Monday, 24 February 2014

Lelaki Kaya Babylon

Bismillah.

Orang yang impikan harta sebagai matlamat, pasti panjang angan-angannya. Kalau aku kaya, aku nak beli itu ini, nak ada rumah sebegini, nak kereta besar-besar, biar "selesa" hidup aku. Namun mereka yang menjadikan harta sebagai alat, walaupun bukan Islam, angan-angannya tumpul untuk diri sendiri.  kalau aku kaya, aku nak bina rumah anak yatim, nak sediakan pekerjaan untuk pemuda miskin, nak menangnkan Islam. MasyaAllah.

Tak salah menjadi kaya, memliki harta. Namun biarlah ia menjadi alat untuk kita membeli tiket ke Syurga. Usah biarkan kaya menjadi angan-angan yang indah untuk diri.

" Mata yang beku, yang tidak mampu menangis adalah kerana hati yang keras dan hati yang keras disebabkan oleh tompok-tompok dosa yang telah dilakukan. Banyaknya dosa yang dibuat oleh seseorang adalah kerana orang tersebut lupa mati, sedangkan lupa mati kerana panjangnya angan-angan. Panjang angan-angan muncul kerana terlalu cinta pada dunia. Dan terlalu mencintai dunia adalah pangkal segala perbuatan dosa. "  (HR al-Hakim: 4/260)

Berjaya menghabiskan buku The Richest Man In Babylon. Memang sangat-sangat menarik bukunya. Dah lama nak beli, tapi baru dapat sambar waktu pergi Pulau Pinang minggu lepas. Himpunan nasihat, tips dan kaedah bagi memilik harta yang dinukilkan dalam bentuk cerita Kuno. Watak-watak zaman Babylon seperti Arkad, Nomasir, Mathon, Dabasir dan Sharru Nada adalah watak-watak yang diperkenalkan, malah berkait antara satu sama lain. Menariknya, semua watak-watak ini pada asalnya adalah orang miskin, malah ada yang pernah bergelar Hamba.



"Kekayaan yang datang dengan pantas dan cepat, pasti akan habis dengan cepat juga"

Tiada jalan pantas untuk jadi kaya. Malah buku yang ditulis oleh orang bukan Islam ini juga menyeru manusia untuk tidak berjudi. Kita yang orang Islam ni plak sibuk-sibuk mempengaruhi orang dengan Skim Cepat Kaya dan Jutawan Ekspress. Idea menyimpan satu per sepuluh dari pendapatan dan berjimat cermat ditekankan sebagai kunci asas dalam membina kekayaan. Kepentingan ilmu dan berkawan dengan orang yang dipercayai, bukan sahaja kunci kepada kekayaan, malah ia hakikatnya petua untuk mendapat rezeki yang berkat.

Bagi aku buku ni sangat menarik untuk dimilik semua orang. Paling tidakpun, anak kita boleh ambil sebagai bahan bacaan positif membina disiplin diri dalam kewangan. Sebahagian orang yang pernah gagal, pernah merasai kesusahan, akan menjadi lebih berwaspada dalam mengurus harta.

Beberapa minggu lepas aku ada tengok temubual bersama Jackie Chan. Hebat, bagaimana orang yang menjadikan Harta sebagai alat. Ramai sahaja orang Islam yang jauh lebih hebat dari beliau. Cuma kita yang Islam ni, boleh ke kalahkan "impian" beliau untuk tiada HARTA bila mati kelak?



Takutlah menjadi Orang Kaya

Sekian dari Syuib0809.


Wednesday, 19 February 2014

Dari Lubuk Hati Ibu

Bismillah.

Naluri setiap ibu, pasti suka menitipkan nasihat dan pesanan buat anak-anak. Berbeza dengan kaum bapa yang diam-diam namun penuh pengisian, ibu lebih cenderung menggunakan lisan dalam membentuk anak-anak. Terlampau banyak yang dibimbangi, maka terlampau banyak yang ingin dibekalkan kepada anak-anak sebelum mereka pergi. Atau paling tidak, sebelum mereka di"lupa"kan oleh anak-anak.

Dari Lubuk Hati Ibu, karya Ustazah Norhafizah Musa dan rakannya Wan Nor Ainon adalah nasihat lisan IBU yang dikumpulkan menjadi catatan terbitan Telaga Biru. Oleh kerana aku lelaki sejati, agak sukar untuk aku teruja dengan isi buku ni. Secara jujurnya, memang lebih sesuai untuk kaum Hawa. Untuk kaum Adam, buku Senyumlah 2 karya Ustaz Tuan Ibrahim mungkin lebih terkesan InsyaAllah.



Apa-apa pun, ada kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang begitu menarik perhatian aku:

"Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam, ia sebenarnya suatu anugerah daripada Allah. Allah kirimkan malaikat-Nya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa(berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.

Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid, dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita."

Mukasurat 78 & 79



Buku ini bersifat umum dan terdiri dari pelbagai tajuk. Ketebalan hanya sekitar 205 mukasurat je. Tapi aku agak lambat habiskan sebab kesihatan tak berapa nak elok akhir-akhir ni. Demam panas yang agak mengganggu sampailah hari ni. Alhamdulillah, bukan demam denggi macam kawan aku sorang ni yang tiba-tiba je berada di Hospital Teluk Intan. Dahsyat alam ni. Walaupun manusia punyalah takutkan harimau, tapi tak banyak pesakit di Hospital yang terlantar akibat digigit Harimau.


Punyalah tak takut manusia dengan rileksnya membunuh nyamuk hari-hari, tapi penuh hospital di Malaysia ni dengan pesakit yang terbaring akibat digigit nyamuk.

Sekian dari Syuib0809.




Friday, 14 February 2014

Nasihat Berkasih buat Anak

Bismillah

Mengarang sesuatu 4 hari yang lalu. Teringat kata-kata buya HAMKA, menulis tidak boleh disamakan pada satu gaya bahasa semata-mata. Setiap orang ada cara menulis tersendiri yang menjadikannya unik. Manusia yang sentiasa banyak perbezaan, punyai juga citarasa berbeza. Oleh kerana ini blog aku, maka dengan suka hatinya aku mempersembahkannya. Moga anakku tidak mendekati Hari Kekasih ini.

Wahai anakku
Di saat ayah menulis nasihat ini
Ayah  masih belum bertemu ibumu
Namun Ayah yakin kami pasti bertemu
Hanya masa yang memisahkan waktu itu.

Wahai anakku 
Hari ini tarikh itu datang lagi
Rakanku berdebar menanti kedatangannya
Biar tidak punya uwang untuk diri
Namun pasti ada sesuatu untuk kekasihnya
Kononnya bukti saksi kepada cinta mereka
Aduh, indah sekali bunyinya
Namun, pasti malang penghujungnya

Wahai anakku
Kadang-kadang aku murung menyesali
Mengapa tidak aku seperti rakan-rakanku
Menyusun bicara memikat si gadis
Menyantun langkah melenturkan hati
Agar dapat ku raikan istimewanya hari ini
Biarpun mengundang murka Ilahi
Ya, Hebat sungguh nafsu menipu
Pabila imanmu terbukti lesu

Wahai anakku
Jangan kamu tertipu dengan puisi cinta
Mengorat menggoda mengada-ngada
Hatta dari rakanmu yang berkopiah di kepala
Persetankan cinta enta enti
Bunuh fikirmu akan nikmat cinta Islamik
Kerna itu jenama dari musuhmu syaitan
Agar kamu kelak akan bersama dengannya
Penghuni neraka selama-lamanya



Wahai anakku
Aku mendoakanmu beroleh pasangan hidup yg solehah
Malah aku pasti kamu juga menginginkannya
Oleh itu, jangan kamu undang murka Allah
Selagi mana dia masih belum sah menjadi milikmu
Mana mungkin rumah tanggamu beroleh Redhanya
Jika awal lagi kamu sudah mengundang MurkaNya

Wahai Anakku
Jodohku sedikit lewat
Kerna itu ujian dari Tuhanmu kepadaku
Benarkah aku masih Husnuzzon kepadaNya
Sedang rakan pacaran mudah sekali berumah tangga
Lalu aku terus menanti
Hingga Allah hadiahkan ibumu kepadaku
Penyejuk mata, pengubat lara
Penyubur cinta, pendamping syurga














Wahai Anakku
Di pertengahan februari ini
Luahkan cintamu kepada Ibumu
Buktikan kasih hati kepada Allah dan Rasulmu
Ketahuilah ayah bangga punyai anak sepertimu

Salam sayang dari Ayahmu.

Sunday, 9 February 2014

ISLAM. Adil untuk Semua

Bismillah.

Buku yang berjaya aku rembat di Kelantan minggu lepas, Islam Adil Untuk Semua karya Tuan guru Haji Hadi Awang. Bukanlah buku baru, 2009 dah diterbitkan.

Bicara soal adil, setiap orang mungkin melihatnya dalam definisi berbeza. Definisi biasa yang kelihatan betul tapi songsang ialah menterjemahkan adil sebagai SAMA. Melalui buku ini,  definisi baru yang mampu aku pegang selain "meletakkan sesuatu pada tempatnya" ialah ADIL sebagai tindakan yang betul dan TEPAT. Dengan kata lain, tindakan yang salah, bodoh dan menyimpang adalah maksud adalah satu KEZALIMAN.

Mengisi tangki minyak kereta dengan air satu kebodohan
Menutup LUKA dengan Gam UHU adalah proses merawat yang salah
Memandu kapal terbang Emirates menuju ke Pulau Pinang terlampau comfirm menyimpang.
Akhirnya kereta rosak, luka bernanah, penumpang tidak sampai ke destinasi mereka. itulah ZALIM

Rata-rata mungkin sudah biasa mendengar keadilan hukuman HUDUD yang dinyatakan dalam Alquran. Buku ini tidak sekadar membicarakan mengenai hukuman tersebut, malah turut membincangkan Keadilan Islam dari sudut Ekonomi dan Kemasyarakatan.



Mungkin bahagian menarik ialah pertembungan dua ideologi besar Dunia iaitu Sistem Kapitalis dan Sosialis. Kehadiran Sosialis dan Komunis berkait rapat dengan rasa tidak puas hati kepada kezaliman kapitalis yang memfakirkan golongan miskin. Namun, penghapusan hak pegangan individu juga hakikatnya satu lagi kezaliman. Akhirnya sehebat mana pun falsafah Ideologi Sosialis, pasti akan ada penyelewangan kerana naluri manusia yang pasti mahukan kepuasan individu. Hebatnya Islam yang tidak melarang mencari harta, namun setiap harta yang diperolehi pasti perlu diagihkan kepada orang miskin melalui Zakat. Malah, Islam menggalakkan pemberian sedekah yang menjadi aset bernilai di akhirat.

Banyak kisah-kisah menarik dimuatkan seperti kisah pampasan akibat membunuh tawanan, kisah Umar dan kuda cacat, kisah Ma'iz bin Malik, kisah Nabi daud dan anaknya Sulaiman, kisah Abu Ubaidah memulangkan wang Jizyah dan macam-macam lagilah. Cuma satu kisah yang aku tak faham ialah kisah perbankan mudharabah Zubair bin Awam. Tak tahulah nak tanya sapa.

Fikiran "adil" manusia sudah banyak menghasilkan Kezaliman.



Sekian dari Syuib0809

Tuesday, 4 February 2014

Kelantan Bersama Revolusi

Bismillah.

Aku seorang yang memandang berat betapa besarnya sebuah Jemputan. Tidak popular di mukabuku menjadikan aku begitu jarang dijemput secara kolektif untuk sebuah kenduri walimah rakan-rakan di FB. Lalu apabila seseorang menjemput aku secara individu, walau sekadar beberapa patah SMS, maka aku sangat menghargainya.

Ketika temuduga di Matrikulasi Johor Disember lalu, aku dapat jemputan dari pasangan KPLI PPC maths iaitu Shakira dan Shammil. Satu pasangan yang sangat-sangat hebat. Dari sudut disiplin, ketegasan dan kekemasan, mereka berdua adalah antara orang yang paling hebat pernah aku jumpa. Shak satu kumpulan BTN dan praktikum dengan aku di SMK Sungai Acheh. Shamel pulak adalah rakan sejak di Leicester lagi. Walaupun aku tidak serapat dengan dia sepertimana Ferd dan Zizan, namun dia rakan baik yang menjadi simbol ketabahan dan kasih sayang dalam kehidupan. Perjalanan hidup dia seperti sebuah Novel. Novel cintanya kini semakin lengkap, dan aku mendoakan dia beroleh sebuah keluarga yang diimpikan ketika kecil.

 Tahun pertama di Leicester. 


Panjang pulak cerita. Aku akhirnya menuju ke Kota Bharu demi sebuah perkahwinan. Pukul 8.30 malam bertolak dan sampai jam 4.30 pagi keesokan harinya. Berjalan seorang diri pagi-pagi buta dan berehat di Masjid Muhammadi selama beberapa jam. Kul 7.30 pagi dah pusing-pusing KB sampailah kaki sakit. Kempen menutup aurat sangat hebat di Kelantan. Hampir payah nak jumpa perempuan melayu yang tidak bertudung. Namun begitu, mudah membezakan mereka yang rela atau paksa.

REVOLUSI: Ejekan Kehidupan.

Bagi mengisi masa lapang yang sangat banyak di Kelantan, aku ditemani buku terbaru Ustaz Pahrol Juoi berjudul REVOLUSI. Himpunan cerpen-cerpen pendek yang bersifat santai, namun membawa mesej yang berat kepada pembaca. Kali ini, ustaz pahrol menyentuh politik dengan lebih berani. Begitu juga ejekan yang diberikan kepada muslim-muslim yang mencari kemenangan dengan amalan kekalahan. Dua cerpen terakhir antara yang sangat menarik untuk dihayati. Kisah-kisah membuka mata hati dan pengalaman di ISA kan.

Namun keterbukaan untuk mentafsir cerpen-cerpen dalam buku ni sangat-sangat luas. Ada orang yang mungkin menyalahtafsir apa yang cuba disampaikan, atau mungkin berani bersetuju dengan mesej yang tidak dipersetujukan dalam buku ni. Malah, mungkin orang yang berada dalam perjuangan islam sendiri menentang apa yang cuba disampaikan. Merevolusikan pemikiran dengan sesuatu yang diluar kebiasaan, sememangnya satu kepayahan. Kelantan sendiri kerap direndah-rendahkan apabila dipimpin oleh ulama'. Digelar tidak membangun hanya kerana tiada panggung wayang. Dianggap KUNO tanpa UMNO.

Hakikatnya nilai sebuah tamadun yang dilihat kepada kecanggihan teknologi dan ketinggian hiburan sahaja adalah sebuah pemikiran yang sumbing. Manusia di tamadun-tamadun tersebut kembali menjadi beruk, malah lebih teruk dari itu. Kelantan mengubah kebiasaan, berevolusi dengan misi memanusiakan manusia.



.......................

Aku menunggu di TESCO KB dari pukul 3 petang untuk Bas yang bertolak jam 11 malam. Penantian yang menyebabkan pinggang aku sangat sakit. Tapi seronok tengok orang-orang kelantan. Betul kata Zabidi Mohamad dalam buku Penglipur lara Sang Majistret mengenai perempuan Kelantan yang makan beras siam. Hingga ada ringkasan SKMK yang membawa maksud "Sampai Kelantan Mesti Kahwin". Lawa doh!!




Sekian dari Syuib0809.