"Sebenarnya mak cik, saya datang dengan hajat yang sangat besar..." aku terpinga-pinga bagaimana mahu memulakan bicara.
Perjalanan ke rumahnya tidak mengambil masa yang lama. Alamat itu aku ambil dari butiran peribadinya yang aku simpan dari semester pertama. Memang menjadi kebiasaan aku menyimpan maklumat pelajar secara offline. Bimbang juga, takut-takut alamat yang diberikan itu salah.
"Selama ini mak cik, duit yang saya ada, saya simpan sebahagian besarnya untuk mendirikan rumah tangga. Tapi aturan Allah, urusan jodoh saya tak pernah selesai, sentiasa bertemu jalan buntu. Ada saja ujian yang datang, sampai saya stop untuk fikirkannya. Barangkali, Allah sedang aturkan sesuatu yang jauh lebih baik untuk saya. Sesuatu yang saya tak pernah terfikir..." hati aku seolah-olah mahu menangis melepaskan segalanya.
"Lepas jumpa anak mak cik, saya tak pasti apa yang berlaku. Allah berikan saya petunjuk, yang usaha saya itu sepatutnya jauh lebih bernilai daripada sekadar sebuah perkahwinan.." tubuhku sedikit menggeletar. Kipas angin yang berputar laju itu seolah-seolah sedang memanaskan badan. Peluh yang keluar tidak berjaya dijinakkan. Akal ligat menyusun ayat. Mudah-mudahan usaha yang "tidak normal" ini diterima dan difahami.
"Sebenarnya cikgu, anak mak cik dah beritahu semuanya..." ibu gadis pemalu itu mula bersuara.
"Bagi mak cik, dia terlalu muda untuk berkahwin. Biarlah dia habis belajar betul-betul dulu..." naluri keibuannya sangat aku fahami. Kerisauan memikirkan yang terbaik buat anaknya.
"Soal itu, saya sendiri sangat memahami perasaan mak cik. Sebab itu saya datang dengan lamaran yang sangat berbeza..."
"Maksud cikgu?"
"Mas kahwin itu nanti mak cik gunakanlah untuk biaya pengajiannya. Belanjanya pasti tinggi. Yang pasti ia milik anak mak cik sepenuhnya. Soal dirinya, saya serahkan kepada mak cik. Sebaik sahaja akad nikah, saya akan bawak diri. Biarlah perkahwinan ini tidak mengganggu pelajarannya, seperti yang kita semua harapkan. Biarlah tiada siapa yang tahu.... InshaAllah, rahsianya saya simpan sebaik-baiknya "
Niat aku hanya mahu membantu. Wang hantaran yang kerapkali dibazirkan untuk kenduri besar-besaran, lebih baik aku salurkan kepada "isteri" yang memerlukan manfaatnya. Apatah lagi bagi tujuan menuntut ilmu, yang Islam "iktiraf" sebagai salah satu cabang Jihad. Dalam keadaan ekonomi "rakyat" yang terlampau mendesak, meminjam PTPTN hanya bakal menggelapkan masa hadapan. Aku kira itu(petunjuk) yang Allah mahu aku lakukan.
"Kenapa cikgu nak buat macam tu?" soal ibunya. Kerutan pada dahinya jelas kelihatan.
"Saya sudah terasa tua untuk mencari jodoh. Anggaplah yang saya mahu hanyalah sehelai sijil pernikahan. Moga dengannya saya tidak lagi melihat gadis lain, dan sejujurnya, dia saja yang mampu menjadikan saya seperti itu. Anak mak cik itu benar-benar saya cintai, namun tiada apa yang saya harapkan sebagai balasan darinya. Dirinya sentiasa milik mak cik. Saya tak akan ganggu, atau tuntut apa-apa hak. Dia akan sentiasa suci, seperti bersihnya hati yang ada bersamanya sekarang. Lepas habis belajar, saya serahkan apa yang bakal berlaku kepada mak cik kembali... Janji ini saya pegang dengan Allah sebagai Hakimnya."
Gadis yatim itu benar-benar pencuri hati. Aku terlalu mahu menjadi pencinta halalnya yang setia. Entah kenapa, barangkali benar kata pujangga. " Jika kamu mencintai seseorang, maka kamu tidak perlu ada sebab untuk mencintainya.."
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.
“Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara kalian berkemampuan untuk menikah, maka menikahlah, kerana nikah itu lebih menundukkan pandangan, dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia shaum (puasa), kerana puasa itu dapat membentengi dirinya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa diberi Allah seorang isteri yang solehah, sesungguhnya telah ditolong separuh agamanya. Dan hendaklah bertaqwa kepada Allah separuh lainnya.” (HR. Baihaqi).
......
Sebelum beredar, aku mohon satu gambar kami dirakamkan bersama. Hanya itu sahaja "bekal" yang akan aku bawa pulang. Pelajarku yang berjubah putih, kelihatan seperti bidadari di mata cikgunya ini. Aku imamkan solat sunat dengan doa dipenghujung.
"Ya Allah, Dunia ini sebuah kepenatan, yang kami selalu lelah dalam mengejarnya. Kerna itu, ampunkanlah dosa-dosa kami. Ya Allah, perkahwinan ini usaha kami mengejar RedhaMu, maka tabahkanlah hati-hati ini, yang jasadnya akan mula berpisah tidak lama lagi. Engkau pemilik cinta yang tersemat dalam sanubari kami, maka kami serahkan urusan cinta ini kepadamu. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pencipta. Sebaik-baik Pencinta... Rabbana aatina..."
Kami bersalaman. Menyedari, itulah simbolik kepada sebuah "perpisahan".
Tatkala wajahnya sampai ke tanganku, aku bisikkan satu perkataan pada telinganya
Great. Thumb up!
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segalanya.
😊😊😊😊😊😊😊👍👍👍👍👍👍
ReplyDeleteCpat hbiskn crita ni cikgu ! Jln crita yg cntik dgn gaya bhsa menawan.
ReplyDelete**sya bkn anak murid cg.sekadar reader.
Wahhhh.....ayat mantop cg....such a nice guy....konpom x kena reject...hahaha
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete