Wednesday, 12 March 2014

Muslim Leadership Camp 2014 bhgn 1

Bismillah.

Empat tahun aku tidak terlibat dengan program Muslim Leadership Camp. Alhamdulillah, ruang menganggur memberi peluang untuk aku sekali lagi bersama-sama dalam MLC kali ni. Namun, keputusan mengadakan MLC ni agak mengejut hingga memakan masa hanya dua minggu untuk AJK bertindak dan team Modul merancang pengisian. Hasilnya...

Aku sampai ke Kem Alang Sedayu jam 12.30 tgh hari. Aku tersalah masuk ke Jungle lodge pada mulanya, nasib baik orang di situ bagitahu xde program di situ. Terkejut tengok tempat kem yang sangat tak sesuai untuk program MLC kali ni. Bila AJK dan peserta sampai petang tu, kemelut pun bermula. Secara jujurnya pengurusan kem tersebut sangat teruk. Tiba-tiba, ada kumpulan lain yang menggunakan dewan kem menyebabkan kami perlu berpindah ke bawah canopy untuk dijadikan dewan. Erk??. Keadaan bertambah buruk bilamana peserta muslimin hanya diberikan sebuah bilik kosong tanpa katil untuk tidur. Apakah? Banyak lagi yang menyebabkan kepanasan hati.


Aku mencadangkan kami berpindah ke Jungle lodge Alang sedayu yang aku salah masuk tadi. Petang tu, hampir 3 jam digunakan untuk berbincang, berunding dan memindahkan peserta ke tempat baru. Inilah kali pertama keadaan macam ni berlaku sepanjang aku berprogram. Ketidakadilan pihak Kem Alang Sedayu aku rasa perlu sangat diceritakan supaya tiada lagi orang terperangkap seperti kami yang kerugian hampir dua ribu ringgit.

Dan Jungle Lodge pula?? Lawa dowh tempat dia!!

Program bermula selepas solat maghrib sekitar jam 8.15 malam. Sebagai MC dan juga ahli team modul, aku terpaksa merombak jadual program yang sudah lari hampir 3 jam. Dan mahu atau tidak, ia sangat mempengaruhi rombakan untuk hari-hari yang seterusnya. MLC kali ini dihadiri 26 peserta muslimin, dan 17 peserta muslimat. Jarang-jarang berlaku ketika program peserta lelaki lebih ramai dari muslimat.


Bagi aku dewan dia agak selesa. Nyamuk pun takde.

Malam tu, aktiviti pertama ialah Japanese IQ test yang dibuat dalam kumpulan bertujuan untuk peserta kenal siapa yang mampu memimpin kumpulan mereka. Kemudian, mereka memilih ketua kumpulan dengan mencirikan kriteria individu tersebut untuk dijadikan kepimpinan kumpulan. MLC bersambung dengan talk by Akmal Amri mengenai beberapa asas kepada konsep kepimpinan, juga ciri-ciri ucapan pemimpin yang baik. Lebih kurang jam 11 malam segalanya sudah tamat. Sepatutya ada LDK, namun aku meyakini peserta sudah penat berdepan dengan apa yang berlaku pada hari ini.

Ingatkan malam tu nak tidur awal. Tapi tak dapat nak tidur sebab tunggu caer dan amir yang hantar peserta gastrik ke hospital. Yang syoknya, akmal dan anaknya Ikhwan tak dapat tidur malam tu. Allah bagi ruang untuk rapat dengan anak-beranak ni selepas lama gak aku tak sembang dengan akmal ni sejak dia kahwin. Anak dia ni pun aku tak pernah sentuh sebelum ni. Ada beberapa orang peserta yang turut bersama kami malam tu kat dewan.


Ni lagi seorang yang menghiburkan kami di MLC. Si Taqi anak jepah dan kak ajah. 
Geram tengok dia ni.

Hari pertama berjalan lancar. Namun hari kedua sangat-sangat mencabar hingga aku sangat stress. Berat sangat bahu terasa di hari kedua.
InsyaAllah aku kongsikan next time.

Sekian.

1 comment:

  1. Salam.
    saya wakil kem alang sedayu ingin memaklumkan pihak tuan bahawa pihak kem alang sedayu tidak dimaklumkan pihak ketiga dengan kemasukan program pihak tuan. Jika benar ada tempahan menerusi nama kem alang sedayu, sila kemukakan bukti.

    Untuk makluman pihak tuan, asrama yang disebutkan ketika itu adalah inisiatif agen atau pihak ketiga untuk didiami walaupun ianya sebenarnya adalah ruang diperuntukkan untuk ruang solat.

    Kami berhak membenarkan atau melarang sesiapa untuk menggunakan aset kami. Apabila semakan dibuat, pihak tuan tidak berurusan dengan pihak kami sebaliknya pihak ketiga.

    Sila semak samada pihak tuan menerima khidmat agen yang seakan-akan nama kami atau pun menerusi kami dan
    Kami tidak akan teragak-agak membuat tindakan susulan atas dakwaan memburukkan dan fitnah ke atas kem alang sedayu.

    Semoga kita sama-sama ditunjukkan jalan oleh allah dan sentiasa mengkhabarkan berita baik selari dengan akhlak muslim leader yang diwar-warkan pihak tuan.


    Terima kasih,
    Azizan 0192844456
    Www.kemsedayu.com

    ReplyDelete