Tahun 2008, adalah tahun pertama aku memiliki akaun media sosial. Walaupun friendster dan yahoo messenger pernah mendahului pada tahun2 sebelum itu, aku masih belum punya minat untuk terlibat dengan mereka. Ketika di kolej persediaan, aku yang membesar di sekolah sekular, tiba-tiba sahaja dilantik menjadi AJK MUSCOM. Oleh kerana kami perlu berhubung dengan alumni yang sedang belajar diluar negara, maka semua ahli badan dakwah itu diwajibkan untuk memiliki akaun emel masing-masing.
Dilantik menjadi naqib, yang peliknya aku selalu conduct usrah senior. Tak tau, diorang suka datang kumpulan usrah aku sebab aku lawak. haha. Songkok itu adalah penanda aku tak warak dan jauh dari gelaran "orang-orang agama". Jujur, memang dulu ada mindset songkok vs kopiah.
Doa Budkbek.
Aku yang tidak punya apa-apa pengalaman, memilih sahaja perkataan budkbek** untuk didaftarkan sebagai alamat emel pertama tersebut. Dengan harapan kecil, agar ia menjadi doa bagi orang yang menyebut. Manakala untuk nama pemilik, aku menulis nama shaidan ismail sebab takut sangat maklumat peribadi terbongkar. Dan sehingga sekarang aku masih belum menukarnya. Nama itu ialah nama ayah baceh, yang tiba-tiba sahaja muncul ideanya dalam akal fikiran. Haha.
Zaman menerima tajaan itu, kami hanya menerima elaun wang saku sekitar RM70 sebulan. Walaupun jumlahnya sedikit, aku sangat jarang mengusiknya sebab makanan di kolej kaya itu sudah tersangat mewah. Sebaik sahaja dilantik menjadi Muscom dengan portfolio Syu'bah Ibadah(Syuib), barulah aku mula menggunakannya. Saat semua orang berebut-rebut menulis nama mahu menaiki bas ke MidValley, aku cukup selesa ke pekan kecil Tg Malim sahaja. Kelakarnya umur belasan tahun itu, aku membawa kembali ke kolej sudu garpu, pinggan mangkuk, senduk yang semuanya dimuatkan dalam tong air plastik yang baru dibeli tadi.
Gambar favourite. Waktu ni semua syu'bah(lajnah) aku langgar. Haha. Pening HighCom(MT) nak handle kebuasan aku.
Dan tabiat lama itu sukar hilang. Aku menyedarinya apabila Qasdina tiba-tiba bertanya soalan pelik:
"Cikgu, apa benda yang cikgu nak dalam hidup ni, tak kesahlah benda tu cikgu dah ada atau belum, tapi cikgu nak sangat benda tu. Dan benda tu mestilah boleh dimilik"
"Anak.."...
"Anak bukan benda cikgu..."
Malam tu jenuh aku fikir. aku tersedar aku masih punya tabiat lama. Setiap kali aku teringin nak beli barang, mesti aku akan fikir boleh tak ANC gunakan benda itu jugak. Kalau aku je yang teringin, aku akan hold dulu. Kerana itu sebaik sahaja melengkapkan perkakas rumah ketika beroleh gaji pertama, aku terus beli dapur masak warna hijau untuk ANC, bersambung dgn projector skrin, speaker, pa sistem, alat memanah, backdrop, lighting dsb. Malah lepas tengok wishlist dalam shopee sendiri, ia dipenuhi dengan pickup gitar, cymbal stand, keyboard dan nail gun yang menjadi keperluan untuk MEMORI bulan depan. Untuk diri sendiri, memang kedekut gila. Cuma sebelum cuti, aku sempat beli kasut hitam sebab nak pi kursus. Kasut lama, dah teruk sgt asyik bergeser waktu merempit. Haha.
Budak Baik.
Kursus yang aku hadiri minggu lepas, kami dipecahkan kepada kumpulan2 kecil. Ditakdirkan Allah, aku sorang je lelaki dalam kumpulan tersebut. Yang lain semuanya mak-mak orang. Maka, selaku mangsa, soalan mendirikan rumah tangga itu sudah pasti menjadi topik hangat dalam bilik berhawa dingin itu. Sabar je la.
Kak Mis yang hampir hampir sebaya dengan mak, kemudiannya mencadangkan seorang gadis dari meja kumpulan sebelah. Kak Mis kata gadis tersebut budak baik. Baik sangat. Menariknya budak baik tersebut, aku pernah menyapanya dalam kursus yang hampir sama satu tahun yang lalu. Entah kenapa, tetiba tegur sebab ingatkan junior. Familiar gila. Cuma tak sempat tanya nama. Kali ini, alang-alang kak mis dah kacau, aku pun tanya nama budak baik ni kat kak mis. MasyaAllah.
Bersama mak-mak orang
Rupa-rupanya dia rakan sekerja dalam dakwah ketika di UK dulu. Banyak sungguh "mesyuarat" atas talian bersama-sama ketika di Universiti dulu. Cuma apabila bertemu di program, muslimin muslimat memang tak bertegur sapa sebab jaga ikhtilat. Malah yang lebih lucu, kami tidak memanggil nama sebenar atas sebab kerahsiaan yang tinggi. Oleh kerana aku menggunakan emel kedua dengan ID "smbhyg", maka semua rakan-rakan dakwah itu memanggil aku "akhi smbhyg". Alahai, rindu plak zaman ditarbiyah itu.. Akhi ukhti gitu.
"Dia tu orang mana kak mis?"
"Orang terengganu. Nak tak? Baik sangat budaknya.."
Siot, terengganu lagi. Cancel. Haha.
Dahsyat ketika ini. Kami hanya berjumpa 4-5 kali sahaja setahun. tapi hubungan kerana "usrah" itu sangat dahsyat. Ni langgar pantang larang, ambik gambar waktu program.
First time aku bubuh gambar ni. Sudah tidak ada apa yang mahu dirahsiakan. Yang pernah berkasih sayang pun boleh jadi bermusuhan. Aku menghidu kelemahan itu dari dulu. Kesian kat daus. InshaAllah tak akan ulang dah untuk anak-anak buah sendiri.
Impian budkbek.
Semua alumni-alumni Muscom dan rakan-rakan dakwah itu, apabila pulang dari UK dan bekerjaya, kerap memikirkan bagaimana mahu menyumbang kembali pada ummah. Kerana itu, Daus dan rakan-rakannya turun kembali ke kolej dengan "label" iluvislam. Sebaik sahaja Iluvislam menghadapai masalah, hazman hadi n the geng pula menubuhkan INTELEK yang terus subur hingga hari ni. Malah junior aku si Amir, membawa turun pasukan Global UNITY nya ke kolej dengan misi pemahaman dan perbandingan agama. Aku dulu, punya cita-cita menubuhkan RIM. Tahun pertama perancangan, aku bersama rakan2 dari US dan Mesir merancang bentuk NGO tersebut dn matlamatnya. Namun jarak kami yang terlampau asing, dan komitmen masing2 yang lebih besar pada jemaah masing2, ia akhirnya terkubur. Kerana itu, aku bermimpi kembali.
Aku berdoa, engkau ketawa. Tak salah bermimpi, jangan sinis. Tidak pelikkah engkau dengan isi dunia. Yang biasa binasa, yang gila ke syurga.
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment