Bismillah.
Dah lama gak tak update blog..
Oleh kerana exam dah abis, dan kelas hanye bukak isnin minggu depan, make aq mempunyai cuti yang agak panjang. Oleh itu kepada rakan2 semua jom kite tingkatkan ibadah!!
Winter yg sudah pn habis sebenarnye satu musim yg sangat mantap utk beribadah. Malam yg panjang boleh digunakan utk berqiamullail. Bygkan maghrib pukul 4 ptg. Tido dari pukul 6ptg sampai 9 mlm dah leh wat solat tahjud. Best kan? Dan sudah tentulah siang yg pendek memberi bonus untuk sape2 yg ingin berpuasa. MasyaALLAH. Dan cuaca yg sejuk cukup utk kite tidak membuang mase bersiar2 ke luar.
Sempena dah habis winter ni, teman ingin mengajak kome semua utk tingkatkan ibadah kite. Jd teman inginlah berpesan, supaya teman sendiri dpt lakukannye.
Sebab Allah berfirman dlm surah al saff:
Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.
Jadi amalan pertame ialah, kalo boleh lepas subuh jom le kite bace ALMATHURAT.. 5 minit jee
amalan kedua, setiap hari paling koman 10 ayat QURAN
Amalan ketiga, setiap minggu, cube wat paling kurg 3 malam tahjud..
Amalan terakhir, meh amalkan pesanan nabi sebelum tido:
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara”, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Jika engkau hendak tidur bacalah :
*Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
*Bacalah selawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
*Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
*Dan, perbanyaklah bertasbih 33 subhanallah 33 alhamdulilah 34 Allah hu Akbar, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Sekian
No comments:
Post a Comment