Semalam pergi derma darah. Lama tak derma, kali terakhir adalah pada tahun 2014. Entah sebab apa, selalu bila pihak hospital datang ke kolej, aku pasti takde. Maka, sempena program sparxfest anjuran JPP ni, aku mengambil peluang untuk menyumbang. Tengok kembali buku merah yang berhabuk, aku lupa darah aku jenis A. Biasa-biasa sahaja jenisnya. Cuma yang luar biasanya bacaan tekanan darahnya.
104/140
Next.... 103/137
3, 4 kali ulang, akhirnya doktor lepaskan gak untuk derma.
Cerita kat budak2 ni. Si adam tembam tetiba berfirasat
"Cikgu banyak sangat fikir pasal ANC ni..."
Sindrom:
Aku sejak muda ada sindrom yang sedikit pelik. Entah bermanfaat atau tidak, aku pun tak pasti. Setiap kali bangun pagi, lepas asar dan lepas maghrib mesti akan tanya soalan ni pada diri:
"Izuan, ingat tak nak buat apa hari ni.."
"Izuan, kau ada lupa something nak buat ni. Cuba ingat balik"
"Izuan, hang mesti buat sesuatu hari ni..."
Banyak perkara yang aku fikirkan. Dari sekecil2 benda sampailah sebesar2 perkara walaupun masih belum berumah tangga. Menguruskan rumah yang ada dua, mengurus program, mengurus pdp, mengurus masalah dan macam-macam lagi yang sepatutnya bukan masalah pun. Jika tidak punya kerja maka aku akan mencari kerja ataupun sesuatu untuk dipelajari. Yang terbaru, belajar kembali dan bereksperimen dengan controller lighting yang baru. Jika tidak punya apa juga, akan mengarahkan akal dn tangan untuk design sesuatu yang bermanfaat.
Baru-baru ni design poster untuk ustazah ni. Seronok design ni ialah melatih kreativiti dn otak untuk berfikir.
Belajar berkarya dengan dmx controller. Orang biasa dmx pun tak tau apa benda.
Badan dakwah yang Mandul.
Ketika dimasukkan dalam MUSCOM 11 tahun yang lalu, kami semua diajar untuk melihat masalah di kolej, kenal pasti punca masalah, mencadangkan penyelesaian dan kemudian menggerakkannya. Ruang bertemu sebentar selepas maghrib, kami bersembang santai tentang masalah yang mendapat perhatian bersama. Bawa ke mesyuarat badan dakwah dan kemudian merangka gerak kerja. Masalahnya tidak semestinya besar. Kami pernah fikir macammana nak bagi semua yang bersukan supaya pulang awal dan bersiap sedia untuk solat maghrib. Menyusun susunan meja di dewan makan bagi mengurangkan pergaulan bebas dan macam-macam lagi. Bukan saiz masalah yang menjadi keutamaan, cukuplah setakat peka dan proaktif menyelesaikan masalah sekeliling, itu kunci utamanya.
ANC kali ini semakin hampir dengan simptom2 badan dakwah yang mandul. Antara simptomnya ialah sekadar aktif apabila ada perayaan2 Islam, kenduri, bacaan yassin, dan mahu dekat dengan peperiksaan. Tidak ubah seperti ajk surau taman perumahan. Simptom lainnya sudah pasti apabila bergerak apabila hanya digerakkan dan beroleh arahan dari guru2 penasihat. Tak paksa, maka tak jalan. Simptom terakhirnya sudah pasti adalah kehadiran ke ceramah2 agama hanya diwakili oleh muka-muka sama. Atau lebih teruk lagi apabila jumlahnya berkurangan. Ketika aku menjadi MUSCOM, kami diwajibkan untuk membawa 2 orang kawan jika ada program apa-apa. Berebut ketika tu nak bawak sapa. Jika memakai strategi yang sama, ANC kali ini yang muslimatnya melebihi 50 orang, pasti boleh mendapat 150 orang daripada 1500 untuk setiap program yang dijalankan. Tetapi sangat mengecewakan, Rhaudatul Iman yang dijalankan setiap hari jumaat menerima kehadiran yang boleh dibilang dengan jari sahaja.
Lebih mengecewakan, ANC kelihatan sekadar bersenang lenang dengan kehadiran sebegitu. Cyclo ohana memang dah mansuh. Celik ngaji entah ke mana. Maka, entah "dakwah" apa yang melayakkan mereka bergelar badan dakwah. Sedih, itulah realiti badan dakwah yang dimandulkan. Aku tidaklah mengharapkan masing2 punya darah tinggi seperti aku, cukuplah rangka dan aturkan langkah yang lebih drastik berbanding sebelum2 ini.
Antara batch yang banyak ahli pemikir. Aku takde pun, relaks je gerak. Nak join rehlah diorg sekali kena jadi felo hari ni.
Pembebasan Muslimat.
Petang tadi aku meronda. Oh, dah dua bulan aku jadi Felo kembali. Ceritanya minggu ini, berlansungnya sparxfest anjuran JPP. Di kawasan padang astaka, kelihatan anak-anak gadis muslim yang berpakaian putih, melontar debu-debu bewarna pada tubuh badan, bersama dengan pemuda-pemuda muslim tanpa batas yang membawa ke syurga. Sementara muzik-muzik pop latar dimainkan bagi menambah keseronokan yang tidak ubah suasananya seperti di kelab-kelab malam. Ia kejayaaan sebuah pembebasan muslimat dari dibelenggu ikatan agamanya. Dan ia tidak memerlukan yahudi dan nasrani untuk menggerakkannya. Cukuplah muslim yang menjadi penganjurnya.
Apabila sistem khalifah jatuh diturki. Maka kamal artartuk dan sekutunya memulakan gerakan sekuralism dengan membebaskan wanita-wanita turki. Tudung tidak boleh dipakai, dan anak-anak gadis dipisahkan dari peraturan-peraturan agama yang kelihatan mengongkong mereka. Antara tradisi yang cuba dipadamkan ialah dengan memisahkan anak-anak gadis dari jagaan wali2 mereka. Bagi yang belum tahu, Turki punyai tradisi apabila anak gadis melanjutkan pelajaran dan berpindah ke suatu tempat, mereka akan ditemani abang/ayah/adik lelaki untuk menjaga mereka di sana. Sayangnya, ia sudah tiada. Hanya minoriti kecil yang masih mengamalkannya.
Entah kenapa beberapa hari lalu, aku menulis ini:
Cantik gadis ini
Bila kau lihat kau tidak nampak
Tersorok manis dibalik tingkap
Bukan kain yang menjadi niqab
Tapi hati yang menjadi hijab
Penanda rupa tak pernah serupa
Dengan manusia yang miskin adab
Benar manusia tidak sempurna
Jika cantik merong akalnya
Atau bijak sinis bahasa
Yang mahu cantik semakin gila
Yang rasa cerdik hilang agama
Keji hidup tidak berTuhan
Bayangan salatus hinaan ternakan
Nama karya ni TIN eMAS. Belum siap sepenuhnya. Bulan depan kot.
...…....
Tadi berlansungnya pertandingan bowling unit matematik. Tujuan utama ialah merapatkan ukhwah antara pensyarah matematik. Aku terperasan hampir semua pensyarah perempuan terutamanya yang masih anak dara sangat awkward/takut untuk bertegur sapa atau berjenaka dengan aku. Ia suasana pelik, yang student2 aku tak mungkin percaya bahawa aku orang yang sangat serius dan garang. Jangan terkejut, saudara mara aku yang perempuan pun takut nak tegur.
Selain prinsip menepati masa, ini prinsip yang sangat aku jaga kemana-mana sahaja aku pergi. Hinggakan jiran depan rumah yang berstatus anak dara pun takut dan tak pernah bertegur sapa dengan aku. Pelik kan. Ramai warga kolej yang menganggap aku sangat keras. Dulu pernah dituduh join almaunah oleh pihak pentadbiran. Student yang lihat diri gila-gila pun tak percaya. Namun kini semua boleh menerima. Ia prinsip. Orang yang kekal dengan prinsip, sepelik mana pun prinsipnya pasti akan dipercayai manusia.
Yang sibuk menggadai prinsip untuk mengejar redha manusia, tunggulah. Kelak, manusia pun akan hilang redha kepadanya.
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment