Friday, 24 May 2013

Lapan Minggu berlalu, masa untuk cuti

Bismillah.

Selamat bercuti bagi mereka-mereka yang sedang bersekolah dan barangkali mengajar di sekolah. Selepas lapan minggu aku berpraktikum di sekolah Sungai Acheh, dah memang terlampau banyak benda yang berlaku dan berlalu dalam sekelip mata. Malah, terlampau banyak peristiwa yang akhirnya membentuk perubahan gaya hidup dan cara befikir dalam diri aku.

Aku tertarik dengan jadual minggu terakhir aku sepanjang berada di Nibong Tebal ni.

5.40 bangun, siapkan diri, pi solat subuh semua
7.00 pagi dah bertolak ke sekolah
2.45 petang balik rumah, makan tengah hari dan kemas apa yag patut
3.40 petang aku dah ke sekolah dengan kelengkapan untuk mandi dan solat
5.30 petang main futsal kat sekolah dan teruih mandi kat sana
7.30 petang solat di masjid berdekatan, kadang-kadang imamkan budak asrama dan bagi tazkirah
8.15 malam dah mula kelas tambahan untuk pelajar-pelajar asrama.
10.15 malam habis kelas dan solat Isyak
10.30 malam tolong pelajar-pelajar form 5 yang tengah study kat tepi dewan makan.
11.30 malam baru bertolak balik ke rumah seorang diri

Bayangkan start je 3.40 petang sampailah 11.30 malam, semua masa aku dihabiskan kat sekolah. Tapi entah macam mana, aku memang minat sungguh mai sekolah dan buat sesuatu untuk pelajar berbanding duduk di rumah melangut tak tahu nak buat apa. Sedikit pelik, kelas tambahan aku bukan sekadar untuk matematik dan matematik tambahan sahaja, malah dah dua malam aku mengajar subjek pendidikan islam masing-masing untuk tingkatan empat dan juga tingkatan dua. Mudah-mudahan tak sesatlah budak-budak tu InsyaAllah.

Membawa mesej Islam semakin lama semakin kabur bagi mereka-mereka yang mula sibuk di alam pekerjaan. Malah ada yang futur sebaik sahaja dipenuhi dengan tugasan-tugasan baru, yang dilihat kerap tidak berkaitan dengan Islam. Menjadi seorang guru, engineer, pensyarah, doktor juga bukan sebab untuk seorang pejuang Islam "beralah" dengan dunia dakwah. Orang yang diluar pula jangan mudah menghukum rakan seperjuangan "FUTUR" hanya kerana mereka tidak hadir ke program-program yang diadakan. Atau lebih teruk lagi hanya kerana mereka tidak lagi aktif seperti mana ketika di kampus dahulu.

Hakikatnya, mereka sudah berjumpa medan dakwah yang baru.
Barangkali kelompok mad'unya jauh lebih besar dan mencabar dari apa yang dihadapi di kampus dahulu.
Mungkin juga itulah medan baru yang mampu menjadikan mereka jauh lebih ISTIQOMAH.

Mudah-mudahan aku masih berada di jalan dakwah.
Walaupun masih lemah di dalam siasah, mudah-mudahan aku tidak letih untuk terus percaya dengan apa yang aku yakini.

Cuma sekarang, aku letih mencari jodoh. Hmmm, JOM CUTI!!

Sekian dari Syuib0809.

No comments:

Post a Comment