Menghadiri kenduri Adam Mustafa petang tadi menyebabkan aku mahu mencoretkan sesuatu. Kami berdua adalah anak kampung yang bersekolah di sekolah kecil terletak di Sungai Tungku. Bilangan murid darjah 6 waktu tu sekitar 60 orang kalau tak silap. Tahun 2001. Datang pagi-pagi sekolah, benda wajip buat ialah main sepak tin minuman yang dikemekkan kat court badminton. Sekolah yang tidaklah sesempurna mana, namun menghikayat seribu satu kenangan. Dikelilingi anak-anak kampung yang lain, maka mimpi kami tidak pernah besar seperti anak-anak bandar.
Sewaktu menghampiri UPSR, kami dipenuhi dengan begitu banyak kelas tambahan. Datang kelas petang2 bukan sebab nak belajar sangat. Tapi sebab cikgu suruh dan saja nak main dengan kawan-kawan. Alasan lebih pelik ialah nak ponteng sekolah agama yang dah tak efisyen sebab dah lepas UPKK. Antara cikgu yang paling semangat sekali ialah Sir Roy, cikgu bahasa Inggeris yang memang kelas tambahan dia setiap minggu. Kadang-kadang sebelum perhimpunan pagi pun dibuatnya kelas.
Tahun 2001 bersama sir Roy. Adam tengah main kucing. Aku plak tukang tangkap gambar.
Adam Mustapha Rosli
Anuar Mokhtar
Ahmad IzuanPuad
Farah Sakinah Taib
Izzati Ismail
Azian Suhana Yahaya
Zakiah Jamiun
Julinda Ayob.
Adam, Anuar, Izzati, Azian, Zakiah dan aku masing-masing ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI). Ye, dekat je dengan rumah. Farah ke SERATAS dan Julinda ke MRSM kalau tak silap. Tapi di SEMESTI hanya aku, Adam dan Azian sahaja yang bertahan sampai habis form 5 tahun 2006. Menariknya, kami bertiga bukan sekadar keluar dari kampung, bukan sahaja keluar dari Teluk Intan. Namun berjaya menyeberangi lautan untuk menyambung pelajaran.
Adam ke Amerika Syarikat buat Biotech
Azian Suhana berhijrah ke India 5-6 tahun untuk jadi Doktor
Aku pula ke negara sejuk United Kingdom untuk jadi guru matematik.
Adam kahwin dengan kenalan di US gak. Hebat.. Aku membesar dengan jayanya. Gila bulat badan aku
Anak kampung sentiasa punyai hak untuk bermimpi. Selagi mana impian tersebut tidak mengundang ketawa rakan-rakan, maka selagi itu impian tersebut hanyalah impian biasa. Sekiranya dirimu duduk dibendang, tiada mampu bertuisyen bayaran, loghat dimulut pekat bebeno, mainan petangnya lumpur dan ikan, ibu ayah tiada berpelajaran, ke sekolah mengayuh basikal, lalu dirimu berimpian belajar di negara asing. Maka mimpi anak kampung itu lebih GILA dari mimpi anak pandai di bandar.
Bermimpilah wahai Anak Kampung, tiada apa yang mustahil buatmu.
Aku tidak mengatakan ke Luar Negara sebagai definisi berjaya.
Ia sekadar impian gila untuk kamu ditertawa.
Lalu terjaga bila mimpimu menjadi nyata.
Kamera tiba-tiba tamat riwayat. Perlu cari kamera baru.
Sekian dari Syuib0809
nama pnuh owner blog ni ap ek, sbab sy pun darjah 6, masa tahun 2001 kt sk sungai tungku, sy knal pic masa kcik tu, nizar, naim, sir roy.. :')
ReplyDeleteAhmad Izuan
ReplyDeleteMeh bagitahu nama