Wednesday 28 November 2018

Sabar dan Matang

Bismillah.



Pagi tadi, terjumpa kembali hadiths ini. Ketika zaman-zaman ditarbiyah dahulu, hadiths ini sentiasa dalam ingatan. Memotivasikan diri. Namun kini, entah macam mana senang benar lupa. Malah sudah lama benar tidak dikongsikan dengan manusia-manusia tentang hadiths ini.

Dalam keletihan petang tadi, hadiths ini mengingatkan aku akan zaman-zaman ANC ketika susah dahulu. Zaman aku dipanggil pihak atasan. Difitnah oleh pensyarah-pensyarah kaki surau. Hinggakan aku dan ustaz ghani tidak bertegur sapa, malah ustaz sendiri memalingkan muka kerana fitnah yang sampai kepadanya tentang aku. Dahsyat, hanya sabar yang membantu ketika itu. Walaupun kena seteruk itu, tetap aku memaksa ANC proceed dengan program-program adhoc mereka.

Zaman-zaman itu juga, ANC tidak punya satu pun aset melainkan talam2 yang digunakan untuk berbuka puasa. Tiada dana. Dan jika ada pun, disekat oleh bendahari pusat islam ketika itu. Nak beli satu microphone pun perlu kutip duit sesama ahli ANC. Buat program, senyap-senyap jangan sampai HEP tahu. Sampaikan satu hari mic surau rosak, anc juga yang dipersalahkan kerana kononnya menggunakan microphone untuk program tanpa kebenaran. Dan kemuncaknya sudah tentulah apabila kelab dakwah ini ditekan kiri dan kanan supaya dibubarkan. Nik dan rakan-rakannya mengambil keputusan untuk sabar, dan menjalinkan hubungan yang baik dengan orang-orang yang menentang itu.

Rindu plak zaman2 susah dulu. Walaupun barang sikit, semua berusaha untuk buat sehabis baik

Alat muzik daif sungguh. Haha. Lepas tu baru aku mula beli sikit2.


Jujur, MEMORI juga menerima tempias yang sama. Apabila kolej mempunyai dana yang sangat terhad, MEMORI terpaksa bergantung kepada dana pusat islam sahaja. Malah, tiada siapa yang mahu memperjuangkan dana untuk memori ini agar berjalan seperti biasa. Lebih menyedihkan, seorang ahli pusat islam mencadangkan supaya tiada lagi MEMORI, dan menyekat dana dari terus disalurkan kepada AJK memori. Kerana itu, bermula era baru MEMORI yang dirancang oleh Afiq, Amani dan rakan-rakannya. Dimana MEMORI ini sangat-sangat berbeza bentuknya berbanding ketika kolej punya peruntukan besar. Besar pahala batch tersebut, apabila pattern MEMORI yang dimulakan oleh mereka itu, diguna pakai hingga ke hari ini.



MEMORI MATANG.

Pemerhatian aku, memori sudah sampai pada tempoh matang. Walaupun zaman aku dan En. Mahfuz punya perbezaan yang ketara, aku kira segala benda sudah dipermudahkan. Dana untuk memori tahun ini, timbalan pengarah kolej sendiri yang memperjuangkannnya. Malah, ustaz ghani sendiri mengambil inisiatif menjemput artis dan menguruskannya. Anak-anak ini, sudah punya "bentuk" yang mereka boleh ikuti  berdasarkan contoh-contoh yang pernah dilakukan oleh super senior mereka sebelum ini. Malah, kehadiran trio aini, intan dan akmal sudah tersangat cukup untuk membimbing mereka.

Begitu juga dengan dana yang ditinggalkan kepada mereka. Tiada apa lagi yang mereka perlu risaukan. Aset yang ANC mula kumpulkan sejak tiga tahun dahulu, menyebabkan mereka sudah tidak perlu menghabiskan wang yang banyak lagi. Malah aku sendiri, sedang "menjual" barang-barang, agar semua yang mereka perlukan itu, menjadi milik/aset mereka selama-lamanya. Cukuplah aku sebagai penjaganya sahaja.

Penanda kematangan memori juga, tiada AJK baru yang boleh aku rintiskan seperti tahun-tahun sebelum ini. Ketika zaman amani, aku kumpulkan budak2 Irsyad diketuai oleh Azreen untuk menguruskan permainan ekspo. Zaman Nik, aku ada team Maktab Mahmud. Sesi lepas, aku tubuhkan team Dj bersama dengan junior2 semesti. Untuk memori tahun ini, semua tugas sudah terisi dengan baik. Dan seronok bila tengok semua EKIP(nama baru bagi AjK) punya sesi pertemuan khas dengan En Shaiful dan Ustaz Ghani. Tahniah.

BOSAN.

Kerisauan aku kepada anak-anak yang bersemangat ini ialah sejauh mana mereka mampu bertahan dengan kerja-kerja Islam ini. Memasuki umur 30 an, aku menyaksikan begitu ramai rakan-rakan hebat yang meninggalkan kerja-kerja sebegini kerana "kematangan" yang menjadi cerminan kepada kebosanan. Malah, ada yang sinis akan kerja-kerja tarbiyah dan usrah ini, kononnya untuk budak-budak baru nak up sahaja. Mereka yang sudah bekerjaya, bekeluarga dan punya jawatan penting tidak lagi mahu terlibat, kerana jemaah sudah menjadi "permainan" semata-mata apabila dibandingkan dengan dunia.

Dahsyat, ramai dah jadi orang besar2


Anak-anak muda yang baru ini, akan mula menyedari betapa bosannya kerja tarbiyah dan dakwah ini apabila mereka merasa diri semakin "matang" satu hari nanti. Ia proses berulang-ulang yang hanya Nabi, Rasul dan orang-orang yang diizinkan oleh Allah sahaja yang mampu bertahan. Manakala yang mula mencintai dunia kelak, akan bergelak ketawa dengan kata-kata yang mereka perjuangkan hari ini. Usrah, tarbiyah, jemaah, siyasah, haraki, ukhwah, segala-galanya bersifat sementara, buat mereka yang mudah bosan dengan akhirat, dan begitu ketagih dengan cinta yang dipaparkan untuk dunia.

Kamu semua akan melalui fasa itu. Maka, istiqamahlah.
Mudah-mudahan pena itu menulis, yang kamu akan tetap bersama.



Sekian dari Syuib0809


2 comments: