Wednesday, 27 February 2019

Hujung minggu OKU

Bismillah.

Hujung minggu baru ni, berehlah di Bukit Merah, Gunung Semanggol. Rasanya kali terakhir ke sana ialah berbelas-belas tahun yang lalu. Saja mahu mencipta beberapa kenangan, sebelum sesi ni berakhir lebih kurang satu bulan lagi. Sejujurnya, aku kurang kenangan dengan mereka. Masa sedikit yang masih berbaki ini, biarlah ada sesuatu untuk diingat kelak.

Di bukit merah, buat kali pertamanya aku menggunakan "kelebihan" sebagai OKU. Budak2 yang masih bergelar pelajar ini semuanya kena bayar rm40 untuk tiket. Manakala aku, si OKU kena bayar rm20. Menarik juga menjadi OKU ni. Selain boleh berhenti impian mencari jodoh, boleh dapat macam-macam benda murah. Huhu

Tak nak tulis banyak, tengok gambar jelah ye.

Cuma si Aqilah buat hal, semua gambar asal dah terdelete tanpa simpanan. Hanya tinggal kualiti whatsapp yang tidak berkualiti je.

Muslimin batch ni hampir semuanya punya perwatakan yang sangat berbeza. Yang nakal, yg skema, yg kuat agama, yg lembut, yang minat hiburan semuanya berjaya disatukan. Dan batch ni memang nampak "besar".


Anak2 dara 

Masuk waterpark pakai stokin. Bukan biasa2 ye

Kosong sungguh bukit merah ni. Fasiliti banyak tutup. Tapi best takde orang. Rasa exclusive


Berusrah santai dari 12.30 sampai 2 petang. Berendam kat kolam renang kanak-kanak



Muda. Usia yang Allah anugerahkan sifat berani dan suka mencuba sesuatu yang baru. Kerana itu, banyak salah berbanding betulnya. Yang salah itu betulkan sahaja. Usah dibunuh sifat berani dan ingin mencubanya. Khuatir mandul semangat juangnya hingga ke tua

Sekian dari Syuib0809


3 comments: