Saturday, 2 January 2010

Erti Hidup Pada Memberi

Tak tau la kenape nak post bende len.
Kite tinggalkan paris jap. Kebelakangan ni aq merancang satu program utk sekolah lame aq. Satu program yg menghimpunkan para pelajar SEMESTI yg kini berada di luar negara. Niatnye x len tak bukan sekadar utk memberi sedikit dorongan dan perkongsian pengalaman yg mungkin tak seberapa dari kami kpd para pelajar. Moge2 diorg beroleh sesuatu yg bermanfaat.

Tatkala aq nak wat paperwork, tetibe aq blur dekat bhgian objektif. Tak tau la kenape aq beriye sgt nak wat program ni. Walopun ade juga sebahagian rakan2 yg memandg enteng program ni, tp aq masih berkeras utk meneruskan program ni. Time aq tgh pening2 pikir pasal objektif, tetibe teringat kembali program2 kami sebelum ni.

Pengalaman pertame kali menjadi moderator dan fasilitator adelah sesuatu yg sgt2 bermakna aq rase. Program pertame kami di pantai dalam, Kuala Lumpur memberikan seribu kenangan yg sgt hebat aq kire. Program ini bertujuan memberikan motivasi kepada anak2 org miskin yg berada di situ. Program yg dihadiri hampir 360 org itu memberikan satu perasaan yg sgt istimewa. Tak tau la kenape, tp lepas habis program semua fasi senyum je dan aq sendiri sampai sekrg masih terkengkan program ni.
Mgkin inilah nikmat setelah kita faham ape ertinye hidup dgn memberi..

Program pertame


Seronok jd moderator ni. hehe

Bersame rakan2 fasi yg mantap!!!

Setelah program ni berlalu hampir 1 tahun, aq merasekan satu kekosongan utk tidak berbuat ape2 kpd masyarakat. Maka, aq dan rakan2 merangka gerak kerja utk menubuhkan 1 program yg dinamekan Rakan Intelek Muscom(RIM). Walopun pernah mendapat halangan dan tentangan yg hebat, kami sehabis baik cube merealisasikan program ini. Dan sekali lagi kami pergi ke sekolah kebangsaan lembah beringin utk berkongsi ape yg mampu kami berikan sehabis baik. Sekali lg, satu perasaan yg pelik timbul tatkala program ini tamat.. MasyaAllah.




Gambar kenangan

Kadang2 aq berpendapat ramai org yg memandg rendah usaha kami kerana mereka masih belum menerima perasaan tatkala menjadi seorg pemberi. Perasaan ni memg x dpt nak dijelaskan kerana ia bukan sekadar suka atau puas, malah byk lg yg sukar utk dilafazkan oleh bahase manusia.

Program terakhir kami kembali ke pantai dalam. Waktu ni aq baru habis exam final. Dan kali ini para fasilitator merupakan junior2 aq di kolej. Tak tau la kenape program ni kurg memberi pengertian kpd aq. Mgkin kerana kerenah birokrasi ataupun mgkin sebab byk fasilitator x phm ape yg cube kami bawakan. Ade sebahagian yg menganggap ianye sekadar program suke2 dan sekadar utk seronok2. Maka mereka sendiri tidak akan dpt ape2.

Aq memg suke jd moderator supaye aq boleh sampaikan ape objektif aq

Brother Aben. Perkongsian dari luar negare..

Pihak penganjur sudah mule meminta bayaran utk program ni. Padahal kami wat utk percume. Ingat sewaktu program pertame, tiade lansung bayaran yg dikenakan. Tidak kirelah org miskin atau anak yatim, semuanye dtg tanpa perlu membayar ape2. Org kampung bergotong-royong memasak dan meraikan kedatgn kami. Tapi program ketiga ni menjemput org besar2 dtg utk merasmikan program ni. Menyampah gile, dah la dtg lambat n bg ucapan merepek2. Bile aq tanye budak2 dh sarapan ke belum. Diorg jawap belum. Waktu ni memg aq naik angin sungguh. Ade ke patut pasal tunggu Dato' tu sanggup diorg tak bg budk2 ni breakfast dulu. Waktu ni aq merasakan program ni tidak lagi disandarkan atas nama Allah, tetapi sekadar populariti.

Ingatlah, kite tidak akan dpt ape2 jikalau sebegini.
Perjuangan bersama2 rakan di kolej utk membuat program2 sebegini sgt memberi makna kpd kami. Segala program yg kami wat x pernah meminta ape2 bayaran bahkan byk duit yg kami habiskan utk perkare2 sebegini. Belum dikira masa yg telah dihabiskan utk memastikan kelancaran program ni. Sampai sekrg aq pikir, dari mane dtgnye kekuatan ni?

Adekah kerana gembire melihat wajah2 yg senyum seperti ini?

Ataupun kerana berjaya membuatkan org menangis?


Kerana mereka?

Atau sebab makcik2 ni?

Alangkah manisnye jika kite memahami pengertian hidup pada memberi..
Selamat berjuang!!

No comments:

Post a Comment