Saturday 30 January 2010

Belajar untuk Hidup, Beribadah untuk Mati?

Bismillah

Hari ini boleh kata hari yang sangat menyedihkan. Walopun dah dengar macam2 cerita pasal Dr Mas Afzal, tapi semalam baru dapat berita yg betul daripada Izwan. Semalam Izwan dtg bilik dan cerite la sikit pasal Dr M Afzal. Aku pernah dengar yg die dah buat rawatan chemotherapy dan dah ok. Tetibe dengar plak die nak balik Malaysia hujung Januari ni.

Malam td Izwan pn cerite yg cancer die dah merebak ke tempat len, hati kalo tak silap aku.. Dokte kate tiade lagi rawatan yg dapat diorg tawarkan kepada beliau.. Dan sebab itu, beliau rase lebih baik sekiranya masa yg ade ini diluangkan untuk bersama keluarga beliau..

Tak tahu la nak ckp ape, walopun aq hanye berkesempatan jumpe beliau dua kali je, tp rase sedih sangat sebab beliau ni baik sangat2x. Hebatnya ujian Allah..

Brother Mas Afzal

Berkesempatan sembg dgn dr MA time jamuan BBQ Muscom di kolej. Perjumpaan yg sgt2 singkat. Waktu ni beliau dah dapat dokte dah.

Waktu bertemu dgn die, aku memang tak tahu ape2 pasal penyakit die.. Berbual biase je dan Allah memg kurniakan beliau bakat bercakap yg sangat hebat.. Tatkala bangun dari tidur pagi td, ade senior bg link video ucapan terkhir beliau di sheffield.. Tak dapat nak menahan kesedihan melihat video ni. Air mata yg jatuh walopun aku tiade kaitan pun dgn beliau melainkan seorg saudare Islam. Inilah Ikatan Ukhwah aq rase..

http://www.youtube.com/watch?v=QtfMyEHJsn4

Ya Allah, semoge beliau dimasukkan ke syurga dan kekal di dalamnya, Walopun ujian hebat datang kepada beliau, beliau tetap utuh taat kepadamu..

Jikalau dulu, Tatkala bulan Ramadhan 2008, seorang senior perempuan SEMESTI, tua setahun je dari aku meninggal dunia kerana cancer kulit. Seorg yg aktif, nakal dan lincah sewaktu di sekolah, namun Allah tarik nyawa Allahyarham tatkala pade umur yg sangat mude..

Sewaktu sampai di UK, sekali lagi dengar perkhabaran dari Malaysia tentg seorg senior SEMESTI, lelaki, meninggal dunia kerana cancer paru2. Sekali lagi tua sekali je daripada aq, Dorm pn dekat Blok A depan je sikit dgn dorm aku.

Yg paling tragis sewaktu di Uk ialah berita tentg arwah saudare Ariff. Baru je menikah 4 jam, baru grad dr Nottingham. Ni gambar brother ariff..

arwah(2 dari kiri) ketika bersama Dr Asri Zainal Abidin


Jikalau dilihat mereka ni meninggal dunia dlm usia yg sangat muda. Dan ade yg baru lepas SPM. Brgkali sedang belajar di Univesiti, dan ade yg baru grad dan bergelar doktor.. Dan apekah harga segulung Ijazah, sekiranya anda tahu anda akan mati esok? Hari ini kita sibuk mengejar pelbagai cite2 tanpa sikit pun memikirkan tentg mati. Tidak pernah sikit pun berfikir ape bekalan yg dapat kite bawak kalau kite mati esok.. Kerana kite yakin kita tak akan mati esok.

Bekerja dan belajar amat perlu untuk kita hidup di dunia ini, tetapi jangan sesekali kite lupe ade satu dunia yg kekal abadi menanti kita kelak. Cube latih diri, keluarga dan anak2 kite bahawa mati itu boleh datang bile2 mase saje.. Mudah2an mereka beroleh manfaat.
InsyaALLAH

Belajar adelah Ibadah, dan pahalanye boleh dibawa sampai mati.

No comments:

Post a Comment