Sunday, 13 January 2019

Street dakwah 2019: ASET

Bismillah.

Semalam, telah berlansungnya street dakwah bertajuk Tangisan Uighur yang dianjurkan oleh anc. Sempena dengan program ni, aku mengkaji perjalanan cuaca yang tidak menentu. Sebab street dakwah ini dibuat outdoor, iaitu di kawasan perkarangan hadapan kooperasi kolej. Maka, cuaca sudah tentu memberikan kesan yang besar pada perjalanan majlis. Selasa hujan, rabu panas, khamis hujan lebat, jumaat panas tanpa hujan. Maka cuaca selang seli itu memberi pembayang besar bahawa hari program ini berlansung kelak pasti akan hujan. Setelah berabad tak tengok ramalan cuaca, maka aku  kembali menyemak akibat kerisauan yang melampau.

Forecast semalam. Hujan lebat diramal turun petang tersebut.


Tepat ramalan, memang hujan. Tetapi hujannya malu-malu untuk turun tidak seperti yang diramal. Awan yang hadir semuanya putih menutup mentari, menyebabkan persiapan street dakwah itu dingin sahaja tanpa kelibat awan kelabu. "Mengugut" dua Anis, PIC yang aku lantik sendiri itu dengan yakinnya berkata "InshaAllah, tak hujan cikgu...". Dan keajaiban pada pandangan aku, apabila panas yang diharap kekal sampai ke malam, disinggahi butir-butir air yang merintihkan hati. Dahsyat, rupa-rupanya Allah mahu hadiahkan pelangi, buat mereka-mereka yang sedang berpenat lelah untuk ummah.

Jarang mahu kelihatan pelangi sebegini. Siapa yg hadir semalam pasti seronok menyaksikan betapa cantiknya pelangi yang muncul. Indah hidup berTuhan, pabila menyandarkan semua yang berlaku keranaNya.

Full pelangi. Intan oh intan

Kali pertama street dakwah ini diadakan ialah pada march 2017. Waktu tu first time beli lighting. Batch seterusnya menyambung "adat" streetdakwah ini pada oktober 2017. Bersambung untuk tanzim sesi ini, program streetdakwah ini asyik tertangguh sahaja. Jadi, tahun 2018 memang takde street dakwah. Oleh kerana nampak macam dah takde harapan, aku sendiri melantik pic dikalangan bukan anc, atau lebih tepatnya dari kalangan Ikon Remaja Islam memori. Si anis ni ada Aura. entah apa auranya, tapi memang hebat orangnya.

Naib juara IRI. Aku explain semua dekat 3 anis. Anis Suhaini, Anis Afiqah dan Anis Hannan. Pandai2lah diorang gerakkan lelaki diorg.


Sambutan malam tadi. Berbanding streetdakwah sebelum2 ini, bagi aku ini sambutan paling dahsyat. Dan pertama kalinya, ada mesej yang betul2 nak disampaikan. Before2 ni tepuk dahi. Merapu sungguh.


ASET ANC.

Untuk streetdakwah kali ini, hampir semua aset ANC digunakan. Semua aset2 yang gagal dimanfaatkan untuk memori lalu, kembali digerakkan agar semua ahli anc sedar macam mana nak guna aset2 mereka yang bernilai ribuan ringgit ni. Ia aset yang tidak pernah dirasai generasi sebelum ini. Malah, tipikal badan dakwah tidak punya impian untuk memilikinya. Maka malam itu, aku punya azam untuk mempersembahkan kepada masyarakat yang fobia kepada badan dakwah, bahawa kerja budak berkopiah dan bertudung labuh ini jauh lebih moden dari manusia yang mengaku moden dengan acuan barat.

Persiapan pentas yang bermula dari zohor. Aset terbaru ANC paling fresh ialah bunga2 tu. Tak larat dah nak mengemis bunga oren dari JPP. Abaikan budak pendek tepi tu. Tetiba menyibuk


Kesempitan yang dilalui generasi awal, alumni terdahulunya banyak meninggalkan sampah berbanding aset. Lalu, generasi-generasi kemudiannya mula mengumpul aset untuk adik-adik. Tujuan utama sudah pasti agar badan dakwah yang kerap diperangi ini boleh berdikari dengan harta sendiri. Tidak meminta-minta dan tunduk pada harta orang yang membenci kerja2 islam mereka. Aku pula, menggunakan aset-aset badan dakwah ini untuk mengurangkan tekanan pihak kolej ke atas mereka. Sebab itu jika ada event kolej, aku sangat menggalakkan kemudahan-kemudahan anc ini digerakkan, sebagai strategi yang menguntungkan gerak kerja mereka kelak.

Pemandangan yang belum pernah dirasai generasi ANC sebelum ini. Akhirnya, diorg nampak kegunaan truss tersebut. Ada asap lagi cantik

Speaker 6 biji, projector, mesin asap, mesin buih, skydancer, lighting, partition, bunga, truss, memang semuanya dikeluarkan dari stor untuk menunjukkan kekuatan anc. Tapi memang penat nak pasang dan kemas.

Mesin buih yg tergantung kat atas kepala abang baju hijau. Org2 depan tu sekadar hiasan.


Cuma, aset2 yang hebat ini kerap kali keliru siapa tuannya. Ahli2 ANC yang beroleh kesenangan hasil kepayahan generasi sebelum2 ini mula melayan aset ANC sebagai aset peribadi. Main ambik sahaja barang ANC untuk kegunaan peribadi, kegunaan praktikum(kelas) dan kegunaan kelab yang tiada kena mengena dengan badan dakwah itu. Bila barang rosak dan hilang, masing-masing buat tak tahu. Tanpa SOP yang jelas apatah lagi menjelang jamuan2 praktikum akhir sesi ini, aku meyakini satu-persatu akan disalah guna dan hilang tanpa dapat dikesan.

Kerana itu, aku menyimpan kembali aset2 peribadi aku di rumah sendiri.

ASET SENDIRI

Melihat diari yang ditulis dalam blog ini, bulan disember-januari adalah bulan dimana aku upgrade barang-barang pa dan lighting. Cuma, oleh kerana banyak duit dihabiskan untuk renovate rumah, aku mengorbankan hobi sendiri. Banyak barang PA sistem yang aku jual untuk tampung kos renovation. Bukan tak sayang, tapi barang-barang ini tersimpan tanpa aku guna. Dan kelebihan barang-barang pa sistem ini ialah nilainya tidak cepat susut. Malah, setiap barang yang aku jual hampir 90% aku jual dengan keuntungan RM100-300 berbanding harga asal. Sebab itu, ia dipanggil aset.

Speaker besar ni menjadi korban. Lama sangat tak pakai. Power mixer tepi tu pun minta adik aku jualkan. Cepat je laku. Speaker tu beli 300 lebih, jual 500.

Power amp atas tu pun dah takde. Tinggal bawah saja. Dua-dua jarang guna. Dari simpan, baik jual pada orang yang memerlukan


Oleh kerana next proses renovation adalah pada bulan lima, aku mengambil kesempatan menambah baik barangan sedia ada. Program streetdakwah ini menambah lagi sebab untuk aku upgrade kerana kali ini akan pasang 6 speaker buat pertama kalinya. Natijahnya, tiga buah power mixer dengan design terkini berjaya dijadikan hak milik. Hahaha. Habis duit gitu je.

Lawakan warna dan design dia. Bukan setakat tu, sangat canggih.

Ni power mixer untuk menggantikan power mixer yang adik aku jual. Mula tak percaya power mixer ada sekecil ni. Tapi power kuat ooo. Sangat ringan. Digunakan utk alat muzik malam street dakwah.


Streetdakwah Uighur ini adalah event terakhir untuk ANC sesi ini. Ia event terakhir yang aku gerakkan dan atur perancangannya untuk mereka. Selebihnya jika mereka mahu, mereka sendiri yang perlu putuskan, gerakkan dan bentuk tanzim yang baik. Tiada lagi "push" dari pensyarah tua ini. Masih ada 2-3 program yang sepatutnya mereka rancang. Tapi kalau dibiarkan sambil lewa, maka sangat pasti streetdakwah ini adalah program yang terkahir. Aset-aset mereka sedia ada sudah cukup untuk mereka gerakkan tanpa perlu meminjam barang aku lagi. Hampir semua barang-barang yang tersimpan dalam bilik kafa sudah aku "pindahkan" hak milik kepada mereka. Masih berbaki beberapa lagi barang yang aku biarkan dahulu untuk memudahkan urusan mereka. Mudah-mudahan dipermudahkan.

Tahniah semua atas kejayaan program streetdakwah ini.
Harap beroleh sesuatu.

Time orang sibuk nak karok, time tulah baru nak ajak tangkap gambar. Tu yang comot je. Haha


Sekian dari Syuib0809



No comments:

Post a Comment