Saturday, 20 August 2016

Gelojoh Sang Penuduh

Bismillah...

Mengimbau serba sedikit apa yang sudah pun berlaku awal semester sesi ini.

"KU maths tolong kawal sikit izuan tu!!!"
Nama aku disebut dalam mesyuarat ketua-ketua unit yang turut dihadiri orang-orang atasan. Dan ia berlaku beberapa minggu selepas pulang dari cuti raya. Diri yang terlampau "teruja", menyediakan juadah berbuka sepanjang remadhan, rupa-rupanya ada sahaja individu yang tidak suka..

"Izuan tu banyak buat program kat belakang-belakang, tak bagitahu HEP..."
Kes kayu pallet yang menyebabkan nama aku semakin buruk. Kononnya empunya badan suka buat "aktiviti haram". Sedangkan kayu pallet itu digunakan untuk Dikir Zikir 1, MEMORI, dan Dikir Zikir 2 yang kesemuanya beroleh tandatangan dari pihak mereka. Dan aku sendiri yang memaksa pelajar memberitahu dan mendapatkan kelulusan dari mereka. Dan dengan tidak semena-mena diri dikambinghitamkan, maka sabar itu semakin teruji.


"Izuan halau budak-budak kat surau!!"
"Izuan dah berani kacau program akademik pentadbiran dan Majlis Pendeta.."

Malam pertama program PAL, aku sekadar menjenguk keadaan di surau. Mengecewakan, tiada satu pun pensyarah penyelaras yang memantau program pertama itu. Ianya 100% diserahkan kepada pelajar. Akibatnya, program itu mencampurkan lelaki dan perempuan untuk duduk sekali dalam kumpulan memenuhi kawasan surau. Tidak cukup dengan itu, tirai muslimat juga dibuka dan suasana menjadi tersangat-sangat bising. Aku melihat sukar untuk pelajar perempuan yang lewat untuk menukar telekung bagi menunaikan solat. Juga, tiada ruang untuk anak-anak yang ingin membaca Quran dan menunaikan solat selepas waktu Isyak. Maka, aku meminta pelajar-pelajar ini ke kawasan luar belakang surau untuk buat study berkumpulan tersebut. Dan sekali lagi, diri dituduh masuk campur urusan pentadbiran. Apakah?

"Cikgu Izuan kamu tu lone Ranger... Buat kerja sorang-sorang.."
Nama aku diburukkan pula  di kalangan pelajar. Anak-anak pelajar yng menahan  lapar dan mengikat perut, aku mencetus idea untuk mengedar makan malam percuma kepada mereka yang berjumlah sekitar 150 orang. Kertas kerja yang ditulis oleh syak sekadar untuk dua tiga hari. Tiba-tiba rezeki kami terlebih apabila sumbangan datang bertalu-talu. Hasilnya, projek itu berlanjutan untuk 8 hari sehinggalah pelajar beroleh elaun pertama mereka. Dan entah apa masalah pihak yang "menuduh", tindakan aku menggerakkan pelajar lebih "dua tiga hari" itu dipersoalkan sebagai kononnya buat kerja sendiri-sendiri.. Dan aku dah macam.. "Lantaklah hangpa..."

Terbaru, aku dipanggil oleh Ketua Unit sebaik sahaja pulang dari solat Jumaat di Masjid Pongsu Seribu.

"Izuan, ramai orang tanya akak, termasuk Timbalan Pengarah, KJ-KJ(Ketua jabatan) semua tanya, izuan ni ada masuk kumpulan apa-apa ke?"

"maksud akak?"

"macam ni, diorang rasa izuan ni mesti ada join kumpulan-kumpulan tabligh ke, kumpulan-kumpulan macam Abu sayyaf. Ke ada fahaman syiah.. Tak pun yang kumpulan-kumpulan duk hantar dana ke Asia barat tu.. Tu yang KJ suruh akak tanya Izuan tu..."

Aku tergelak habis... Apakah?

"saya ni kak takde lansung kacau diorang kak. Dah takde benda lain ke diorang nak sembang pasal saya. Tak habis-habis nak tuduh benda bukan-bukan.."

Imej berjanggut, keluar masuk surau. Aktif duk urus budak-budak. Malam-malam berkurta berjubah, aku masih suka mengekalkan imej "misteri" dikalangan pensyarah. Muka yang selalu serius, jarang lepak bersama, aku lebih suka mereka tidak tahu siapa aku yang sebenarnya. Kerana sudah beberapa kali diri mendengar, yang mereka terlampau suka membuka aib rakan-rakan sejawat. Maka kurang bercerita barangkali membantu mereka untuk kurang memperhyperbolakan kisah aku dikalangan mereka. Cukuplah sekadar pelajar sahaja yang tahu betapa nakalnya aku. Hehe..

Selang 30 minit, aku dipanggil kembali ke pejabat KU. Kali ini, Ketua Unit Koko yang membantu aku untuk penyediaan paperwork memanah juga turut serta...

"izuan tau tak, paperwork memanah izuan kena reject..."

Feedback yang sangat positif ketika berjumpa Timbalan Pengarah dan juga KJPP, paperwork itu tiba-tiba ditolak oleh individu yang memulakan semua tuduhan-tuduhan menarik di atas.

"apa yang akak nampak, diorang nak ban semua yang izuan buat. Asal atas nama izuan je, jangan luluskan.."

"Biasalah kak, bak kata timbalan, bila kita buat kerja yang sepatutnya dibuat oleh orang lain, nnti yang tak buat  kerja pulak yang  akan terasa dan persolkan kita balik..."

Paperwork yang aku usahakan itu, sudah dirujuk seramai orang yang mungkin. Segala prosedur yang aku ikut, tiba-tiba dengan sengaja diketatkan lagi syrat-syaratnya tanpa SOP yang jelas.

Dunia Islam yang sangat melucukan.. Maka aku sempat menulis beberapa kerat coretan satu minggu yang lalu...


Kelucuan negeri ini
Si Fasiq mentarbiyah si abid
Si bodoh mengajar bijak pandai
Yang malas memperlekah seringan tulang
Sedang pengkhianat memotivasikan sang amanah
Haji bakhil terasa pemurah 
Fatimah pula tertuduh bakhil

Kebodohan tanpa penghujung
Kiri menang
Kanan yang kerap bersalah

Hati yang menangis
Padahal kembar muka tiada hujan
Barangkali disimpan untuk Tuhan

Senyum yang berbaki di pipi
Menyembunyi dan sunyi
Akan hati yang menangis 

Kifarahkan sahaja mereka yang mengata
Itu sahaja penyembuh hati

Monolog pada Tuhan
Hanya itu membantu diri
Kalimah yang tidak bermelodi
Zikirnya juga tiada muzik
Namun iramanya membantu hati.
Agar sabar terus terpatri
Dengan baiah yang menyaingi janji.

Sekian dari Syuib0809..


12 comments:

  1. Teruskan dgn usaha murni cg itu.jgn mudah terasa dgn meraka.biarkn student cg n Allah je yg tau sikap cg hihihi..cuba lg utk buat kelab memanah tu

    ReplyDelete
  2. Teruskan dgn usaha murni cg itu.jgn mudah terasa dgn meraka.biarkn student cg n Allah je yg tau sikap cg hihihi..cuba lg utk buat kelab memanah tu

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. La tahzan cg.... innallahamaa'ka 😃

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Ni sapa plak duk main delete2 comment ni... Hangpa memang suka membaca tengha-tengah malam ke apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btw asal ada fatin masturah tu. mana mungkin tinmas berani mengreveal kan diri. hahahah

      Delete
    2. Hehe. Tinmas yang dulu, bukanlah yang sekarang... Muslimah yg inshaAllah seberani Nusaibah.. Ceewah

      Delete
  7. Nasihat imam bukhari

    "Jika kamu nak jadi ulama, kamu mesti mampu menghadapi 4 jenis manusia".


    musuhnya yang dengki
    sahabatnya juga ikut-ikutan mencaci-maki
    umpatan dan hinaan dari orang-orang bodoh
    dan ada juga ulama yang iri terhadap kepintarannya.

    Jika dia mampu bertahan dan bersabar, Allah SWT akan memberikannya empat kebaikan: semakin qana’ah, keyakinanya bertambah kuat, dia merasakan nikmatnya ilmu, dan diberikan kebahagiaan hidup. Di akhirat kelak, kebahagiannya disempurnakan dengan empat kesempatan: mereka diberi kesempatan untuk memberi syafaat kepada orang yang diingininya, dilindungi oleh Arasy, berhak memberi minum kepada siapa saja dari telaga Nabi Muhammad SAW, dan dia diletakkan di surga kelas tinggi, yang berada di samping surga para Nabi.


    ~syasha~ maaf jika tersalah info

    ReplyDelete
  8. nawalterpaksacommentsemula24 August 2016 at 16:28

    saya comment lagi satu tadiii arghhh kenapa hilaaaaang.

    ah. nak comment gak smula.

    naizzaaa cikgu. ramai sapot ni. comment membina blake. hahah tapi saye nak comment benda lain,

    lawaknya soalan "ada masuk kumpulan apa apa ke" tuuu hahah . sebab bunyi macam teruk sangat kalau join. padahal takde mnde pon

    ReplyDelete
  9. Moga bertabahlah izuan. Kot nak tukaq angin boleh mai pindah n9. HHehehe.

    ReplyDelete
  10. Wawa? Hehe.. Sian kawan hang yg sorang lg kat sini. Sunyi je aku nmpak muka dia..

    ReplyDelete