"Assalamualaikum cikgu. Cikgu, ANC ada alat memanah eh?"
"waalaikumsalam... Ye... Ada2. Kenapa?"
"kami kat uitm arau, nak pinjam untuk sukan sunnah, sebab ada program kat sini.. Dah panggil orang luar, tapi diorang tak jadi datang. So, nak pinjam anc punya. Kalau cikgu nak sewakan pun takpe.."
"ok2, boleh je... Nanti bagila duit sikit kat ANC, boleh diorang upgrade sikit apa-apa yang patut.. Anggap macam sewa.."
Perbualan itu berlansung pada jumaat terakhir sebelum ogos menjelang. Sebagai pemegang amanah, aku tidak berfikir panjang. Perkataan "sukan sunnah", digunakan oleh program islamik, dipinjam pula oleh si tudung labuh dan berkopiah, maka tiada kerisauan untuk aku menyewakannya.. Semua alat yang terbaik aku bungkuskan, manakala yang sudah rosak diasingkan. Maka, tiada satu pun yang tinggal untuk aku gunakan.
Hazli yang hadir dengan alat memanahnya ke kolej, barangkali berharapan untuk bermain bersama. Namun, alat-alat yang dipinjam super seniornya masih belum dipulangkan..
Tiga hari berlapang dada, alat-alat memanah yang disewakan untuk satu hari itu masih belum dipulangkan. Respon yang acuh tidak acuh, perkhabaran mengenai alat-alat memanah itu terus sepi tanpa berita. Yang aku pasti, ada beberapa arrow sudah dipatahkan tanpa sengaja. Berbanding perasaan marah, hati aku lebih kecewa dengan perbuatan mereka.
Janji yang mereka mungkiri..
Amanah yang mereka khianati..
Kepercayaan yang mereka anggap remah temeh
Malah tanpa sedar, mereka sedang mengambil hak orang lain.
Dan perbuatan ini bukan dilakukan oleh peminat selena gomez, bukan juga dari pentaksub pokemon go, tetapi dari mereka-mereka yang beroleh tarbiyah dan mentarbiyah. Fitnah kepada imej para daie yang sedang mereka tonjolkan, aku harap mereka punya jawapan dihadapan Allah kelak.
Putus harapan dengan orang-orang Islam yang tidak percaya kepada dosa pahala, syurga dan neraka. Maka aku mengutus mesej terakhir:
"kalo macam gini teruknya geng2 kamu, maka takyah hantar pun takpe. Teringin nak bagi nasihat, tapi untuk orang yang dah x percaya pada Allah, terasa sia-sia. Saya anggap alat-alat memanah itu dicuri..."
Janji yang sudah beberapa kali dimungkiri, malah entah dusta apa yang mereka mahu perkenalkan, aku sudah hilang kepercayaan kepada mereka. Kemalasan mengemis, menyalahkan mereka juga tidak menyelesaikan apa-apa. Halal haram yang mereka tidak peduli, terlampau tipis harapan untuk aku memperolehinya kembali dalam keadaan baik. Maka, sudah tiba masanya aku menyalahkan diri sendiri sebagai pemegang amanah..
Menganggap alat-lat itu dicuri, maka aku sendiri perlu membayar ganti ruginya... Percaya pada orang yang tidak patut dipercayai, lalu kesalahan itu hakikatnya berpunca dari diri aku sendiri.
Maka, terpaksalah beli baru sebab budak-budak ANC ni nak main. Habis RM500 macam tu je beli busur hari ni.. Terpaksa beli perlahan-lahan, sebab lepas aku kira kos, dekat RM1600 gak lah benda yang diorang curi ni... Aiyoyo
Sabar la nak...
Surah Al- Baqarah, ayat 188, Allah SWT berfirman: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.”.
Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya aku hanya manusia dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk diselesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujah dari sebahagian lainnya, lalu aku memutuskan hukuman berdasarkan apa yang aku dengar saja. Barang siapa yang ku jatuhkan hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujah), janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)
Sekian dari Syuib0809
selamat hari raya cikgu :D
ReplyDeletesemoga Allah kira semua usaha cikgu.
heheh. amacam ayat saye skang?
makin sopan kan? kahkahkah
Oklah, nampak makin feminin.
Delete