Saturday, 20 June 2015

Keutamaan

Bismillah

"Ingat, study ialah fokus kita yang paling utama. Tapi kerja dakwah bukan nombor dua..."

Kata-kata itu begitu menyuntik semangat. Sebagai orang yang baru menyertai pasukan dakwah, aku hanya mendengar dengan patuh. Muslimat yang membesar dalam sekolah agama itu memang terkenal dengan kemahiran berbahas dan pengalaman berBADA sebelum ini. Bicara prioriti, ahli motivasi begitu bijak mengukilnya. 

Study vs Dakwah.

Sebagai SYUIB, aku perlu memastikan sentiasa ada pengisian antara maghrib dan isyak. Selain hari khamis yang diberikan kepada syu'bah usrah(Syurah), hari-hari lain banyak diisi dengan ceramah/tazkirah dari tenaga pengajar kolej tersebut. Tahun pertama menguruskan, kebanyakan pendengarnya ialah para senior yang sanggup membawa nota ringkas mereka untuk meluangkan masa di surau. Tahun kedua, pengisian yang diaturkan hanya menerima kunjungan "belasan" pelajar. Kehilangan senior yang dirasai, hati terasa pedih bila ahli Badan Dakwah dan bekas Budak2 Sekolah Agama sendiri tidak sudi mengunjungi "Taman-taman Syurga". Memenuhi keperluan belajar, Pusat Sumber(Resouce Center) yang hanya beroperasi sehingga pukul 10 malam menjadi "alasan" utama ketidakhadiran mereka.

Membina PRINSIP, maka aku kongsikan dengan hati:

"Orang yang lapangkan masa untuk Allah, maka Allah akan lapangkan masa untuk dia. Kelapangan itu bukan dengan panjangnya masa, tetapi berkatnya masa sedikit yang kita ada. Kerana pemilik masa adalah Allah, yang mudah baginya menjadikan masa sedikit terisi dengan seribu manfaat. Orang yang percaya, FAHAMnya akan banyak, sedangkan MASAnya sedikit. Untuk yang tidak, MASAnya banyak, FAHAMnya pula sedikit."

Mereka yang baru pulang dari pusat sumber, "berehat-rehat" di cafe sehingga jam 11.

Realiti yang menakutkan.

Sembang-sembang sesama muslimin di penjuru kanan surau selalu menghasilkan buah-buahan dakwah yang menarik. Peperiksaan AS(tahun satu A Level) yang bakal berlansung sebulan lagi, menyebabkan aktiviti dakwah diperlahankan sebentar. Namun begitu, keadaan selepas exam pula sudah pasti akan menjadi selapang-lapangnya. Kerja yang teratur, mahu atau tidak kami perlu merancang sekurang-kurangnya sebulan lebih awal sebelum sebuah program dilaksanakan. Cuan yang bersemangat, melantik diri sendiri sebagai pengarah program. Dan kami yang muslimin ber"baiah" untuk setia membantunya.

Namun...

Berita menakutkan tersebar. Ramai senior muslimat dari badan dakwah sebelum ini yang tidak dapat fly. Bayangkan selepas dua tahun di"momok"kan dengan keseronokan ke luar negara, angan-angan itu musnah begitu sahaja. Muslimat BADA yang kegerunan mendengar berita tersebut, membuat keputusan "menarik diri" daripada program anak yatim yang dijadualkan berlansung selepas exam. Hanya tiga orang muslimat yang sudi membantu. Motivasi dakwah yang dilaungkan di awal sesi hanyaah retorik mulut. Keutamaan yang sepatutnya mengurangkan sesuatu, bertukar menjadi sebuah pemansuhan. Hentikan dakwah untuk study. Gulpp!!!

Study vs Couple.

Belajar dan Bercinta(belum bernikah) bukan sebuah perbandingan keutamaan. Tetapi sebuah pertembungan antara yang hak dan yang batil. Badan-badan dakwah men"zahir"kan kelemahan bercouple ke atas pencapaian akademik, agar remaja-remaja yang tiada neraca pahaladosa dalam diri mampu menerima alasan "Logik" tersebut. Jika syurga dan neraka tidak mampu menakutkan mereka, maka kesan buruk "couple" yang mengganggu study ditonjolkan, agak anak-anak remaja yang "gian" dapat menahan diri daripada menghampiri zina tersebut.

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)

Oleh yang demikian, poster-poster, gambar-gambar yang meletakkan "prioriti study" sebagai alasan untuk tidak bercouple sepatutnya jarang memberi kesan kepada orang yang beriman. Kerana orang beriman sudah ada perhitungan syurga neraka, dosa pahala, yang menyebabkan mereka tidak berani mendekati zina. Hakikatnya, tiada pertimbangan keutamaan antara study dan bercouple. Pilihan yang ada hanyalah study, dan silalah tinggalkan bercouple.


Kahwin vs study?

Persoalan yang aku tidak pernah ber"eksperimen" mengenainya. Namun persoalan yang aku suka fikirkan ialah,

Kalaulah study menghalang manusia normal mendirikan rumah tangga, pelajar PHD ialah orang yang paling tidak layak berkahwin. Kesibukan dan kesukaran mengikuti PHD 5 kali ganda lebih teruk daripada Ijazah pertama yang diambil. Sedangkan anak-anak muda yang masih "bersarjana muda" sibuk dengan wayang, makan malam, mendaki bukit, melancong ke korea, dan berNGO.

Sempat menyelak "journal" ringkas dari Cornell University(2005) bertajuk Marriage and Graduate Student Outcomes. Menarik, data menunjukkan mereka yang sudah berkahwin lebih perform dalam study. Hmmm.. Kena cuba ni.

 Obviously "sweet" untuk kanak-kanak riang


Apepun, post ini hanya mahu berbicara tentang "prioriti" yang sering disalah ertikan. Prioriti itu MENGUTAMAKAN sesuatu, bukan MENINGGALKAN sesuatu. Seperti mana Ramadhan yang Allah sediakan sebagai madrasah tarbiyah, agar manusia Fokus mendisiplinkan diri dalam Ibadah, tidak lansung memberi makna bahawa manusia perlu meninggalkan kerja-kerja "dunia" mereka. Mengutamakan RAMADHAN, tidak bermaksud kita boleh bermalas-malasan di meja pejabat. Salah erti yang kita tonjolkan, membawa seribu satu fitnah pada ISLAM.


Alangkah cantiknya ISLAM, sekiranya segala ibadah yang diperintah/digalakkan oeh Allah menjadikan kita lebih cemerlang dalam kerjaya/pelajaran. Buktikan bahawa orang yang solat ialah orang yang rajin, menepati masa. Buktikan mereka yang tidak bercouple, indah akhlaknya sesama manusia. Buktikan mereka yang kahwin ketika belajar, cemerlang akademiknya. Perghhh!!!

"Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama, Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua Jenazah, apabila telah hadir, dan yang ketiga, anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.

Membaca hadis, tidak mudah untuk mempercayainya. Mempercayainya pula, belum pasti membuahkan amalnya.


Si Dolah yang berjaya menjadi AYAH ketika masih bersarjana muda(2012). Bersama kawan-kawannya yang tumpang excited.

Sekian dari Syuib0809



Sunday, 14 June 2015

Malam Si Bujang

Bismillah.

Berkesempatan menghadiri kenduri sahabat lama. Selepas di invite oleh Sopek, aku memang bertekad untuk datang. Hinggalah tiba-tiba aku dijadualkan untuk bertugas sebagai felo pada hari yang sama. Pening. Alhamdulillah, perancangan Allah lebih baik. Felo lain hadir minta tukar jadual bertugas tanpa dipinta. Dan Allah lapangkan masa aku untuk pergi walaupun pada awalnya aku teragak-agak. Bajet lari bulan ni akibat "terbeli" sofa. Haha. Jadi, terpaksa ikut jalan lama sebab nak elak tol.

Mamu adalah form 4 baru yang rapat dengan aku di hujung-hujung zaman persekolahan. Nama betul dia faiz, tapi sebab kulit dia gelap, dia dipanggil mamu. Aku tak pasti apa yang merapatkan kami. Kami bukan satu kelas, bukan juga satu blok. Mungkin sebab dia ni pemalu kot. Dan aku memang perlu mengakui, dia ni memang baik. Datang kenduri seorang diri, memang tiada lansung rakan semesti lain yang hadir. Sorilah mamu, hang memang tak femes.

 9 Tahun lalu. Satu bilik ketika SPM.

Selepas solat zuhur di masjid berdekatan, aku kembali ke kenduri mamu untuk lihat siapa lagi yang hadir. Ternampak Belut(Izzudin) tengah pegang baby dengan seorang wanita.

"anak siapa ni?"

"anak akulah"

"eh, bila masa plak hang kahwin..."

Okeh, inilah akibat "mati" di alam maya.

Melihat rakan-rakan yang kahwin, aku teringat beberapa temubual mengenai kekangan yang dialami oleh seorang lelaki selepas berkahwin. Kebanyakan suami memberitahu masalah utama mereka ialah mereka tidak lagi bebas untuk keluar melepak bersama kawan-kawan, juga dipaksa pulang awal di malam hari. Hmmm...

Mantain mamu ni, aku pulak membesar tanpa halangan. Belut bersama anaknya yang sangat-sangat comel. Hasil kamera Iphone yang menyedihkan.

Malam Bujang di UK.

Aku mungkin tergolong dikalangan lelaki pelik, yang sangat "benci" untuk keluar malam. Hinggakan kalau family ajak keluar pekan malam pun aku agak keberatan. Dengan kawan-kawan? Biasanya setahun dalam 3 kali je aku keluar makan dengan kawan-kawan bagi meraikan reunion. Malam biasa, selepas isyak sudah pun berkurung dalam bilik. Mula "bujang" di UK, aku memang jarang keluar malam melainkan sebab usrah yang habis lewat, ataupun sebab nak layan "jiwang" dengan angin sejuk kota Inggeris. Aku biasanya akan berbasikal pusing bandar Leicester yang sunyi sepi di malam hari sambil membisikkan dua buah lagu kegemaran ketika itu. "Suatu Masa" dari M. Nasir dan juga bahagian awal "Arjuna Mencari Cinta" dari Dewa19. Bahagian awal je, corus dia agak memeningkan. Video klip dia? First time aku tengok time tulis post ni, memang maksiat.. So jangan buka eh.

 Ber"usrah" meredah salji.


Pertama dan terakhir kali menonton bola kat Stadium Leicester City. Itupun sebab tiket murah.

Malam di IPG

Aku sangat-sangat jarang keluar dari kampus. Setiap kali kawan-kawan ajak keluar malam, aku akan sedaya upaya menolak. Hingga mereka akhirnya berhenti mengajak. Cuma, kadang-kadang ikut gak si Yasir pergi pasar malam rabu taman tun sardon sebab air tebu dia sedap. Hehe. Tidak pasti mengapa, aku rasa sayang sangat tertinggal isyak berjemaah. Dan aku sejujurnya selesa menyelesaikan semua urusan luar sebelum isyak. Sekurang-kurangnya antara maghrib dan isyak kalau nak beli apa-apa di supermarket.


“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak.” (HR Bukhari dan Muslim)

Kini di alam pekerjaan, aku masih mengekalkan momentum yang sama. Walaupun kelihatan seperti orang tua-tua, dan "macam xde life". Bagi aku, malam yang Allah zahirkan seribu satu kejahatan, adalah sebuah tempoh masa untuk manusia tinggalkan sebentar urusan mereka di luar rumah. Agar mudah membina generasi yang berada dalam rumah. Juga sebuah kelapangan masa agar diri lebih fokus kepada Pencipta. Melihat satu demi satu jenayah malam yang dikongsikan di media sosial, aku tertanya-tanya, bagaimana manusia masih setia untuk memeriahkannya.



Melihat anak-anak gadis bertudung yang berkeliaran tanpa mahram di malam hari, itu sahaja sudah cukup merunsingkan. Berbeza dengan kota inggeris yang kebingitannya lebih tertumpu di pinggir-pinggir bandar. Pusat bandar kafir mereka hakikatnya sunyi dan lebih menenangkan di malam hari, manakala pusat bandar "Islam" kita pula sungguh-sungguh menyakitkan mata dan hati, dengan hiasan hiburan yang bertujuan menghidupkan kesepian malam.





Hari ni aku tertarik dengan ayat yang dah lama aku tak dengar:
"kalau nak kahwin, kenalah kenal betul-betul. Kalau tak nanti takut menyesal lepas kahwin nanti"

Teringat "tazkirah" yang pernah diberikan kepada rakan waktu "muda-muda" dahulu.

"berapa ramai orang yang bercinta, kenal smpai 6-7 tahun, tapi lepas 3 tahun kahwin, tiba-tiba bercerai. Alasan? Kami berdua tak sehaluan... Pelik kan? Ada masanya, orang yang kita tak kenal itu boleh menjadi lebih baik buat kita. Kerana mereka cuba menjadi sebaik-baik pasangan, membuahkan usaha tanpa "ungkitan" kita yang terhijab dari kejahilan mereka pada masa lalu. Percayalah dengan jodoh Allah. Ada orang yang kita nampak baik sangat, tapi Allah tak jodohkannya untuk kita atas sebab-sebab yang kita tidak pernah tahu. Bilamana kita percaya jodoh itu urusan Allah, kita akan yakin itulah yang terbaik dari Allah... Lalu yang kita cari dari pasangan kita ialah perkara baik-baik yang kita yakin Allah mahu hadiahkan, hingga tertutup kelemahan dirinya. Namun bila urusan jodoh itu di"bulatkan" atas diri sendiri, kita mudah was-was hingga kerap bertanyakan soalan penyesalan, kenapa aku pilih dia ni dahulu?"

"Mungkin" sebab tazkirah nilah aku tak kahwin-kahwin lagi.

Apepun, sangat seronok bersembang dengan "makcik". Hehe

Sekian daripada doktor cinta yang tak pernah bercinta.

Sekian dari Syuib0809

Friday, 5 June 2015

Merapu minggu ini.

Bismillah.

Lama sungguh tak merapu. Tiba-tiba rasa nak "update status" macam budak-budak sekolah rendah kat FB.



Merapu Islamik

Sedang berusaha menjarakkan diri dengan surau kolej. Mahu berjinak-jinak dengan komuniti Masjid yang terletak di luar kolej. Suasana berlainan dengan ribuan majlis ilmu. Pelajar-pelajar kolej yang bertukar saban tahun menyebabkan aku tertanya-tanya "kalau aku mati nanti, siapalah yang akan urus jenazah aku? Takkanlah budak-budak ni"

Okeh, warak sangat bunyinya...

Menu Bujang Merapu.

Selesa makan air tangan sendiri, maka aku bershopping barang dapur di hujung minggu. Kemudian menyeksa diri memasak lepas balik dari ofis.

Isnin: nasi putih+ayam goreng+ kuah lemak nenas(bekal dr kmpung)
Selasa: Chicken chop+French toast(roti telur je)+ cicah serbuk cheese
Rabu: Pizza(frozen)+chicken wings(goreng)+roti bakar.
Khamis: nasi putih+Red Chicken Curry(ayam masak merah)+tomyam(beli)
Jumaat: Lebihan lauk hari khamis... Puihh

Orang melayu, update menu bahasa inggeris, bunyi macam gempak...
Mengharap like..

Aku rindu dapur "Inggeris" ni...
Gosip Merapu.

Kunjungan Mengejut.

Lili Tai tiba-tiba datang pejabat khamis petang. Baru je puji dia kat blog, dan terbaca status "sedih" dia pasal GST kat FB. Tengok gambaq macam makin kurus, rupanya Illusi Optik je. Haha.

Aku sendiri tak tahu nak klasifikasikan "persahabatan" kami macam mana. Sepanjang kat Kolej, Universiti dan IPG, sembang2 kami mesti berakhir dengan pergaduhan. Kadang-kadang tetiba jadi awkward, lagi-lagi bila postgrad Leicester duk gosipkan kami. Berdasarkan sejarah hidup, amoi ni paling banyak "marah" aku depan-depan, mengalahkan mak aku. Tapi, aku selalu "kalah" bila dia ni mintak tolong. Walaupun aku tahu, lepas tolong aku mesti kena marah lagi. siot.

Apepun, seronok jumpa dia walaupun kejap. Tetiba teringat Istilah PILI(PIlus+LiLI) yang postgrad bagi pasal asyik2 muka kami je kat aktiviti postgrad. Gosip merapu dari postgrad yang memang tak mungkin menjadi realiti. Sebab masing-masing memang dah set kan "FriendZone" yang ketat antara kami. Haha. Okeh, bising-bising dia pasal makan sehari RM5 pun, tetap dah pakai VIOS. Perempuan.

Pandai-pandailah korang cari yang mana muka cina. Gambar tidak diHD kan untuk mengelak dimanipulasikan pihak-pihak tidak bertanggungjawap.

Isu Merapu

Matriks Perlis di"kejut"kan dengan pertemuan tanda Salib pada keychain yang diberikan oleh pihak kolej kepada student. Tanda salib dikesan bila keychain tu jatuh dan logo terpisah dari tapaknya. Lalu, pihak kolej nak gantikan dengan yang lain

Dalam hati aku cakap... "Dengan adanya keychain tanpa tanda salib, mungkin budak-budak ni akan rajin datang surau kot..."

Pencarian Merapu.

Sesi ini, aku banyak mengajar modul 1 kerana modul ni "dibanyakkan" oleh kolej. Mencari-cari junior SEMESTI untuk dijadikan teman bergosip, tapi modul III kali ini dipenuhi dengan ore kelate. Aku akhirnya berjaya gak jumpe kat Modul II, seorang budak india yang berjaya di"melayu"kan oleh sekolah aku.

"Nama kamu apa?"...

"Inthiran.."

"kat sekolah orang panggil apa? Nipu la orang macam kamu takde nama gelaran.."

"Anney.."

"okeh, semesti sangat bunyinya..."


Sem ini banyak sungguh anak murid nama Fatin. Dan aku sekali lagi dapat kelas H3P15/P16. Tahun 1997 ni memang femes nama Fatin kot. Ni senarai nama anak murid aku yang mula dengan Fatin:

Fatin Nabila
Fatin Ayuni
Fatin Athirah
Fatin Nazwa
Fatin Fareeda
Fatin Maisarah

Kreatif, tapi takde satu pun yang boleh mencabar kedudukan Fatin sebenar yang berada dalam hati. KahKahKah(Gelak si Nawal)...

Best gak merapu ni.

Kenduri paling latest yang aku hadir. Nama "kawan" aku ni Fatin. Tapi seingat aku, aku tak pernah lansung cakap dengan dia ni. Aku di"paksa" Bayern untuk pergi. Tapi makanan kenduri dia memang best.



Lili kata:

 "hang tu EGO sangat, pasai tu lah tak kahwin-kahwin lagi.."

Kena marah lagi.

  Hang kalau cakap dengan Faiz bukan main lemah gemalai bunyi. Double standard.


Sekian dari Syuib0809.


Monday, 1 June 2015

Si Pemalu Berbadan Dakwah

Bismillah.

Kehadiran pelajar-pelajar baru isnin lepas, maka kolej ini disibukkan dengan persiapan menyambut dan meraikan tetamu-tetamu ini. Selaku felo, aku hanya membantu semampu yang boleh untuk mengawal. Berazam untuk tidak begitu mencampuri urusan pelajar, itu matlamat yang cuba dicapai bagi mengurangkan serabut di kepala. Namun, pemilihan ahli badan dakwah di sini begitu menarik perhatian aku. Sekitar 300 orang pelajar yang memohon, lalu ia menjadi tugas yang sukar untuk menapis, memilih dengan hanya berdasarkan borang dan temuduga ringkas. Proses yang sangat berisiko, namun tiada cara lebih baik berjaya ditemui. Aku sendiri mengakui, kalau aku adalah pelajar seperti mereka, tidak mungkin aku akan terpilih. Kebarangkalian lain, aku mungkin salah seorang yang "takut" untuk mengambil borang permohonan tersebut. Pendek kata, orang-orang yang tidak bersekolah agama seperti aku kelihatan tiada harapan lansung.

Si Pemalu tanpa Dakwah.

"Pilus, kami ada benda penting nak cakap ni. Harap ko tak tolak.." Anas dan Zaim membawa aku duduk ditangga belakang surau, mengasingkan diri dari pelajar lain.

"kami nak lantik kau ganti Azri, untuk jadi Syu'bah Ibadah..." mereka berdua adalah senior dalam badan dakwah yang cukup aku hormat. Hadis dan Ayat Quran keluar dari kepala diorang macam air. Sangat mantop.

Anas(biru paling kiri), Zaim dan Muaz(kanan sekali). Muaz ni lagi dahsyat. Otak dia mashaAllah.

Aku terpinga-pinga dengan seribu satu ke"pelik"kan. Sepanjang 5 tahun belajar di sekolah menengah, aku tidak pernah lansung mendengar mengenai usrah dan badan dakwah. Sekolah kami tiada BADA. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Selepas batch kami keluar, baru junior-junior mula memperkenalkannya. Barangkali terkesan dari kem Nadwah yang hanya disertai oleh para pengawas.

Aku masih memikirkan tawaran dua orang senior tadi. Memikirkan kenapa orang macam aku terpilih. Percaya atau tidak, aku menjadi sangat-sangat pemalu bila masuk ke KYUEM. Malu dan rendah diri yang hadir dengan beribu sebab. Antaranya kerana aku adalah pelajar ambilan kedua, budak kampung yang tiba-tiba tercampak untuk bersama pelajar-pelajar terbaik Malaysia. Hampir majoriti yang masuk kolej itu ialah pelajar straight A's ataupun anak-anak orang kaya yang ambil O Level. Aku masih ingat, bila dengar je fatimah mokhtar(18A) ada dekat situ, terujanya hanya Allah yang tahu. Keratan akhbar mengenainya aku simpan dalam dompet, dan masih ada hingga ke hari ini. Kolej yang sangat "Inggeris", menyebabkan aku menjadi sangat pendiam kerana tidak pandai berbahasa Inggeris. Melihat rakan-rakan yang petah speaking dan outspoken, aku selalu tertunduk malu. Hingga cikgu yang mengajar pun tidak "sanggup" bertanyakan soalan kat aku.

Fatimah yang baju ungu. Baju merah tu pun mantap gila. Biasiswa Khazanah. Si berkopiah pula hafal Quran 30 juzuk, tapi speaking memang thorbaik. Menariknya dua orang muslimat ni, solat subuh diorang memang jaga habis. Walaupun aku lelaki yang selalu datang first subuh(riak jap), diorang ni mesti dah ada. Aku sampai dah hafal mana satu kasut diorang ni. Padahal baju merah tu bukan sekolah agama, Sri Putri tak silap aku. Kerusi kosong tu tempat duduk aku. Jadi Moderator je mampu. Aku kalau jalan depan dua orang ni memang tunduk habis. Rasa "gah" sungguh diorang ni. Dua-dua dah kahwin.

Malu yang ada dalam diri masih belum berjaya diubati. Hingga kini aku masih malu dengan perempuan, orang tua dan ulama'/ustaz. Kerana itu, aku selalu kelihatan "bersendirian" di pejabat. Malu dengan pensyarah-pensyarah yang jauh lebih tua daripada aku.

Kembali pada kisah badan dakwah, aku sememangnya tidak menyerlah. Pelat, maka aku selalu bersembunyi daripada menjadi imam. Ketika itu, pelajar-pelajar dari KISAS, SMAP Kajang/Labu, SMKA, Maahad sudah tentunya menjadi tarikan utama. Cuma selaku orang yang sangat sensitif dengan solat subuh, aku menjadi agak kecewa dengan budak-budak sekolah agama. Hari pertama masuk KY, aku agak terkejut bila surau gelap tanpa seorang pun. Aku mengambil keputusan solat subuh seorang diri dalam surau, setelah 15 minit menunggu. Dalam kepala "mungkin sini memang takde buat subuh berjemaah kot..". Habis saja bagi salam, tiba-tiba Jepah(senior) datang bukak lampu semua. Aku pulak teruih cabut lari sebab malu.

Menjadi tradisi, para junior yang berpotensi akan diberikan tugas-tugas khas mengendalikan program agama supaya senang senior nak cari pengganti. Dan aku tidak pernah tergolong dalam golongan "berpotensi" tersebut. Cuma aku memang suka buat kerja-kerja kuli(adhoc), susun-susun kerusi, basuh pinggan, angkat barang bagai. Sebab itu Senior memang tak kenal aku lansung, sehinggalah aku "dipaksa" memberikan tazkirah. "Menarik perhatian audience", barangkali itu kelebihan yang Allah kurniakan pada aku.

Itu dia!!!. Zaman-zaman(2009) bersemangat nak tubuhkan syarikat motivasi. Tapi lepas aku grad, aku rasa benda-benda ni macam bertujuan nak dapatkan duit je. Padahal diri pun tak bermotivasi.

Tempoh sekitar 8 bulan mengenali, memantau dan menguji para junior, aku perlu mengakui ia adalah tapisan untuk pengganti badan dakwah yang sangat berjaya. Ahli badan dakwah bukan dipilih kerana title "sekolah agama" semata-mata, tetapi dipilih kerana kebolehan memimpin, kecerdasan menjana idea bagi menyelesaikan masalah dakwah, juga atas faktor hubungan/sikap mereka dengan rakan-rakan(masyarakat). Hingga akhirnya badan dakwah dihormati oleh orang bukan Islam kerana kecekapan dan profesional mereka dalam menggerakkan organisasi yang melambangkan Islam. Jauh dari labelan "kolot" yang selalu dipakaikan atas kelemahan BADA.

Asal-Usul Syuib0809

SYUIB0809 adalah singkatan bagi jawatan Syu'bah Ibadah yang aku sandang pada sesi 2008/2009. Sebuah syu'bah yang peranannya hampir sama dengan HES(Hal Ehwal Surau) dalam ANC. Bilangan ahli syu'bah hanya 3 orang, tapi kami boleh mengatur aktiviti hampir setiap hari di surau. Aku selalu "runsing" melihat sebuah lajnah yang berbelas-belas orang, tapi nak hidupkan aktiviti seminggu sekali pun payah. Teringat jepah yang memegang lajnah mulltimedia, setiap minggu blog MUSCOM akan sentiasa berupdate, malah risalah sudah siap tercetak setiap hari jumaat. Lebih menarik, risalah tersebut siap diPDFkan untuk didownload oleh pelajar.

Dua rakan sekerja, Anis tudung putih, Dalila tudung hitam. Yang aku "putih"kan tu si Lili waktu tak pakai tudung lagi. Sekarang memang cantik amoi ni pakai tudung. Haha. Amoi la katakan.



SYUIB0809 aku sematkan sebagai nama blog ini, kerana itulah titik perubahan besar aku mengenali dakwah. Peluang yang diberikan pada "orang bukan agama", juga kepada orang yang "tidak menyerlah" agamanya. Ruang kecil yang berjaya mengubah halatuju seseorang buat selama-lamanya. Agak-agaknya berapa banyak ruang dakwah yang kita tutup kepada golongan-golongan seperti ini?

Apepun, Selamat datang penyambung mata-mata rantai dakwah ANC.
Tunjukkanlah pengorbanan senior2 yang bersengkang mata menapis dan memilih kalian benar-benar dimanfaatkan.

 Muscom0809.(Musolla Community). Aktiviti pertama sebaik sahaja dilantik. Berkampung di Cameron sebab nak bagi semua "masuk" antara satu sama lain. Senang nak kerja bersama.


Sekian dari Syuib0809.