Tuesday, 7 February 2012

Tak Ada Masa membaca?

Bismillah..

Tiada apa nak dikongsikan sangat. Salji pun sudah mencair dan tak turun-turun balik setakat ni. Tapi cuaca masih sejuk kat luar. Isnin dan selasa kelas aku habis kul 6 petang. keluar je kelas dah gelap gelita. Seronok gak sebab rasa macam cerita korea plak balik malam2 dengan asap di mulut. Yelah, dulu memang selalu tengok cerita macam tu berbanding cerita org putih. Lebih sopan..

Baru ni ada seorang abang dari London berkongsi pengalaman dengan aku dan rakan2. Sebab kami diberikan tugas untuk membaca buku "State In Islam" tapi semua tak terbaca dgn alasan "takde masa". Jadi, beliau bagitaulah macamne die yang keluar pergi dua negara pun sempat baca, pelik kami undergrad yang punye banyak masa lapang takde masa.

Tadi, aku terjumpa video Ustaz azhar ni di youtube. Kenapa agaknya sangat sikit masa yang kita nak luangkan untuk Allah S.W.T?



Lampu cerah, tapi takde masa nak baca Quran.
Air banyak, tapi takleh tidur dalam keadaan wuduk.
Ade ipad, tapi tak rasa mudah nak membaca..


Sekian dari syuib0809

No comments:

Post a Comment