Tuesday 23 October 2018

Design bersama Publisher

Bismillah.

Hari ini secara rasminya tamat sudah semester pertama bagi sesi 2018/2019. Masa yang sangat cepat berlalu, aku menutup semester ni tanpa sebarang gambar dengan student. Ada je diorang ajak bergambar, cuma aku berfirasat bahawa aku akan mengajar mereka kembali semester hadapan. Mungkin hanya berlaku perubahan kecil sahaja. Sekali bila dapat jadual sem depan, memang berubah 100% tanpa satu pun tutoran dan kuliah H6 yang aku akan pegang.

Peperiksaan pspm kali ini juga, aku jadi ketua pengawas. Digandingkan dengan pensyarah yang hampir sebaya dengan ayah sendiri, aku tak menyangka boleh pulak bersembang macam2 topik tanpa sikit pun membawang mengenai keburukan orang. Sebenarnya sepanjang study week, aku diberi amanah yang sangat banyak. Oleh kerana dah terlalu runsing, aku menyiapkan semuanya secepat yang mungkin supaya tak mengganggu tugas sebagai ketua pengawas. Ditakdirkan Allah, semuanya diselesaikan dengan baik dan aku kebosanan sebab dah takde kerja. Akibatnya, bermainlah dengan benda ni.

Publisher.

Aku tak pasti, masih adakah manusia yang duk design poster pakai microsoft publisher ni. Jujur, memang ketinggalan zaman. Oleh kerana aku masih setia dengan notebook bertingkapkan vista, maka menggunakan photoshop sudah tentu bukan pilihan yang baik. Malah aku, tidak punya apa-apa ilmu asas mengenai photoshop. Jadi hanya mengharapkan student saja untuk design guna photoshop, manakala aku sekadar pembekal idea. Cuma, tahun ini belum terjumpa lagi orang yang bersemangat mahu men"design". Natijahnya, banyak hasil mereka yang menggelengkan kepala.
Aduih... Malas2 izna pun belum lagi menamakan ini sebagai design. Pelik budak2 la ni.

Tugas-tugas sampingan. Mereject benda2 gini. Nak tak nak, orang yang "menasihat" perlu menjadi contoh terlebih dahulu. So, nak tak nak kena pandai buat, bukan pandai cakap je. Itulah daei.

Kelebihan publisher ini ialah dia sangat simple, tak banyak songeh macam photoshop. Mudah nak edit, delete dan tindih tanpa layer bagai. Ni beberapa hasil eksperimen akibat kebosanan beberapa minggu ni:

Cubaan pertama.

Cubaan kedua dengan bantuan Adila lajnah publisiti. Kalau time muscom dulu, lajnah ni mcm gabungan syumul(syubah multimedia) dan syurel(syubah public relation). Kritikan izna paling membina sekali "macam kad jemputan je cikgu..".. 

Banyak bahan, aku download dari pngtree. Memang hobi setiap hari mesti cari dan download. Cuma sebagai free user, sehari hanya boleh download dua sahaja. So stress gak kadang-kadang bila jumpa design lawa tapi kena tunggu esoknya baru boleh download.

Antara kesilapan awal2 aku berjinak dengan pngtree ialah selalu search pada ruangan background sahaja. Sebenarnya graphic design lebih senang nak guna dan fleksible

Cubaan kedua dengan background berbeza. Pakai gambar lama diorang yang guna utk board.

Suka hati je main tukar nama manusia. Antara benda yang boleh ditulis sebagai carian di pngtree ialah: vector, abstract design, origami, dan geometry. Nak bunga2 pun banyak.

Taktau lah ape yang pelik.


Kelemahan publisher ni ialah ketika nak save jadi gambar. Bila tukar JPEG, banyak tulisan yang tak menjadi, dan akan ada sebahagian gambar yang pecah tak sama macam diedit dalam publisher. kualiti gambar memang tak secantik photoshop. Dan masalah terbesar ialah tak boleh nak crop gambar dan transparent kan dia. So, terpaksa gak minta orang power photoshop untuk sunting dulu.

Warna warni. Terima kasih kepada makjat sebab tolong cropkan gambar ustaz ghani tu.

Buat eksperimen dengan guna teknik bayang kelabu



Menjadi penasihat lantikan sendiri ini, bukanlah perkara yang terlalu menghiburkan. Banyak masanya, ia memerlukan hati yang sangat besar dan mudah berlapang dada. Aku sejak dulunya, sangat kuat bereksperimen dan berkreativiti dengan benda baru yang diluar kotak orang muda mahupun tua. Cuma anak-anak ini, walaupun bertukar wajah setiap tahun, tetap punya pemikiran lama yang sama.

Latest

Mahu membawa mereka ke dimensi idea baru itu bukan mudah. Kerapkalinya, mereka lebih suka dengan kerja biasa2 yang senang sahaja. Kerana itu, kadangkala aku yang beriya2 ini lebih suka menasihati orang yang mahu sahaja. Yang mudah bosan dan meluat dengan nasihat, aku biarkan sahaja dengan memberhentikan nasihat. Kerana mereka orang2 biasa yang sehingga ke hujung hidupnya pun kekal menjadi orang biasa2 sahaja. Tiada apa yang istimewa untuk dibawa kepada Tuhan.

Dah, itu je nak cerita.

Sekian dari Syuib0809


Dari Abu Hurairah RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang tidak mahu " Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah mereka yang tidak mahu itu?" Nabi menjawab: "Siapa yang taat kepadaku masuk syurga dan siapa yang menderhakaiku dialah orang yang enggan." (HR Bukhari No: 6737)

2 comments:

  1. tahun ni ada lah org yg semangat design. cikgu kenal saya awal tahun ni kann 🤔🤔

    ReplyDelete