Wednesday 30 September 2015

Studentku Si Pemalu Akhir... (2/2) TAMAT

Bismillah...

Jerebu yang semakin menjadi musim, aku tidak pernah merasa "sesak" seperti ini. Melihat status-status di alam maya, kadangkala tangan tergatal mahu menulis mesej kepada seseorang.

"f**** tahu apa beza f**** dengan jerebu? Jerebu masuk dalam mata saya, tapi f**** masuk dalam hati saya..." ceewah

"Musim jerebu ni, mungkin  F****  susah nak nampak jalan.  Tapi saya yakin,  f**** akan nampak betapa ikhlasnya cinta saya pada f****..." kahkahkah. Ini semua Nawal punya fasal.

Mesej-mesej "lagho" ini tidak mungkin boleh dikirimkan kepadanya. Apatah lagi tanpa sebarang komitmen, agama sudah sangat pasti melarangnya. Cerpen mustahil ini sudah begitu hampir pada penamatnya.


Panggilan yang sudah masuk beberapa kali, namun aku kerap beralasan...

Bukan niat mahu menipu, tetapi hati berdegil mencari penyelesain kepada masalah yang sudah pun tersimpul mati.

"tu lah... patutla mak cik rasa cikgu lain macam je kebelakangan ni..." panggilan itu dimulakan dengan sebuah pengakuan. Naluri keibuannya begitu kuat. Dengan mudah mak cik Fatimah sudah mampu meneka apa yang terjadi.

"maafkan saya mak cik..." itu sahaja yang mampu aku ucapkan berulang kali.

"dah mak cikgu tak setuju, nak buat macam mana. Nak kahwin ni bukannya untuk sehari dua je. Redho mak ayah cikgu tu penting.... Takpela, mungkin dah memang bukan jodoh cikgu dengan anak mak cik...." nasihat ibu gadis pemalu itu menambah hormat aku pada dirinya. Saat semua ibu tidak mampu bersetuju dengan drama ini, beliau sedaya upaya melihat dari sudut yang berbeza. Aku tahu dirinya sedikit marah dan kecewa. Namun marahnya tidak sedikitpun mengguris hati aku.

Perbualan terakhir kami itu berlansung agak lama. Hajat mahu bertemu dengan ibu gadis pemalu itu tidak kesampaian. Suara tanpa wajah. Namun aku pasti wajah si ibu itu penuh dengan sifat kasih dalam dirinya.

  Orang-orang yang penyayang akan disayangi oleh Yang Maha Penyayang, Sayangilah orang yang dibumi niscaya kamu akan disayangi oleh Yang di langit.

Sejak panggilan terakhir tersebut, hubungan dengan ibu dan si anak itu seperti terputus buat selama-lamanya. Tiada apa yang berani aku lakukan lagi, kerana kekecewaan itu datang disaat harapan semakin menghampiri puncaknya. Luka itu terlalu besar. Bukan pada mereka sahaja, diri sendiri turut merasai kepedihannya di hati.

Aku hadir ke kursus perkahwinan seorang diri tanpa "pasangan". Kehadiran Bayern dalam kursus tersebut menjadi teman pemecah sunyi. Lisa yang sudah pernah mengikuti kursus kahwin ketika di Ireland, tidak turut serta menemani Bayern. Kursus tersebut berlansung selama dua hari. Kadangkala, aku memberanikan diri bersembang dengan peserta-peserta lain. Latar belakang mereka sememangnya berbeza, namun soalan mereka kerapkali sama.

"bila akad nikahnya?..."

"bakal isteri orang mana?..."

Aku hanya tersenyum...

"takde bakal isteri lagi, saja datang kursus ni nak belajar something..." soalan mereka itu aku jawap dengan tenang, walaupun hati sejujurnya sedikit hampa.

Teringat pesan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Kita selalu kecewa bukan kerana apa yang sedang berlaku, tetapi kerana apa yang kita harapkan itu tidak berlaku..."

"Wahai Anakku, bersabarlah dengan apa yang sedang menimpamu, kerana ujian itu untuk Allah mengangkat darjatmu dan mengampunkan dosa-dosamu. Tangisilah dosa-dosamu di dunia ini, kerana itu lebih mudah bagimu daripada menangisi pedihnya azab Tuhanmu di akhirat..."

Penghujung kisah ini tidak mampu untuk aku tangisi. Drama-drama yang ditutup dengan istilah Happy Ending, jarang benar berlaku di alam realiti. Mesej terakhir pada studentKu Si Pemalu itu cuba aku ingat sebaik mungkin. Sedang nombornya sudahpun terdelete buat selama-lamanya.

"Fatin punya ibu yang sangat-sangat Hebat. Kelak, kalau Fatin berselisih faham dengan ibu, sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk menangkan ibu. Percayalah, ibu Fatin sentiasa fikir yang terbaik untuk Fatin. Saya secara jujurnya dah terlalu letih untuk mencari si "dia", biarlah saya berehat dahulu. Sepanjang tempoh rehat ini, saya harap Fatin izinkan saya simpan sebentar wajah fatin dalam hati... Sekali lagi, Maaf untuk segala-galanya...."

Itu mesej terakhir yang menutup kisah kami. Di mana dia berada kini, aku sendiri belum benar-benar pasti. Gambar kad matriknya bertudung biru seolah-olah masih bersisa, sebelum perihal dirinya didelete sepenuhnya.

Kisah duka penutup bicara, studentKu Si Pemalu itu tidak sempat menjadi penulis keduanya.

Simpanlah malu itu anak gadis..

Ia pasti menjagamu.

TAMAT

Bercintalah anak muda
Namun jangan leka dan alpa dengan cinta
Dunia ini tidak lebih dari mainan dan gurau senda
Cintamu kepada manusia selalu hampa
Kerna kamu rasa yang dicintai itu jodohmu
Sedangkan ketentuan Allah adalah kebaikan buatmu
Teruskan hidup
Moga terbentang jalan ke syurga buat kita




Sekian dari Syuib0809.

3 comments:

  1. Kita tidak ada apa-apa untuk diberikan dan diserahkan kepada Allah. Apatah lagi mahu memberi janji ketaatan sekiranya Allah mengabulkan hajat yang diinginkan. Apapun yang jadi, ketaatan kepada Allah tetap perlu diberi. Kalaulah doa penuh perasaan dan tangisan itu cukup untuk Allah makbulkan doa, maka sepatutnya semua doa orang Palestin, umat2 Islam yang ditindas sudah termakbul.

    Ada benda lain yang Allah sedang ajar dan mahu dari kita. Sebab Allah mahu bagi syurga. Sejauh mana tahap yakin dan tawakal kita pada janji Allah juga sedang diuji. Atau itu hanya bermain di bibir yang pandai berkata-kata tapi bukan pada iman dan hati. Niat untuk berkahwin juga sedang diuji. Segala-galanya sedang diuji.

    Jodoh dah ada inshaAllah, Allah sedang uji kesabaran. Sebagaimana jodohmu juga sedang diuji kesabarannya. Sabar sikit lagi..

    Moga bertemu si solehah yang diimpikan dan jodoh yang diredhai Allah. Allahuma ameen.
    Bitauffiq wannajah dalam kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar. Setiap yang berlaku itu pasti terselit hikmah yg kita sendiri tidak sangka. Saat kita temui hikmah itu, kita akan mengucap syukur atas setiap perkara yg telah brlaku. Pahit ataupun manis, indah jua di akhirnya :'-)
      Moga bertemu bidadari peneman di dunia dan di syurga sana. Allahumma amin.

      Delete