Hujan turun sangat lebat. Selepas solat asar, aku hanya mampu berkurung dalam rumah.
"cikgu, cikgu tau tak siapa felo bertugas hari ni?" Aisyatul yang "meriah" itu memulakan bicara.
"saya yang bertugas, kenapa?"
"roommate saya terjatuh kat tandas, kepala dia terhantuk. Dia kata sakit sangat, boleh tak cikgu bawakkan pergi hospital..."
"ok, ok... Tunggu saya kat belakang cafe A. 5 minit saya sampai". Kunci kereta Myvi ku ambil dari atas meja makan.
Seperti biasa, aku sampai dulu dari mereka. Menanti di cafe A, aku sekadar memerhatikan student-student lain yang sedang melepak. Si Faizatul n the geng pun ada. Dari jauh duk sengih-sengih. Aku sekadar membalasnya dengan senyuman. Kali ni, penantiannya tidak begitu lama. Pelajar-pelajar itu ku"sumbat"kan ke dalam kereta dan terus menuju ke Hospital Kepala Batas.
Selepas bacaan AlKahfi dan AlMulk, aku menyambung tazkirah yang sudah lama tertangguh. Dua kisah yang masih berbaki, selepas bahagian pertamanya aku kongsikan liku-liku pemuda Kahfi dan kisah Nabi Musa yang mengembara bersama Khidir. Ibrah Alkahfi ini aku tutup dengan kisah ringkas Pemilik Dua Kebun, juga penguasa yang Allah berikan kelebihan kepadanya, Zulkarnain. Kisah yakjuj Makjuj hanya mengambil bahagian kecil dalam pengisian ringkas tersebut.
[83] Dan mereka bertanya kepadamu (wahai
Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu
(wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya. [84]
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di
bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu
yang diperlukannya.
Surah al-Kahfi: ayat 83-85
"cikgu, kami dah settle..." Aisyatul menelefon dari hospital.
"Owh... Ok2, bagi saya 10 minit"
Pelajar yang berkerut menahan kesakitan petang tadi pulang dengan gelak ketawa. Setakat jatuh terhantuk, memang tidak perlu sepatutnya pergi ke hospital. Pengaruh drama barangkali, mereka membayangkan jatuh sebegitu boleh menyebabkan short term memory loss. Menjadi kebiasaan, aku hanya akan turunkan student di belakang cafe dan terus pulang ke rumah. Namun kali ini hati memaksa aku mematikan enjin, mengarah jasad berjalan masuk ke cafe A. Sedangkan perut lansung tidak berasa lapar.
Melangkah dengan berhati-hati di atas lantai yang licin, aku terperasan seorang gadis bertudung labuh hitam yang duduk bersama rakannya. Tangannya menutup wajah yang kecil, mengelak daripada dilihat. "Alahai budak pemalu ni, jumpa lagi hari ni. Penanda jodoh ni..." aku hanya bergelak di dalam hati. Sekali lagi aku ber"lakon" tidak melihatnya. Tubuhnya yang tinggi berbanding rakan-rakannya, menyebabkan dia lebih menyerlah. Namun perwatakan uniknya yang telah dirakam dalam hati menjadikan aku begitu mudah mengenalinya. Terima kasih Ya Allah!!.
Pulang ke rumah dengan hati yang bersiul.
I've tried playing it cool
But when I'm looking at you
I can't ever be brave
'Cause you make my heart race
Eh, macam tahu-tahu plak radio MyVi ni.
...
"cikgu, ni jawapan kawan saya yang pemalu tu"... mesej dari Husna terpapar di screen Iphone.
"pertama, dia mohon maaf sepanjang menjadi anak murid cikgu..."
"katanya, dia tak bersedia nak menghadapi sesuatu yang besar, seperti kahwin ni. Perjalanan dia masih jauh. Kalau saya pun, saya takkan kahwin sekarang. Hoho.."
"mak aih Una, tak backup lansung cikgu kamu ni..."aku sekadar berseloroh di mulut seorang diri
"ketiga, dia rasa masih tak cukup matang untuk terima cikgu... Cikgu kan hebat."
"eh, eh, perli nampak.. Kalau hebat dah lama saya kahwin dah.." bisik hati.
Jawapannya lansung tidak mengejutkan. Pada umur 19 tahun, gadis-gadis melayu generasi Y tidak mungkin berfikir mengenai perkahwinan. Perihal kahwin sangat "hina" untuk dibicarakan berbanding kemanisan berpacaran. Anak-anak gadis yang menyatakan kesediaan untuk berkahwin disimpul "gatal", manakala yang memuat naik gambar-gambar bersama teman lelaki dipuji "sweet". Namun gadis pemalu ni lain. Keunikan dan kehebatannya menanam benih kepercayaan bahawa aku juga bakal menerima jawapan yang "unik".
"drama sangat jawapan kawan kamu ni. Takpela Una. Terima kasih..." aku menutup perbualan. Remah kayu yang menusuk jari tidak pernah terasa pedih seperti hati ini.
Membulatkan tekad, aku perlu juga ke sana. Cuti yang sepatutnya dihabiskan di Teluk Intan kupendekkan, lalu pulang ke kolej.
Keesokan harinya, kereta merah membelah dingin pagi menuju ke utara semenanjung. Bertemu keluarganya adalah usaha terakhir yang mampu difikirkan. Cinta yang terlampau membunuh, tidak mungkin aku sekadar membatukan diri. Pakaian "malu" yang kerap di sarung, kutanggalkan buat seketika.
Pintu rumah kampung itu ku ketuk..
"Assalamualaikum...."
Bersambung.....
...............
Sedang menghabiskan buku ini. InshaAllah isinya akan aku selitkan dalam kisah ini. Sangat-sangat menarik.
Mereka-mereka ini tahu betapa TAK hebatnya aku. Tak pernah aku cuba ber"lakon" dengan mereka. Bak kata si Adam :
"They are those who know the naughtiest, craziest, wildest and silliest
you from that trying period of the teenage years..when you transition
from a boy to a man. Those who keep your (darkest) secrets..ones that
you yourself might have forgotten. "
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment