Tuesday, 28 February 2012

Terbantut

Bismillah..

Sebenarnya, hujung minggu yang lalu aku bercadang nak ke Sheffield tengok pertandingan nasyid. Aku menjangkakan elaun akan masuk minggu lepas. Tapi sayang.......... akhirnya, berkurunglah aku di Leicester. Kemas bilik, basuh baju, basuh tandas.. sabor jela

Pelik gak KPM ni kalau buat hal. Ni memang dah hujung bulan habis dah ni. Aduih..

Hujung minggu ni cadang nak ke Cardiff sebab ada program SIMPLE yang menampilkan brother shahkirit. Ingatkan dah bolehlah beli tiket ke sana hari ni. Bukan apa, tiket train die ni kalau beli lambat-lambat memang mahal sungguh. Esok 29 february, kalau tak dapat gak memang pening gak kepala. Dan mungkin hujung minggu aku terbantut lagi.

Walaupun duit takdak, makan tetap mantop!! Cuma takde lah nak makan luar.
kalau terbantut gak plan minggu ni memang takde gambar lagila gamaknya blog ni..

Sekian dari syuib0809

Friday, 24 February 2012

Alhamdulillah.... Terus Melangkah

Bismillah..

Alhamdulillah... alhamdulillah.. ALHAMDULILLAH
Lepas makan malam dengan budak rumah tadi, aku dapat mesej dari ferd: "wey cek result...". Aku yang baru lepas ambik wuduk nak solat isyak terpaksa bukak teruih blackboard. Giler apa nak sembahyang dulu. Memang kompem fikiran melayang-layang meneka macamne la result aku agaknya. Dah lah ini yang paling aku tak yakin. Lepas masukkan username and password semua, aku pun bukak MA Mark 3/4 dan terpampanglah result semester lepas.

Alhamdulillah, semuanya lepas. Dan memang ranking yang mana paling bagus dan paling teruk tepat seperti sangkaan aku.
Paling baguih: Generalized Linear Model(statistics)
Sedang-sedang: Complex Analysis (pure Maths)
Paling rendah: Acturial Maths (applications)

Sekarang, aku boleh fokus kepada semester terakhir aku yang dan mencecah umur 4 minggu. Nampak macam lebih tenang subjek kali ni, tapi tak pastilah penghujungnya macamne. Subjek2 yang menjadi pujaan hati ialah:

Operational Research: (application Maths)
Cikgunya:
Olga Lukina. Cikgu paling lawa pernah aku ada. tapi, kelas die sangat ZzZz.. Kesian aku tengok die sebab budak tak respect

Ivan Tyukin. Pernah mengajar aku sebelum ni subjek calculus. Sangat best. Ramai ambik subjek ni sebab die.

Number theory: (pure Maths)
Cikgunya: Frank Neuman

Cikgu kegemaran kami waktu first year. Kelas kompem semua student senyap. Sbb tak larat nak tulis nota die.

Mathematics Equations Of Physics: ( tak taulah kategori apa)
Cikgunya: Prof Nakolai Brilliantov

Ni gambar waktu muda yang aku jumpa kat internet. First time mengajar aku jadi tak leh komen sangat. Baik dan tegas.

Walaupun aku lepas, tapi sedih gak biler dapat berita seorang rakan medic aku terpaksa ulang tahun dan ade gak budak kelas aku yg fail paper. Nak wat macamne kan, memang takde rezeki. Apepun, Alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku ke tahun akhir ni. Dua orang budak rumah aku, Naufal dan Izwan plak bakal berhadapan dengan exam paling besar diorang dua minggu lagi. Yang ni memang penting gile la.

Buatlah yang terbaik dan kemudian mintalah daripada Allah S.W.T.

Sekian dari syuib0809

Monday, 20 February 2012

Susu

Bismillah..

Beberapa minggu ni, aku tetibe berminat nak makan cereal bersama susu. Dah nak masuk tiga tahun berada di sini, tak pernah plak aku ade musim nak makan cereal ni walaupun makanan ni sangat2 murah kat sini. Pernah la dulu, makan yang murah-murah punye, sekotak 1 pound. Susu kat sini plak memang sangat murah. Dan kemurahannya mengalahkan air mineral. Tapi lepas tu memang aku stop makan. Aku rasa macam takde effect kat perut, jadi aku lebih suke pagi-pagi isi perut aku dgn nasi.

Pagi tadi, aku teringin nak makan cereal dgn susu. Duk bukak peti sejuk, tengok2 dah habis. Xpela, balun nasik jela. Balik dari kelas, singgahlah kejap morrison beli susu. Masuk je rumah, Izwan nampak aku bawak susu tu and then teruih menjerit "kenapa ko beli susu, kenapa?".. Rupe2nye die dah beli satu sebesar 4 pint. Aku plak pi beli 6 pint.. Dah lah susu ni minuman tak tahan lama. Paling lama pun seminggu.. Sabo jela.

Mari berkenalan dengan susu. Yang wana biru adelah susu paling berlemak. Hijau plak kurang sikit, dan merah memang kurang giler2 lemak die. tak pernah aku beli merah tu.

Tetibe tadi Naufal balik rumah menjerit sambil bukak peti sejuk, "Sapa plak beli susu ni!!!"..
Tengok kat tangan die, satu lagi whole milk 4 pint. Beli kat ASDA.. Duih.. Sekarang ni tengoklah sapa yang nak menghabiskan susu-susu tu.

Jadilah, budak rumah ni lelaki susuan. Biar kuat sikit tulang

Sekian dari syuib0809

Sunday, 19 February 2012

Ziarah Hujung Minggu Coventry

Bismillah..

Minggu ni aku baru update sekali je. Memang malas nak menulis dan tak tau apa yang ingin ditulis. Salji pun dah takdak nak turun2, jadi terbantutlah nak meneruskan sesi penggambaran di musim sejuk. Hujung minggu kali ni, aku berhajat untuk menziarahi rakan-rakan di Coventry. Lama sungguh tak datang sana. Paling akhir aku datang rasanya awal bulan 11 tahun lepas. Yelah, takdela lama sangat. Sebenarnya, ade kawan yang ajak datang makan cheesecake buatan tangan lelaki. Aduih.. Ape lagi, layanlah..

Aku bertolak semalam sekitar jam 4 petang dan sampai sana kul 6 petang macam tu. Sampai2, york dan tunggu kat train station. bersama2 aku ade kawan2 dari Nottingham yang turut serta datang menziarahi orang Coventry. Oleh kerana aku bawak basikal, aku pun mengayuh sampai ke rumah caer(syahir). Malam tu, University of warwick ade buat Malaysian Night. Oleh kerana malas nak pi majlis2 macam tu, aku pun berhajat stay kat rumah syahir je. Tapi dah dekat kul 8 malam tu, tetibe terasa sangat bohsan. jadi aku pun berkayuh dalam kesejukan malam memusing satu coventry tu. Kul 10 malam baru balik semula ke rumah syahir.

Jam 11.30, majlis cheese cake pun bermula....


Ni gambar betul, bukan ambik dari internet. York buat sampai dua, tapi kami tak sempat nak tengok macam mana die wat. Aku tak suka bahagian atas tu. lapisan bawah sekali ialah biskut oreo

Oleh kerana malam tu semua dah penat, kami pun tidoq je teruih sekitar kul 12.30 malam. Turut berada kat rumah york malam tu ialah Neo wei Sheng, kawan aku kat kolej. Keesokan paginya, kami semua menyerbu dapur membuat cekodok bawang sambil bersembang2 dan menguji bakat menyanyi. haha.. sabo jela biler jumpe kawan sekepala ni.. Lepas siap buat cekodok yang masin tu, kami sarapan sama2 kat ruang tamu dengan membuat satu lagi aktivti yang merepek.. DEBATE!!

Tajuk debate:
1)Muslimat yang bekerja sebagai cikgu adalah lebih laku berbanding muslimat yang bekerja sebagai doktor..
Keputusan: Majoriti menyokong tajuk ini..

2)Berapakah umur yang ideal dan sepatutnya remaja Islam berkahwin? Mengapa?
Keputusan: tak boleh bagitau.

Habis berbahas kul 11 tgh hari dan kemudian kami bersiap-siap untuk pergi ke town makan tengah hari. Sebelum tu, teman Faiz Notts shopping2 kat IKEA. Minat giler die ni shopping beli alat2 buat kek. memang pandai buat kek pun. Die habis dalam 30pound manakala aku memang tak beli apa2. lepas solat, kami terus ke kedai makan kurdish bernama Dunya. Nilah makanan die:

penuh giler meja ni. 7 orang satu meja.

macam biasa la menu kurdish ni. takde apa yang special. nasi briyani die tak sedap sangat, rasa banyak kunyit. pelik gak pehal buh kunyit

Lepas makan dan sembang-sembang. Kami akhirnya menuju ke train station untuk pulang ke destinasi masing2. Oleh kerana perjalanan yang dilalui oleh orang notts akan singgah kat leicester, aku pun ikut je sekali rombongan orang notts ni. Kami akhirnya berpisah di Leicester. Apepun, terima kasih orang2 coventy terutamanya york dan syahir atas layanan yang diberikan. Semoga Ukhwah ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Moga Allah meredhai pertemuan dan perpisahan ini..


Sekian dari syuib0809

Tuesday, 14 February 2012

Valentine's Day.. tuihh

Bismillah

Hari ni valentine's day. Hari yang tak pernah lansung penting dalam sejarah hidup aku. Malah rasanya tak pernah lansung aku buat apa-apa "special/pelik" waktu tarikh ni. Teringat rakan-rakan ketika sekolah yang sibuk meraikan hari ni. Coklat tobleron antara hadiah lazim yang akan diberikan oleh kawan lelaki sebagai tanda cinta yang dilaknat oleh para Malaikat kepada si perempuan. Aku dan rakan2 yang "anti pempuan" gelak je tengok diorang ni. Last2 habis sekolah, masing2 yg bercouple dah ade pasangan lain. Wat habis duit bodoh macam tu je.. Maaf, post keras sikit hari ni.

Hari ni, kelas aku habis jam 6 petang. Macam biasalah, keluar-keluar kelas dah gelap gelita. Perut plak lapar gile. Balik2 naufal dah habis masak ayam masak kicap, alhamdulillah. Sambil makan, duk dengar video ceramah dari Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. MashaAllah, memang feberet giler sebab ustaz TITM memang suka bercerita kisah2 nabi dan sahabat. Mengenali kekasih hati bernama Muhammad sangat menyeronokkan.. Antara kisah yang dibawakan ialah kisah musyawarah nabi, kisah nabi dapat makanan kambing bakar dan beri kepada abu hurairah, macam2 lagi..

Lepas tu, nengok plak crite fuss in boots.. biasalah orang ada projector Pawagam free di rumah. Hehe


Tu jelah cerita di 14th february 2012. Cadangnya nak kluar nengok macamne lah sambutan valentine's day di UK ni. Tapi entah, malas giler nak keluar dari rumah sejak salji hari tu.. Apepun, hentikanlah sambut valentine's day ni walaupun tak berzina. Ustaz TITM kata, cara nak elak buat bende haram, kene jaga daripada wat benda makruh dulu. Sekurang-kurangnya kita ade dua pagar, baru selamat.

Penat..

Gambar kenang-kenangan bersama seorang sahabat.

Sekian dari syuib089

Tuesday, 7 February 2012

Tak Ada Masa membaca?

Bismillah..

Tiada apa nak dikongsikan sangat. Salji pun sudah mencair dan tak turun-turun balik setakat ni. Tapi cuaca masih sejuk kat luar. Isnin dan selasa kelas aku habis kul 6 petang. keluar je kelas dah gelap gelita. Seronok gak sebab rasa macam cerita korea plak balik malam2 dengan asap di mulut. Yelah, dulu memang selalu tengok cerita macam tu berbanding cerita org putih. Lebih sopan..

Baru ni ada seorang abang dari London berkongsi pengalaman dengan aku dan rakan2. Sebab kami diberikan tugas untuk membaca buku "State In Islam" tapi semua tak terbaca dgn alasan "takde masa". Jadi, beliau bagitaulah macamne die yang keluar pergi dua negara pun sempat baca, pelik kami undergrad yang punye banyak masa lapang takde masa.

Tadi, aku terjumpa video Ustaz azhar ni di youtube. Kenapa agaknya sangat sikit masa yang kita nak luangkan untuk Allah S.W.T?



Lampu cerah, tapi takde masa nak baca Quran.
Air banyak, tapi takleh tidur dalam keadaan wuduk.
Ade ipad, tapi tak rasa mudah nak membaca..


Sekian dari syuib0809