Alhamdulillah, ahad lalu memori bagi sesi 1819 melabuhkan tirainya. Mengikuti perjalanan memori tahun ni secara dekat, tetapi tidak banyak yang aku menyibuk. Dan sesiapa yang menyaksikan, pasti perasan memori tahun ini sangat pelik dan unik. Oleh kerana banyak perkara ingin diceritakan, aku pecahkan kisah memori ini kepada 3 bahagian:
Catur Memori: pertolongan
Catur Memori: Perang dingin.
Catur Memori: Dosa terhijab
Memori tahun ini pada asalnya mahu dilaksanakan pada 6-9 disember ini. Tetapi oleh kerana ustaz Ghani perlu ke Sarawak, maka ia ditangguhkan kepada 13-16 disember, seminggu dari tarikh asal. Oleh kerana ramai batch izzati(mungkin dia sorang je) yang begitu minat kepada fitri haris, maka kami mengumpul duit untuk menjadikannya satu kenyataan. Namun, oleh kerana pertukaran tarikh tersebut, artis nasyid yang popular itu sekadar diletakkan pada ambang memori. Menarik, malam ambang itu terlebih meriah berbanding malam-malam yang mendatang. Dan ia turut dihadiri oleh timbalan pengarah kolej.
Comel
Pertolongan.
Tahun ini, pertolongan yang dihulurkan kepada memori hadir dari pelbagai pihak. Semangat pihak atasan membantu dan meraikan. Poster memori terpampang di kaca tv utama kolej. Pameran memori yang dulunya sekadar berkipas, kali ini dimuatkan didalam perpustakaan yang berhawa dingin. Juri yang kerap memaksa pelajar sahaja menilai, kini sudah mula menerima pensyarah2 yang sudi memenuhi tujuannya. Barangan dan kemudahan juga dipermudahkan urusannya.
Pentas ekspo
Kemuncaknya, aku melihat pertolongan Allah juga turun seperti selalu. Tiada bencana yang menimpa. Segala majlis dipermudahkan dari sudut urusan dan perjalanannya. Cuaca yang kerap membanjiri bumi kmpp, tertahan beberapa hari. Hanya turun sebentar ketika anak-anak muda ini menari untuk flashmob ekspo. Tidak berani mengatakan ia tanda suka atau murka, namun memang jelas cuaca sangat unik. Petang jumaat, aku menyakat si hannan tatkala melihat awan yang sudah terlalu mendung.
"Habislah xde orang malam ni. Hujan macam lebat je malam ni".
Sangkaan aku ternyata salah. Ketika hujan lebat membasahi pasar malam permatang buluh, kolej yang hanya 2-3 kilometer dibelakangnya tidak disinggahi awan yang sama. Dahsyat.
Ujian.
Namun begitu, mereka-mereka yang bekerja dengan baik ini tidak mungkin terlepas dari ujian Tuhannya. Perjalanan yang lancar, sokongan dari pelbagai pihak, memori kali ini teruji pertama kalinya dengan sambutan malam forum yang tersangat corot. Jujur, sangat berbeza dengan malam ambang bersama fitri haris. Kerusi-kerusi yang disusun banyak yang terbiar kosong. Sehingga kini, aku masih memikirkan apa yang sebenarnya berlaku. Kesian malam tu, memang nampak ajk mula down dengan sambutan tersebut.
Malam kemuncak juga menerima nasib yang sama apabila ditakdirkan bertindih dengan perlawanan final Malaysia menentang Vietnam. Malam itu, artis jemputan ialah priakustik. Zakirah yang melihat kehadiran malam tersebut, tiba-tiba menangis kerana risau akan sambutan Raudhatul Iman yang dikelolainya keesokan hari. Jujur, aku sendiri berdebar setiap kalai majlis mahu bermula. Bukan risau pasal flow, tetapi sangat risau akan sambutan yang sangat lain dari tahun-tahun sebelum ini.
Adakah generasi gadget ini sudah tidak berminat pada event agama?
Atau sudah sukar mahu keluar dari bilik masing-masing kerana disibukkan dengan phone?
Atau mereka membenci event2 kelolaan orang berimej agama?
Hmm,.. Bersambung
No comments:
Post a Comment