12 hari tanpa telefon..
Phone lenovo hilang 18/11/2016.
Hari jumaat lebih kurang 11.30 pagi.
Perjanjian dua hari, aku mencari sedaya upaya namun tidak berjumpa.
Selepas beberapa hari berlalu, aku masih belum mempoligamikannya.
Kira punya kira, sudah melebihi 10 hari kejadian itu berlalu. Dan dalam tempoh tersebut, aku meneruskan hidup tanpa makhluk bernama phone/smartphone/handphone. Makhluk yang menjadi nyawa untuk manusia moden hari ini. Tidak perlu terkejut kerana kanak-kanak umur 5 tahun juga sudah punya smartphone dan wassap.
10 hari itu, secara jujurnya hidup aku sangat tenang. Tidak berhajat kepada manusia. Malah, tiada kepeningan untuk menyempurnakan hajat manusia. Kembali kepada basic. Dan ajaibnya, aku masih boleh meneruskan hidup.
Berhajat untuk menjadi pengguna Iphone, namun rasanya berbulan aku makan nasi bujang kalau ianya berlaku. Oleh kerana itu hanya mampu memilih ini sebagai pengganti....
ZTE Blade V7.(30.11.2016)
Data dan WEBE...
Sudah menjadi buah mulut bahawasanya aku tidak memiliki whatsapp. Maka, jauh sekali untuk aku berjinak-jinak dengan insta, wechat, telegram dan yang seangkatan dengannya. Namun fakta yang lebih teruk menjadikan aku "si tua" ialah sepanjang hidup aku, aku tak pernah memiliki "data" pada telefon. Sampai sekarang pun aku tak tau macammana nak beli "data". Hehe. Cuma aku pasti ia hanyalah perkataan lain bagi menggunakan internet.
Dah ada wifi kat rumah, line internet kat pejabat, rasa macam tak perlu je nak sibuk2 pasal data ni.
Tapi, akhir-akhir ni abah asyik duk promote WEBE. Sebab sape2 yang ahli keluarganya telekom akan dapat potongan. Alang-alang simcard dah hilang, maka memulakan hidup dengan simcard yang baru ni macam agak menarik. Bulan2 bayar rm60 akan dapat:
Unlimited calls
Unlimited sms
Unlimited data(9,999,999GB)
Gila kan? So, takde sebab aku nak guna whatsapp sebab dah dapat sms free. Haha. Apela punya pikir macam ni.
Cuma oleh kerana WEBE ni agak baru, maka tak pasti apa kelebihan dan kelemahannya lagi.
Untuk bukan telekom kena bayar rm79 sebulan.
Phone yg ada bersama simcard webe ini penuh dengan kekosongan. Tiada satu pun contact number melainkan ahli keluarga. Student pertama yg mesej ialah si sufi. Kemudian diikuti ketua unit maths. Maka nombor berdua ini sahaja yg ada.
Sekiranya ada sape2 yang rasa dirinya penting untuk disimpan nombornya dalam ZTE ini, mohon mesej la eh. Senang ape-apehal nak contact nnt. Nombor masih no lama.
Sekian dari Syuib0809.
Data dah unlimited cg..x nak ada wassap lg ke?
ReplyDeleteApa barang wassap. Orang kaya hantar mesej je. Hehe. Saya masih belum bersedia mengusutkan kepala dgn wassap2 ni. Mudah2an berjaya bertahan
DeleteTahniah cikgu dpt bli fon baru😃
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTak pernah lg jumpa org sedegil ni. Haha
ReplyDeleteSusah sebenarnya jadi orang degil ni. Hari-hari kena marah/maki. Kalo x kuat, jgn tiru aksi mcm ni. Fuhh
Delete