Minggu ni aku baru update sekali je. Memang malas nak menulis dan tak tau apa yang ingin ditulis. Salji pun dah takdak nak turun2, jadi terbantutlah nak meneruskan sesi penggambaran di musim sejuk. Hujung minggu kali ni, aku berhajat untuk menziarahi rakan-rakan di Coventry. Lama sungguh tak datang sana. Paling akhir aku datang rasanya awal bulan 11 tahun lepas. Yelah, takdela lama sangat. Sebenarnya, ade kawan yang ajak datang makan cheesecake buatan tangan lelaki. Aduih.. Ape lagi, layanlah..
Aku bertolak semalam sekitar jam 4 petang dan sampai sana kul 6 petang macam tu. Sampai2, york dan tunggu kat train station. bersama2 aku ade kawan2 dari Nottingham yang turut serta datang menziarahi orang Coventry. Oleh kerana aku bawak basikal, aku pun mengayuh sampai ke rumah caer(syahir). Malam tu, University of warwick ade buat Malaysian Night. Oleh kerana malas nak pi majlis2 macam tu, aku pun berhajat stay kat rumah syahir je. Tapi dah dekat kul 8 malam tu, tetibe terasa sangat bohsan. jadi aku pun berkayuh dalam kesejukan malam memusing satu coventry tu. Kul 10 malam baru balik semula ke rumah syahir.
Jam 11.30, majlis cheese cake pun bermula....
Ni gambar betul, bukan ambik dari internet. York buat sampai dua, tapi kami tak sempat nak tengok macam mana die wat. Aku tak suka bahagian atas tu. lapisan bawah sekali ialah biskut oreo
Tajuk debate:
1)Muslimat yang bekerja sebagai cikgu adalah lebih laku berbanding muslimat yang bekerja sebagai doktor..
Keputusan: Majoriti menyokong tajuk ini..
2)Berapakah umur yang ideal dan sepatutnya remaja Islam berkahwin? Mengapa?
Keputusan: tak boleh bagitau.
Habis berbahas kul 11 tgh hari dan kemudian kami bersiap-siap untuk pergi ke town makan tengah hari. Sebelum tu, teman Faiz Notts shopping2 kat IKEA. Minat giler die ni shopping beli alat2 buat kek. memang pandai buat kek pun. Die habis dalam 30pound manakala aku memang tak beli apa2. lepas solat, kami terus ke kedai makan kurdish bernama Dunya. Nilah makanan die:
macam biasa la menu kurdish ni. takde apa yang special. nasi briyani die tak sedap sangat, rasa banyak kunyit. pelik gak pehal buh kunyit
Lepas makan dan sembang-sembang. Kami akhirnya menuju ke train station untuk pulang ke destinasi masing2. Oleh kerana perjalanan yang dilalui oleh orang notts akan singgah kat leicester, aku pun ikut je sekali rombongan orang notts ni. Kami akhirnya berpisah di Leicester. Apepun, terima kasih orang2 coventy terutamanya york dan syahir atas layanan yang diberikan. Semoga Ukhwah ini berkekalan hingga ke akhir hayat.Moga Allah meredhai pertemuan dan perpisahan ini..
Sekian dari syuib0809
akak pun x pandai buat cheese cake :(.
ReplyDeletepandai makan je