Thursday, 21 January 2010

Berakhirnya Sebuah Penantian bhgian 2

Pelik betul, pasal projektor pn nak wat episod.
X kisah la..

Oh ye, selepas membuke kotak sume, sudah tentulah teruja nak gune kan. Tp tatkala tengah teruja tu, tetibe plug yg diorg bg ni bukan UK punye tp US punye. Aduih, terpakse la cari adapternye kt pekan. Sebaik leicester ade market terbesar di Eropah, seng je jumpe kt situ adapternye.. Mcm biasela, nak wat para pembaca dengki..

Bygkan anda tengok wayang di dalam bilik anda.. Huhu
Ni hasil2nye..

Saje ngade2 tengok blog kt sini

Ketika cinta bertasbih.. Cerita yg bagus daripada nengok cite merepek2..

Tengok akademi nasyid?

Ni la tuan projektor

Tetibe pagi td sampai surat tax. Sebaik tak mahal. Cume yg peningnye tak tau nak bayar gune ape.. Malas betul nak call org tax ni.. Akhir sekali, pesanan utk semua rakan2 dan terutamenye untuk diri sendiri, jika mahu beli sesuatu, belilah sesuatu kerana fungsi dan tujuannya. Elakkan beli sesuatu yg tak tahu kenapa sebabnya dan lebih padah sekiranya ianya hanya untuk hiburan..

Takut gak tergolong dlm kalangan ni;

عَنْ أَبِي مَالِكٍ الأَشْعَرِيِّ؛ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم (لَيَشَرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ. يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا. يُعْزَفُ عَلَى رُءُوِسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنّيَاتِ، يَخْسِفُ اللهُ بِهِمُ الأَرْضَ. وَيَجْعَلُ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيِرَ

Dari Abi Musa al-Asy’ari r.a. menceritakan; Rasulullah s.a.w. bersabda; “Akan ada dari umatku segolongan manusia yang meminum arak dengan mereka menamakannya dengan nama lain, kepala mereka dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan penyanyi-penyani wanita. Allah akan membenamkan mereka ke dalam bumi dan menjadikan sebahagian mereka kera dan babi.

(Riwayat Imam Ibnu Majah, Ibnu Hibban, at-Tabrani dan al-Baihaqi. Lihat; al-Jami’ as-Saghier (Imam as-Suyuti), hadis no. 7706).

Oh ye, jgn mentafsir hadis ni dgn hawa nafsu, sebab kite hanye org awam.
Ade hadis len tentg hiburan.

Dalam sahih al-Bukhari, al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. datang ke majlis perkahwinannya dan mendengar beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa Peperangan Badar sehingga salah seorang daripada mereka berkata: “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok.” Baginda bersabda: Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu.

Hadis al-Bukhari. Kata Aisyah r.a: “Suatu hari Rasulullah s.a.w. berada di pintu bilikku, ketika itu orang-orang Habsyah sedang bermain di dalam masjid. Baginda melindungiku dengan selendangnya agar aku dapat melihat kepada permainan mereka. Kemudian baginda bangun keranaku sehingga aku beredar (bosan). Kamu andaikan kadar seorang anak gadis yang muda yang berminat dengan hiburan.”

Sekadar renungan bersama
MasyaALLAH..
Salam

1 comment:

  1. Salam,bleh terangkn ckit soal hadis sahih bukhari tu? Saya tak brp faham

    ReplyDelete