Thursday, 30 May 2013

Jangan bantu Syaitan Rosakkan Saudaramu

Bismillah.

Hujung minggu yang lalu, sempat bersama keluarga menuju ke Shah Alam. Ketika berada di MPH, Setia City Mall, aku pun duk tengok buku-buku yang ada kat kedai tersebut. Dua buku yang menarik perhatian aku ialah "Surat-surat Rasulullah kepada Para Raja dan Panglima Perang" serta satu buku mengenai Nusaibah yang pernah aku nukilkan kat blog ni. Tapi aku terpaksa tahan diri kerana banyak disiplin yang telah aku langgar dalam menelaah buku-buku yang telah dibeli. Banyak buku yang tak dibaca lagi, tapi dah nak beli baru.

Aku kembali membelek buku yang telah dua bulan tersadai di rumah sewa dan membawanya ke kampung untuk dibaca. Buku yang baru sahaja selesai dibaca dan sangat menarik iaitu TRAVELOG MINDA TAJDID daripada Dr MAZA.




Tersasar dari jangkaan aku, buku ini sarat dengan pelbagai ilmu siyasah, ilmu membentuk pemikiran yang dimuatkan dengan kemas dan baik sekali. Mulanya aku ingat catatan perjalanan sepanjang berada di UK, tetapi lebih kepada huraian isu semasa ketika berada di UK. Antara yang aku lihat sangat difokuskan dalam buku ni ialah

Tegas berakidah, luas dalam Fikah
Menghuraikan sikap seorang ilmuan Islam yang sepatutnya berlapang dada dalam beberapa perselisihan pendapat dari sudut Fikah antara benda yang sangat penting dalam kita beragama. Menerima atau menghormati pendapat orang lain hakikatnya banyak membantu kita untuk lebih dihormati, malah mampu menarik orang di sekeliling mendekati Islam. Begitu juga dalam sudut siyasah, muamalat serta bermazhab, elakkan budaya menghukum serta kafir megkafir hanya kerana orang lain berbeza pendapat dengan kita. Antara perkara baru yang aku belajar ialah mengenai golongan Ahbash. Boleh rujuk di internet bagi sapa-sapa yang nak tahu

Hitler, Kristian dan Yahudi.
Isu palestin antara isu lain yang dimuatkan dalam buku ini ketika mana Dr Maza berada di London menyertai demonstrasi di hadapan kedutaan pada tahun 2008. Menarik dengan sedikit catatan kempen Adolf Hitler dalam buku Mein Kampf yang menyatakan penderitaan ekonomi oleh bangsa Jerman berpunca dari orang Yahudi. Selain itu, Martin Luther juga antara yang turut mendedahkan pembohongan dan betapa bahayanya Yahudi kepada masyarakat dunia. Paling menarik, bagaimana masyarakat eropah pada kurun ke-14 mendapat arahan dari gereja Katholik supaya diasingkan penempatan Yahudi daripada mereka dengan binaan dinding yang diberi nama Ghetto. yahudi juga dilarang keluar rumah pada waktu malam. Menarik!

Banyak lagi yang dinukilkan, tapi tak dapat lah nak menulis panjang kat sini. Cuma aku tertarik kaitan buku yang aku baca ni dengan video terbaru Mathlutfi. Tak pernah aku jumpa hadis-hadis yang Dr MAZA tuliskan ni, dan tetiba boleh melekat bila ada video matluthfi untuk dikaitkan. Tengok dulu video dan lihat hadisnya di bawah.




Daripada Abu Hurairah, beliau berkata,

Seorang lelaki yang mabuk (minum arak) dibawa kepada nabi lalu beliau memerintahkan supaya lelaki itu dipukul. Dalam kalangan kami ada yang memukulnya dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar, dan ada pula yang memukulnya dengan kain. Apabila selesai, seseorang berkata " Allah sudah menghinanya." Maka Rasululullah berkata, "Jangan kamu menjadi pembantu syaitan(yang merosakkan) saudara kamu." maksudnya mencerca menyebabkan syaitan mudah merosakkannya lagi.

Dan satu lagi......
“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari)

Sekian dari Syuib0809


No comments:

Post a Comment