada gambar sebab kami berdua memang bukan kaki selfie.
Gambar tempat boleh search kat google..
Minggu yang disibukkan dengan pembinaan kertas kerja untuk penubuhan kelab memanah. Walaupun sudah diserahkan kepada student untuk me"reka"nya, akhirnya aku gak yang kena betulkan semua. Erk..
Oklah..
Sekian dari Syuib0809..
Kelab Memanah?!! Hebatt 😎
ReplyDeleteKelab Memanah?!! Hebatt 😎
ReplyDeletecikgu wani dah nak kawen keeee???!!! warghhhh!
ReplyDeleteKennapa cikgu wani plak? Kamu jangan fitnah2... Dosa woo.
ReplyDeleteeh bukan dia dgn cikgu wani ke? hahaha salah eh? gosip je tu eh? ��
ReplyDelete