Bismillah.
Dua minggu ini, sibuknya bukan calang-calang. Dilantik menjadi pengarah modul MLC yang bakal berlansung minggu depan. Walaupun buat di KL, orang penang yang kena lantik. KU matematik minta untuk uruskan photoshoot pensyarah, sebab perlukan gambar carta organisasi. Tangkap gambar memang cepat, nak edit tu yang mashaAllah. Minggu lepas juga disibukkan menghias pentas untuk majlis anugerah kokurikulum kolej. Hampir setiap malam, balik pukul 11.00 malam.
Tidak cukup dengan itu, setiap malam ada sahaja urusan untuk dimesyuaratkan. Sesi yang bakal berakhir, perancangan untuk jamuan wida' sudahpun dimulakan. Oleh kerana tiada jamuan memori, maka aku mengfokuskan jamuan ini agar mereka kelihatan benar-benar diraikan. Menunya bukan calang-calang. Semalam juga, berlansungnya MIAW 2.0 iaitu singkatan kepada Malam Illustrasi Aspirasi Wanita anjuran muslimat ANC. Tahun lepas adalah kali pertama ia diperkenalkan bagi menggantikan jenama ladies night mahupun lailatunnisa' yang agak tipikal buat badan dakwah. Biarlah ANC punya brandnya tersendiri.
MIAW kali ni ajak daei Afiqah. Sepatutnya jemput waktu MEMORI lepas. Oklah, orang muda
Keberanian kudou(Anis Afiqah) dan teamnya kali ini ialah memilih untuk menggunakan Dewan Besar kolej walaupun sedia maklum akan kebenaran bermalam di rumah hujung minggu tersebut. Aku sendiri sejujurnya menjangkakan tidak ramai yang akan hadir. Kerana itu, kami menyusun strategi agar hadiah cabutan bertuah di"UNIK"kan. Menarik MIAW kali ini hadiah cabutan bertuahnya ialah Iphone 4S, Drone, GoPro dan earphone. Melihat gambar, bilangan muslimat yang hadir agak ramai. Tahniah. Cuma yang tak syoknya diorang habis MiAW pukul 1 pagi. Mintak2lah takde isu. Penat nak menjawap nanti.
Ada pertandingan band, futsal, galah panjang, fashion show dan macam2 lagi. Ni contoh band takde alat muzik. Apakah
Persembahan nasyid. Bawak lagu isthikarah cinta, cerita hati dan yang terakhir aku tak tau. Rasanya ini memori terakhir aku bersama 3 otang tua PDT tu. Walaubagaimanapun, percussion dengan suara lari habis.
Lawa.
Mereka yang terlibat dalam dakwah, pasti punya matlamat untuk meluaskan circle of influence agar yang bersama-sama dengan Islam itu bertambah jumlahnya. Jika tidak menjadi pendokong, menjadi penyokong sahaja sudah memadai. Apatah lagi ketika mana Islam dihina dan diuji dari segenap penjuru. Perjalanan ANC yang bermula dengan baik, aku melihat banyak wajah-wajah baru yang seronok untuk turut serta dalam program-program ANC. Sama ada menjadi peserta, AJK mahupun penyibuk semata-mata, aku melihat ia perkembangan baik agar anak-anak muda ini berjinak dengan kerja2 Islam.
Cuma sayangnya, mereka-mereka ini tidak "diikat" dengan baik. Untuk mengikat mereka, banyak nama yang aku cadangkan untuk diambik perhatian. Dan menariknya, mengatakan mereka ini "baik" sahaja tidak cukup untuk menarik perhatian si pendakwah. Kau perlu tambah, "ala, yang cantik/lawa itu". InshaAllah pendakwah2 itu berusaha mencari mad'u berpotensi tersebut.
Sudah 5 tahun, aku punya banyak "anak buah" yang cantik dan lawa. Sungguh, Allah itu maha Adil. Tahun ini sahaja, aku lihat ada yang cantik, tapi mulutnya sangat-sangat dahsyat. Menjerit sahaja kerja. Ada yang comel, tapi kuat benar tidurnya. Nak bangun pagi punyalah susah. Yang sedap mata memandang, tetapi asyik gigit kuku je kerja. Hahaha. Malah aku pernah jumpa yang kelihatan sangat solehah, tetapi sangat kuat permusuhannya, apatah lagi bila terasa pengaruhnya terancam.
Awal sesi time ALC
Hujung sesi time MIAw 2.0
Anak-anak dara ini, belum pernah aku jumpa yang sempurna. Jika cantik, banyak kerenahnya. Jika cerdik, banyak jerawat di pipinya. Namun sifat mereka, sentiasa mencari kesempurnaan orang sekelilingnya. Kerana itu,mereka kerap berpecah belah dan berpuak-puak. Hanya yang punya hati bersih sahaja mampu menerima kelemahan teman di sisi. Ia sifat yang perlu dilatih, kerana ia sifat asing khusus buat mereka yang rindu akan bau syurga.
Intan, Zulfa, Qasdina, Aqilah, Nurdina, Zulaikha, Aini dan Akmal. Aku menulis dan menyimpan gambar bukan untuk sekarang. Tetapi untuk 10 tahun yang akan datang. Batch pertama pun dah banyak lupa nama, apatah lagi si pertengahan yang belum cukup rapat dengan aku
Kalendar yang ada, sudah sampai akhirnya. Selain bunga merah putih, MIAW ini juga penjadi petanda semulajadinya. Mudah-mudahan ingatan yang kecil ini mengajar kalian tentang manusia. Yang memerlukan manusia tidak sempurna memahami ketidaksempurnaan manusia disekelilingnya. Hanya dengan itu, Ukhwah yang kerana Allah itu mampu kekal hingga ke hujung cerita hati.
Kalau esok engkau merindu
Memori yang ada kau buat lagu
Biarpun nanti kau lupa nama
Irama kau dengar kan putar cerita
Detik manisnya kau duduk bersama
Dibawah anjung, manjero tua
Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia
ke alam syurga
Mudah-mudahan ini melodi yang mengingatkan
Sekian dari Syuib0809
haha..takpa cg suara & percussion lari.mcm cg kata kalau tak try bila nak retinya..hehe
ReplyDelete