Tuesday 25 December 2018

Catur Memori: Perang Dingin

Bismillah.

Menyambung kisah memori.
Sesiapa yang mengikuti perjalanan ANC sesi ini pasti sedia maklum bahawa ahli anc kali ini dipilih berdasarkan komitmen kerja yang ditunjukkan ketika bulan Ramadhan lepas. Kelebihannya, majoriti mereka adalah orang-orang yang sangat rajin dalam bekerja. Kerana itu, sehingga kini bilangan ahli anc sangat konsisten tanpa penurunan mendadak seperti tahun-tahun sebelumnya. Namun begitu, banyak juga kelemahan dari sistem tersebut.

Yang paling ketara ialah anc kekurangan kepimpinan yang berkaliber. Bukan tidak ada, tetapi kurang. Akibatnya, aku terpaksa mengambil inisiatif sendiri membina tanzim memori dengan meletakkan buah-buah catur yang penting di tempat yang sepatutnya. Bukan senang permainan catur kali ini. Strategi utamanya sudah tentulah meletakkan mereka-mereka yang berkepimpinan di majlis-majlis besar berbanding di Majlis Tertinggi. Majlis tertinggi kali ini lebih tertumpu kepada kerja-kerja birokrasi dan perhubungan dengan orang atasan. Kerana itu, presiden ANC sendiri mengetuai memori kali ini.

Comelkan? Budak2 baru nak up. Yg paling cute, itulah pengarahnya


Melihat kembali susunan catur catur ini, 3 EKIP(kumpulan) yang sering mendapat pujian aku ialah:
EKIP EKSPO
EKIP PANORAMA
EKIP PERSIAPAN PENTAS.

Contoh perhiasan pentas


Secara jujurnya aku x expect apa2 dari team panorama. Tapi bushra dgn syahmi punya kerja memang wow. Dan aman je team ni

MT ekspo. Semuanya aku bawa masuk sendiri. Miza pada awalnya tercicir nama, nasib baik cepat detect. Kerja diorang sgt profesional. Dan tidak keterlaluan aku cakap yg diorg memang budak bijak. Thajul fasih cakap 3 bahasa, sangat2 advantage.

Balik subuh, tengok pentas yg cantik ni. Xtau kerja sapa, tapi memang aku puji.

Team makanan yg diketuai orang lemah lembut. Aminah dan aiman


Manakala ekip-ekip yang kerapkali menerima kritikan ialah 3 ekip berikut:
EKIP GIMIK
EKIP PUBLISITI
EKIP JUALAN

Koordinator bagi gimik ini, aku sendiri yang meletakkan farah farzana dah rakannya kerana bakat besar yang ada pada mereka. Cuma kesilapan sendiri, aku membiarkan pasangan ekip gimik itu kosong agak lama. Akhirnya MT meletakkan buah catur yang bermasalah bagi merealisasikan semua idea2 farzana dan rakan2nya. Lelaki-lelaki itu kuat sangat mainnya dan tidak fokus. Akibatnya semua idea mereka tidak berjalan, dan duit dibazirkan mencipta sampah-sampah yang berselerak di belakang surau. Idealistik, itu yang boleh digambarkan mengenai kumpulan ini. Last2, pakai idea aku gak. Aduih.

Ekip publisiti, aku juga yang meletakkan person in charge nya. Dan ekip ini adalah ekip terawal yang aku pegang, ajar dan beri macam-macam. Kelemahan mereka ialah terlampau tertumpu kepada urusan design semata-mata. Tiada strategi "pemasaran". Dengan bajet yang sangat besar, mereka masih kekal dengan cara lama iaitu print poster banyak-banyak dan tampal merata-rata tempat. Tetapi, masih gagal menghidupkan suasana memori tersebut. Pujian kepada mereka kerana design mereka semakin hari semakin cantik dan kelihatan profesional.

Banner ni dan banner malam ambang bg aku sgt cantik


Cuma sekali lagi, remuk hati melihat betapa kecilnya hati mereka menerima teguran dari pihak atasan. Jujur, sifat2 kecil hati ini meruntuhkan keutuhan sebuah organisasi. Update status tak puas hati, perli MT, mengumpat dan memohon belas kasihan kononnya teraniaya, budaya kerja mereka menjadi bertambah teruk apabila ada MT yang menyokong "gejala" mereka. Dan ia menjadi semakin parah apabila tercetusnya perang dingin yang sangat2 menerakakan.


Perang Dingin.

Antara buah catur paling penting yang aku letakkan ialah si kecil manis bernama Aqilah, sebagai orang kedua terbesar selepas pengarah program. Jujur, ia keputusan yang sangat sukar. Tetapi semangat, keberanian, sifat hatinya yang sangat besar, menjadikan dia calon terbaik untuk diletakkan diposisi terpenting itu. Apatah lagi, Mahdil lebih kepada imej, manakala Jasni lebih kepada persembahan. Maka, aku mengharapkan Aqilah bertindak sebagai decision maker yang tegas. Cuma kemahiran menyampaikan ketegasan itu mirip masalah Nabi Musa.

Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersama-samaku sebagai penyokong yang mengakui kebenaranku; sesungguhnya aku bimbang bahawa mereka akan mendustakan daku.

Mengambil ikhtibar Musa dan Harun itu, aku mengutus Qasdina sebagai orang kanan Aqilah. Tujuan utama sudah pasti bagi menutup segala kelemahannya, dan menjadi tukang bicara yang melembutkan hati-hati orang dibawah. Kelahiran "sekolah agama", aku berpendapat ketakutan Qasdina kepada Allah pasti menjadikan mereka gandingan mantap, disebalik personaliti mereka yang berbeza.

Aqilah yang berblazer. Dia memang x reti senyum. Haha

Namun, kejutan berlaku apabila si Qasdina dan team publisitinya menunggu Aqilah beredar dari meja aku semata-mata tidak mahu bertemu. Rupanya, mereka sudah tidak bertegur sapa. Amanah untuk menampung kelemahan itu dikhianati sekelip mata. Bukan tidak tahu dalil agama, tetapi ketidakmatangan qasdina itu melebihi penghayatan agamanya. Dan dia, mewarisi masalah hati senior2 pdtnya itu. Yang mahu masuk syurga, tapi tidak takut dengan amaran Tuhannya.

Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Riwayat Bukhari
“Orang mukmin itu dalam kasih sayang dan kemesraan serta simpati sesama mereka bagaikan sebatang tubuh. Jika mana-mana anggota tubuh mengalami kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya.” Hadith Riwayat Bukhari
.
Bersambung..

Batch ni kerja gaduh je. Muslimin muslimat macam anjing dengan kucing. Tapi gaduh mereka manifestasi saling menyayangi. Bukan perang dingin yang menyemarakkan kebencian


1 comment: