"Assalamualaikum cikgu. Kawan saya demam panas. Mak dia nak bawa dia balik. Boleh ke cikgu?"
"Jumpa saya kat cafe B, saya nak tengok dulu. Kalo setakat demam biasa saya bawak pi hospital je..." balas aku ringkas.
Minggu ini sahaja, aku perlu bertugas sebagai felo(warden) untuk tiga malam berturut-turut. Semalam, hari ini dan esok malam. Perlu peka dengan telefon bimbit di tangan. Tidak seperti hari-hari biasa yang aku sendiri tidak pasti dimana si Iphone ni berada. Bawah katil, bawah kusyen, mana-mana sahaja yang mampu aku campakkan. Bergegas ke cafe B dengan perjanjian 5 minit, aku sentiasa berusaha menepatinya.
Sampai di cafe B, kelihatan ramai pelajar perempuan melepak, dengan wajah "pelik" yang memandang. Memang aku jarang berada di cafe perempuan waktu-waktu macam ni. Ketiadaan mood menyebabkan aku tak perasan si hitam manis Arieza dan kawannya Irdina wani sedang duduk di meja bersebelahan. Hati yang menahan sedikit kemarahan, namun terpaksa akur dengan sifat-sifat wanita. "Sekejap" membawa maksud mereka boleh mandi, lilit-lilit tudung, pakai make-up dan mungkin sempat bergosip dengan kawan-kawan. Owh perempuan!!!
"Traffic light 90saat. Lelaki termenung. Perempuan tukar style tudung, topap lipstick, pakai mascara, update swarmp & update status salam perantauan." #HCL(Himpunan Cerita Lawak)
Entah macam mana, gelagat seorang pelajar perempuan yang sedang berjalan menarik perhatian aku. Tidak pasti mengapa, "cinta" mungkin menyebabkan aku menyedarinya. Sepertimana sayangnya Rasulullah kepada Bilal bin Rabah hingga mampu mengenali bunyi tapak kakinya di syurga... Si pemalu itu sedang "lari" daripada cikgunya. Lintasan yang perlu dilalui untuk menyeberangi cafe menuju blok A, cukup sekadar berjalan di hadapan aku. Tapi dia boleh pusing punyalah jauh di belakang aku, takut-takut cikgunya ni ternampak. Mahu menepati "ramalan"nya, aku berpura-pura tidak nampak, walaupun hati sudah tergelak lebih awal dari mulut. Hati yang kelesuan tiba-tiba berbunga, "Ya Allah, kurniakanlah aku isteri sepertinya.. Eh, bagi dia ni terus je pun lagi bagus"... pintas hati.
"Nah, bagi surat kebenaran ni kat budak tu... " Lepas 10 minit baru diorang ni nak sampai. Nasib baik crush baru lalu, kalau tidak dah lama kena "bahan" dah.
"Kita ni Una, selalu percaya dengan tidak "percaya" kepada Allah. Istikharah kita bukan mohon petunjuk, tetapi mahu Allah tunjukkan apa yang kita mahukan sebagai petunjuk. Hingga doa kita menjadikan kita Tuan kepada Tuhan, bukan Hamba yang mengharap kepada Tuhan. Saya tidak mengatakan she is the one, saya sekadar usaha. Supaya bila Allah tanya, saya boleh beritahu itulah usaha saya. Kalau Allah aturkan dia jadi isteri saya, maka itu adalah yang terbaik dariNya. kalau kena reject pun itu adalah terbaik. Kena tanam apa sahaja yang Allah aturkan, itulah yang terbaik untuk kita. Gadis sehebat itu, saya hanya mampu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Mahal kan orang macam tu" itu jawapan yang aku berikan kepada Husna isnin lepas. Gadis pemalu tu sepatutnya datang bersama mereka, tapi terus larikan diri bila nampak Husna n the geng tengah lepak kat meja aku.
Alahai budak ni, ni yang lemah iman dibuatnya..
Salwa yang duduk ditepi hanya berdiam diri, wajahnya menampakkan bahawa dia memang tak berminat "benda-benda" macam ni.
"Kamu kena tolong saya Una.."
..
...
"Macam mana saya nak tolong cikgu?..."
Bersambung...
Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu semuanya berhimpun di suatu
tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu
pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka
permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa
yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut apabila
dicelupkan sebatang jarum. Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku
akan perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya.
Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah
dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia
mencela kecuali mencela dirinya sendiri.
..........
Gambar yang telibat:
Dua orang belah kiri. Irdina(tudung hitam), Arieza( tudung ungu)
Orang-orang bujang. Kecuali Adam. Mengambil kata-kata sopek
"Kawan - Tidak kisah walau ke mana berjalan, apa yang dimakan, asal bersama kawan, boleh seronok sampai kena sawan"
InsyaAllah akan ada empat bahagian.
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment