Sunday, 3 February 2019

Sentiasa bersama

Bismillah.

أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهَرًا بِبَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ فِيهِ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسًا مَا تَقُولُ ذَلِكَ يُبْقِي مِنْ دَرَنِهِ قَالُوا لَا يُبْقِي مِنْ دَرَنِهِ شَيْئًا قَالَ فَذَلِكَ مِثْلُ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا
Maksudnya :” Adakah kalian melihat kalaulah di hadapan pintu salah seorang dari kalian ada sungai yang mana dia mandi di dalamnya pada setiap hari 5 kali. Apa pandangan kamu. Adakah berbaki kotoran. Para sahabat menjawab :tidak berbaki kotoran padanya. Begitulah umpama bagi solat 5 waktu Allah swt menghapuskan dosa dengannya.”


Mandimu bukan kerana engkau kotor, wangianmu bukan kerana engkau busuk, bedakmu bukan kerana engkau hodoh. Tetapi segalanya menjadi rutin agar engkau sentiasa berada dalam keadaan terbaik, membaikkan dan menghidupkan persekitaran yang baik

Engkau adalah apa yang engkau nampak. Sejarah perjuangan Rasululullah sentiasa punya musuh. Semakin menang engkau, semakin hebat musuhmu. Kegagalan mengenali musuhmu, hanya menjadikan engkau musuh kepada dirimu sendiri.

Kerana itu juga, perjuangan engkau berteman, bersama-sama dan berjemaah

Agar apabila engkau berseorangan kelak, engkau tidak memusuhi semua yang pernah engkau perjuangkan. 

Dan engkau sentiasa rasa bersama, setelah engkau pergi tersangat jauh di sana.

Juga agar engkau tidak bosan kembali, bertemu berkali-kali, dengan mereka yang tidak punya pertalian darah dengan dirimu.

Cukuplah engkau dihubungkan oleh tali Allah.

Dan berpeganglah kalian semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kalian berceraiberai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kalian ketika kalian dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati kalian, lalu menjadilah kalian, karena nikmat Allah,orang-orang yang bersaudara; dan kalian telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kalian daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kalian, agar kalian memperoleh petunjuk.” (Aali ‘IMran




Supaya kalian sentiasa bersama, setia selama-lamanya.

Sekian dari Syuib0809.


No comments:

Post a Comment