Monday, 13 May 2013

Medan buat daei

Bismillah

Musim peperiksaan sudah bermula dan menghampiri bagi pelajar-pelajar menengah rendah. Menjadikan aku semakin akrab dengan pelajar di luar waktu persekolahan. Kelas-kelas tambahan sudah bermula dengan permintaan agar menjadi ruang untuk anak murid menambah kefahaman. Sebagai orang bujang, memang aku tiada banyak masalah untuk memenuhinya.

Aku terpaksa mengaku terlampau banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding berada di rumah sewa. Kadang-kadang sampai aku sendiri terpaksa mandi dan tidur kat sekolah sebab tak larat nak balik. 

Akhir-akhir ni aku kembali memikirkan tugas sebagai daei atau lebih besar lagi sebagai ahli jemaah. Sudah lama tidak bertandang ke usrah menjadikan aku mencari-cari medan untu kembali berusrah. Tidak lagi menjadikan rakan sebagai kelompok mad'u semata-mata menjadikan aku lebih jelas dengan luasnya kelompok mad'u yang sedang aku hadapi hari ini. Sekolah, sebagai medan dakwyang sangat luas.

Kesian tengok budak-budak asrama terbiar tanpa pengisian. Aku sendiri kabur daripada mana mereka mendapatkan sumber untuk mengubati rohani mereka. Yang ada hanyalah sekadar kelas agama di sekolah serta sedikit tazkirah yang dibaca, bukannya dihayati. Sembahyang berjemaah pula sangat dipandang enteng. Hanya maghrib sahaja dijadikan waktu "wajip" untuk solat berjemaah. Bukan menyalahkan mana-mana guru, namun melihat diri sendiri betapa kosongnya jiwa sekiranya kita tidak aktif membuat sesuatu. Malulah sekiranya mahu mengelar diri sebagai daei

Namun tak semua yang kita lakukan mudah disenangi dan mampu memuaskan hati semua pihak. Balik je rumah dah ada orang perli " dah habis bertugas ke?".. " Malam ni tak jadi warden ke?". Teringat ketika di kolej dan di UK, aku sudah lama meninggalkan dunia orang mengumpat. Bersahabat dengan rakan-rakan usrah, malah dikurniakan naqib yang hebat menjadikan mengumpat perkara ganjil yang aku dengar dalam hidup. Sehinggalah kembali ke Malaysia, aku kembali menjadi rimas dengan dosa besar ini. Dan ini juga salah satu sebab aku mula janggal dengan rakan-rakan serumah. Usah disalahtafsir, bukan semuanya begitu.

Kini, anak-anak murid seolah-olah menjadi ubat buat diri
Tempat mencurahkan kasih sayang selagi mana bergelar bujang.
Mudah-mudahan memenuhi erti hidup untuk terus pula memberi

Sekian dari Syuib0809



Namun tak semua yang kita lakukan mudah disenangi dan mampu memuaskan hati semua pihak. Balik je rumah dah ada orang perli " dah habis bertugas ke?".. " Malam ni tak jadi warden ke?". Teringat ketika di kolej dan di UK, aku sudah lama meninggalkan dunia orang mengumpat. Bersahabat dengan rakan-rakan usrah, malah dikurniakan naqib yang hebat menjadikan mengumpat perkara ganjil yang aku dengar dalam hidup. Sehinggalah kembali ke Malaysia, aku kembali menjadi rimas dengan dosa besar ini. Dan ini juga salah satu sebab

No comments:

Post a Comment