Sunday, 5 February 2012

Selamat Kembali Salji!!

Bismillah..

Siapa sangka selepas aku menulis inginkan snow khamis lepas, bumi leicester akhirnya kembali disinari dengan putih-putih salji. Hari jumaat, aku ada kelas kul 10 pagi. Bukak je pintu, tengok dah ade snow kat kereta depan rumah aku. Walaupun sedikit, puaslah gak dapat tengok salji tahun ni. Sewaktu berbasikal menuju ke Uni, banyak kawasan yang tidak dilalui oleh kereta dan pejalan kaki masih kekal putih. Manakala atas jalan raya memang dah tak berapa nampak sebab memang sikit je turun waktu jumaat tu.

Salji dekat university. Nak tau banyak ke sikit turun tengoklah die punye putih. kalau masih banyak lompong2 hijau macam ni memang sikitlah.

Ni kat victoria park. Lagi sikit.

Sabtu pagi, aku menuju ke Nottingham untuk melawat sahabat-sahabat yang dah lama sungguh tak berjumpa. Memang sejak habis Fuiyo hari tu, aku tak menjejakkan lansung kaki ke Notts. Oleh sebab Daus dan Cha dah nak menempuh Final Exam, pergilah kejap jumpa diorang. Aku sampai pagi dengan bawak sekali basikal aku dalam train. Notts pagi tu cerah tanpa ade sikit pun tanda dah turunnya salji kat situ. Kami lepak-lepak dan sembang2 sampai petang. Sedar tak sedar rupa-rupanya salji dah lebat gila kat luar. Waktu nak balik, call teksi tapi tak sampai2. Last2, jalan je kaki balik rumah.

Beginilah kelebatan salji malam tu. Nampak die punye putih tu punye tebal. Ni die daus dan Cha.

Botak2 ni pakai kopiah baru smart sikit. Salah pakai kasut jenis berlubang-lubang. Memang basah lenjun lah jawapnya.

Sepanjang perjalanan, memang salji sangat2 lah lebat. Memang boleh kata salji yang kami dapat malam tu sangatlah "fresh".. Sepanjang perjalanan, kami buat sedikit muhasabah. Melihat keadaan di jalan raya yang sangat sesak, licin dan perlahan, ternyata salji bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Satu demi satu kereta tersadai dan tidak mampu berjalan disebabkan jalan yang terlampau licin. Ada yang tersekat kerana salji yang terlampau lebat. Dalam perjalanan, lebih kurang tiga kereta yang kami tolong tolak sebab tak mampu bergerak. Ada sepasang pasangan yang sgt baik turun ke jalan raya untuk membantu menolak semua kereta yang tersekat di atas jalan. Memberi motivasi kepada kami untuk turut membantu.

Sampai di kawasan dunkirk, kelihatan ramai pelajar asia(cina) yang sedang sibuk membina snowman. Aku yang sepatutnya balik malam tu terpaksa membatalkan hasrat sebab keadaan lalulintas yang sangat tidak mengizinkan. malah, banyak pengangkutan awam yanng memberhentikan perkhidmatan mereka.. Malam tu, aku bermalam di rumah seorang junior bernama hafiz a.k.a sibab. Seluar basah, stokin basah, kasut basah, baju basah.. Salji oh salji...

Sempat bergambar dengan snowman.. Hehe.. Lebat giler salji.

Keesokan paginya, kami solat berjemaah bersama-sama. Sisa kepenatan masih belum hilang lagi. Kesempatan di Notts aku gunakan untuk berjumpa juga dengan seorang junior dari semesti, Seronok tengah hari tu bila kami dihidangkan dengan mee bandung muar yang sangat Umphhh. Lepas makan, aku pun mintak diri untuk berundur. Salji sudah berhenti turun dan dah mula mencair. Dan rupe salji bila mencair ditambah dengan lumpur memang sangat hodoh. Aku sedikit risau dengan basikal yang ditinggalkan di train station semalaman. Alhamdulillah, masih selamat dan setia berada di situ sebaik sahaja aku sampai.

Basikal dalam kesejukan.

Suasana di Notts ketika dalam liputan salji. Tapi tak sejuk sangat

Esok kembali menuju ke kelas. Terubat rindu nak jumpa rakan-rakan, ditambah pulak dengan kehadiran salji. Apapun, aku dah mula rimas dengan salji ni. Yelah, memang rasa basah je dan susah sangat nak jalan. Kebarangkalian untuk jatuh sangatlah tinggi apetah lagi perjalanan kami ke kelas ialah dengan menaiki bukit. Bahaya gila. Mintak-mintaklah dah takde lepas seminggu.. Aamiin..


Sekian dari syuib0809

No comments:

Post a Comment