Sudah mula berkampung di Teluk Intan. Cuti paling panjang bagi kolej kali ni, aku tidak punya sebarang perancangan yang rapi. Untuk minggu pertama, aku cuba mengkhatamkan DOTS yang begitu banyak orang-orang suarakan di alam maya. Memang menarik. Bagaimana cerita patriotik/perang/kerjaya/kemanusian diolah dalam bentuk cinta yang tidak memuntahkan. Aku sendiri percaya cerita ini tidak merosakkan, kecuali pada muda-mudi yang akalnya memang sudah rosak.
Target minggu pertama, aku mahu melengkap projek memanah yang pernah aku bayangkan kepada mereka sebagai penubuhan "Briged alQassam ANC". Aku yang tidak pernah berminat dengan sukan ini, malah aku percaya masyarakat melayu juga masih "awkward" dengan kemahiran memanah jika dibanding dengan bola, badminton, basketball dan tennis. Keseronokan menguruskan benda-benda baru sebegini, aku beroleh keuntungan untuk belajar sesuatu yang baru. Maka, berkongsi ilmu yang cetek ini, harap-harap dapat membantu badan-badan dakwah yang berkeinginan menghidupkan sunnah Nabi ni.
Cuma amaran keras, archery/memanah yang dikongsikan di sini hanya untuk beginner dan amatur sahaja. Yang nak masuk pertandingan, olimpik dan sebagainya sangat-sangat tidak patut membacanya.
Busur/Bow
Benda paling utama dalam sukan ini sudah tentulah busur memamanah. Aku secara jujurnya hairan kenapa jarang benar tengok sukan memanah kat dalam kolej. Sesi 2015/16, dua kali orang luar dipanggil untuk ajar memanah ni kat students. First, time memori, second waktu minggu sains. Paradigma aku bermonolog, mungkin memanah ni kena ada lesen kot. Sebab merbahaya.. Tapi rupa-rupanya tidak. Semua orang boleh main dengan aman melainkan untuk berburu dan bow yg profesional.
Untuk beginner, set bow pertama yang aku jumpa berharga rm260. Aku ingatkan inilah yang paling murah. Survey punya survey, akhirnya aku jumpa yang rm160 punya. Menyerahkan urusan pada Luqman dan Hazli yang lebih punya pengalaman, mereka akhirnya memilih Bow Jati Arrouha yang dibuat dari Fiberglass. Sangat ringan dan tidak banyak makan ruang. Cantik pun cantik. Diorang beli 7 batang, yang mana 5 daripadanya adalah untuk ANC. RM160x7, kiralah sendiri...
Beberapa sesi "shooting" di penghujung sem 15/16, aku melihat 5 busur itu agak menyesakkan. Maka pencarian diteruskan dengan budget sendiri. Aku jumpa busur yang dibuat dari PVC di mudah.my berharga rm70. Aku ambik 3 dan sampai selepas dua minggu. Harga yang sangat berbeza, busur ini lebih berat, kurang kemas dan agak besar. Yang sedikit mengecawakan aku, tali yang diberi adalah tali kasut yang agak besar dan kurang sesuai dengan arrow. Akhirnya, aku terpaksa mencari tali dacron 48" yang bernilai RM25. Aku pun tak tahu ape pasal mahal sangat tali ni, padahal tak smpai dua meter pun. So, total untuk kos busur PVC ni ialah RM95. Overall ok je, sebab sukan memanah ni bukan pertandingan busur tercantik pun.
Yang warna merah arrow fiberglas arrouha. Warna hitam tu PVC. Tali putih tu tali paracord yg tak sesuai untuk busur. So, kenalah tukar tali dacron. Jarak shoot dalam 50 meter je. Nak jauh sikit cari coumpound atau recurve. Ni amatur.
Untuk anak panah pula, hazli dan luqman beli 36 fiberglass arrow yang setiap satunya berharga Rm10. Mereka yang baru berjinak-jinak, pasti akan nampak pelik, takkanlah smpai rm10 satu batang. Yang mainan punya 10 ringgit pun leh dapat 5-6 batang. Sedangkan fiberglass adalah jenis yang paling murah, kalau buluh dalam rm20-23 sebatang, dan karbon lebih mahal lagi.Selaku "haji bakhil", aku berusaha mencari arrow yang sama dengan harga murah tanpa menggunakan trivago. akhirnya jumpa gak satu kedai kat teluk intan yang jual rm8 sebatang dengan standard panjang 31". Aku rembat 25 batang, yang mana 5 adalah untuk ANC. Arrow ni kena banyak-banyak, sebab lepas shoot nak kena kutip balik. Takkan shoot 5, nak teruih kutip. Penat nak jalan. Dan arrow ni agak mudah rosak lagi-lagi bila terkena batu.
Aku pilih arrow ungu putih dan hijau putih. Warna Oren untuk ANC sebab sebelum ni diorang dah beli warna merah. Paling mudah tercabut ialah Nock arrow yg kat hujung tu. So, silalah pilih yang senang nak cari bila jatuh. Dan bekas isi arrow pun jangan lepas pandang. orang profesional panggil Quiver(RM50-200). Aku plak gune plan holder/tube mcm dalam gambar yang tak sampai pun rm20. hehe.
Target.
Lepas beli busur dan anak panah, aku ingatkan dah settle. Rupa-rupanya ada beberapa perkara lagi yang perlu disettlekan. Pada awal percubaan dengan muslimat ANC, kami hanya letak kotak untuk ditarget. Agak comot dan tidak menguji kemahiran dengan baik. Maka, kami memikirkan cara kedua untuk menjimatkan kos. Mencari span-span dikedai perabot yang barangkali boleh digunakan semula. Dapat satu guni, tapi pelbagai masalah lagi muncul. Untuk pengetahuan, target sahaja terdiri daripada tiga komponen, pertama dia punya stand. Kedua bahan papan target(foam/polisterin/kayu lembut/span) dan yang ketiga ialah target paper.
Aku survey stand je pun dan dekat rm100 satu set. Foam yang dah siap 60x60cm pun sama, rm80 satu. Kalo yang kosong pe foam rm180 untuk saiz 1mx2m dengan tebal 5 cm. Aku dah macam, apehal mahal sokmo, bukan ke benda ni akan dirobek2 dan dimusnahkan. Sayang pulak rasa. Survey plak kat kedai perabut, span perabut 3x6 kaki, rm90. Kirenya boleh potong tiga. Tapi si Hazli takut arrow tak tembus sebab nampak kenyal span tu. Akhirnya aku memusing-musing teluk intan dan terjumpa polisterin setebal 4 inch dengan saiz 0.6mx1.5m yang berharga RM14. Boleh potong dua untuk setiap set. Cuma kekurangan polisterin ialah ia cepat hancur, dan akan keluarkan banyak "habuk putih" bila cabut arrow. So, balutlah dengan wrap dulu sebelum tembak.
Untuk stand, aku membuat keputusan untuk menggunakan easel atau tripod lukisan je. Survey easel tripod kat seberang jaya rm88, online dalam rm50 termasuk post. Pusing teluk intan, akhirnya jumpa Rm39.00 yang agak tinggi la gak. Sangat-sangat berbaloi.
Ni target face yang aku beli. Tripod Easel yang digunakan boleh mencapat tingi 1.5 meter. Boleh tengok comparison dengan adik aku. Dan easel ni pun tak mudah jatuh.
rm39(easel)+rm7(polisterin)+rm14(canvas target)= rm60
Compare versi sepatutnya:
Rm80(stand kayu)+Rm80(PE foam)+rm9(target paper)=rm169
Bakhil bun bakhil la yop. Benda nak buang je pun.
Pencarian fizikal yang sudah berakhir, aku harap projek baru ni boleh diuruskan oleh badan dakwah untuk sesi akan datang. Tak sabar nak tengok bakat dan perangai orang-orang dakwah yang akan datang. Untuk minggu kedua cuti, aku bercadang menyiapkan beberapa kertas cadangan untuk program-program sesi akan datang. Sudah ada 6 datang kepala. Tengoklah berjaya tak diuruskan.
Antara yang baru:
Weekend With Sunnah
ANC Booksale.
Air Mata Syria: Lupa Aleppo
Dikir Zikir 1.0: Mari Dengar ANC Bercerita
Nak tak nak ia banyak bergantung kepada mereka-meraka yang akan datang. Pencarian Fizikal seterusnya ialah mencari TV atau LED Display supaya senang nak sampaikan apa-apa mesej/program/tazkirah dekat surau. Aku berhajat agar surau itu menjadi tempat pelajar-pelajar bergantung untuk mendapatkan maklumat terkini. Surau sebagai pusat kepada segala-galanya. Terkesan dengan pengisian Ustaz Hariyanto kat AlKuliyyah semalam. Paradigma orang surau/masjid yang sangat-sangat perlu diubah.
Terima kasih kepada mak Syuib0809 yang sudi menyumbang stand bracket untuk TV tersebut.
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment