Wednesday, 27 January 2010

Semester kedua yg mencabar

Bismillah

Waktu first sem, kami budk2 yg ambik pure math boleh dikatakan seamat2 lapang sekali. Bygkan satu hari paling byk pn 3 jam je kuliyah. Walopun ade 3 subjek, tapi 1 subjek x brape berat sebab tak ade exam..

Tapi semester kedua ni nampak agak dahsyat kot.. Byk benor modulnye..
Ni la subjek yg aq kene ambik sem ni:

1- Probability
2- Geometry Of The Plane
3- Introduction to computing
4- Introductory Real Analysis
5- Introduction to Newtonian Dynamics
6- Introductory Linear Algebra

Subjek2 ni boleh tahan agak mencabar. Dan matematik ni bleh menjadikan org pening tahap maksima.. Anda tidak perlu menghafal sangat tp anda perlu berfikir.. Dan sekarang dah mula masuk fizik sikit2 tambah teori2 yg tak masuk dek akal(aq je kut). Sabo jela.

Kepada adik2, belajar lah rajin2 ye..

Malu la sikit dgn binatang.


(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)

Dari Abi Darda dia berkata :”Aku mendengar Rasulullah saw bersabda” : “Barang siapa yang menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga, dan sesungguhnya para malaikat membentangkan sayapnya kerana redha (rela) terhadap orang yang mencari ilmu. Dan sesungguhnya orang yang mencari ilmu akan dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan di bumi bahkan ikan-ikan yang ada di dalam air. Dan sesungguhnya keutamaan orang yang berilmu ke atas orang yang beribadah seperti keutamaan (cahaya) bulan purnama atas seluruh cahaya bintang. Sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris para Nabi, sesugguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barang siapa yang mengambil bagian untuk mencari ilmu, maka dia sudah mengambil bagian yang besar

(H.R. Ahmad, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ibnu Majjah).

No comments:

Post a Comment