Lama benar mahu menulis mengenai ini. Namun selalu tertangguh.. Cuti yang masih berbaki beberapa hari, tiba-tiba aku sudah pun pulang ke kolej. Tak tahu kenapa, dah sampai sini tetiba menyesal. Aduiih..
Feb 2012, aku seorang remaja yang mengejar teknologi. Saat Malaysia masih belum menerima whatsapp dengan baik, aku dan rakan-rakan di UK sudahpun menggunakan aplikasi tersebut dan juga viber. Cuma aku sendiri kurang pasti bagaimana viber di Malaysia. Yang pastinya, whatsapp memang sangat-sangat popular sekarang ni. Masih teringat group whatsapp yang pertama kali dibuat sesama ahli usrah, memang seronok. Ditambah aku yang duduk agak jauh berbanding ahli lain, maka mengikuti perkembangan dan bersembang dengan mereka terasa mereka begitu dekat dengan diri. Pulang ke Malaysia Julai 2012, tiada lagi whatsapp dalam hidup. Aku sendiri menyedari, malaysia masih belum sepenuhnya menerima whatsapp di awal 2013.
Menjadi pembantu tukang masak di program terakhir 2012. Gambar terakhir yang dikongsikan dalam whatsapp
Teringat meeting unit matematik tahun lepas. Bila unit nak minta seorang penceramah pakar soalan HOT, masalah utama yang diutarakan ialah bayaran yang mahal. Betapa dahsyatnya dunia hari ini bilamana orang-orang bijak pandai menyekat ilmu mereka berdasarkan bayaran. Para alim ulama disekat menyampaikan ilmu dengan tauliah bagai. Ilmu-ilmu yang sahih pula tersekat kerana malasnya manusia membayar harga buku. Lalu, orang-orang yang jahil sewenang-wenangnya berkongsi "ilmu" di medan whatsapp. Yang "BENAR" bukan dinilai dari ketulenan faktanya, tetapi dari keenakan bahasanya. Mesej whatsapp yang kelihatan menarik, itulah yang disebarkan.. Akhirnya, ilmu-ilmu semakin tersorok, yang berkeliaran di minda remaja hanyalah mainan BAHASA.
Sabda baginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh(bodoh) yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad
Aku banyak menyimpulkan bahana whatsapp daripada anak-anak pelajar yang ada di sini. Kadang-kadang sedikit kecewa, bilamana sebaik sahaja habis solat jemaah, whatsapp menjadi perkara pertama yang diterjah. Tengah jalan duk baca whatsapp, time makan baca whatsapp, tengah rehat baca whatsapp, tengah sembang pun boleh leka dengan whatsapp. Yang secara sinis aku boleh katakan diorang ini sangat suka mem"baca". Namun bacaan mereka begitu menakutkan. Bacaan yang tidak punya sebarang faedah, yang tidak punya nilai ilmu, yang penuh dengan gosip dan ketidakpuashatian kepada orang lain. Hinggakan mereka "terpaksa" membaca sesuatu yang tidak perlu, dan mengorbankan masa dari membaca apa yang mereka perlu. Membaca karangan " aku makan maggi, bla3x.. Cikgu tu bajet hensem, keh3x.. Kerja biologi susah giler, tut3x.." aku tidak pasti dimana faedahnya.
Ketika menguruskan pasukan bola tampar, ada beberapa kejadian pelik yang tiba-tiba berlaku di gelanggang. Bila aku tanya kenapa, aku diberitahu yang diorang ni duk bergaduh kat group whatsapp. Automatik keluar dari mulut aku "what the......" Tak pernah-pernah gaduh dekat gelanggang tiba-tiba gaduh kat alam maya. Ingatkan budak lagho je, rupa-rupanya group yang "beragama" pun duk gaduh juga. Sebagaimana, manusia boleh kelihatan alim di alam maya, manusia juga boleh berubah perwatakan mereka berbanding di alam realiti. Manusia yang tak pernah marah depan orang, tiba-tiba boleh mengamuk di whatsapp. Punyelah senyap dalam meeting, tetiba bising dalam perbincangan di laman sosial. Depan-depan semua okey, kat whatsapp semua perkara tak puas hati. Lalu, aku melihat kehebatan whatsapp yang memberanikan individu untuk berkata-berkata. Kata-kata yang datang ketika ditemani hawa nafsu dan syaitan. Memudaratkan dan memutuskan ukhwah.
Aku tidak sedikit pun menolak kelebihan-kelebihan whatsapp dalam menyampaikan maklumat dan mengeratkan hubungan. Cuma kelebihan-kelebihan ini sedikit demi sedikit semakin menjadi duri yang membinasakan. Ketika di zaman kolej, antara sebab utama aku ke surau ialah untuk bertemu dengan kawan-kawan. Nak sampaikan atau kongsi sesuatu mesti perlu bertentang mata dengan kawan-kawan. Maka pertemuan yang biasanya singkat itu cuba dimanfaatkan sebaik-baiknya. Namun kini, segala-galanya dikongsikan di whatsapp. Tak pelu bertemu, whatsapp sudah mencukupi untuk memberitahu segala yang perlu dan tidak perlu. Malah yang lebih menyakitkan hati, pertemuan yang diadakan dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga di depan mata tidak dihargai, sibuk "bertemu" dengan orang lain di whatsapp. Tidak hairanlah makan malam, reunion, hari keluarga, hari raya, masing-masing sibuk dengan henpon di tangan. Pedih..
Daripada Abu Hurairah Radiaallahu’anhu, dari Nabi Sollallahu’alaihiwasallam;
“Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya”
Menongkah arus, aku sendiri tidak pasti ianya tindakan yang tepat atau tidak. Seperti mana aku bebas untuk tidak bersetuju dengan rakan-rakan mengenai whatsapp, maka kalian juga punya hak untuk tidak bersetuju dengan pandangan ini. Dan pastinya, mesti ramai yang tidak bersetuju. Zaman fitnah yang semakin hampir, maka aplikasi-aplikasi sosial sebegini meraikan lagi kedatangannya. Jika dahulu para ulama' begitu tegas dalam disiplin ilmu memastikan kesahihan pelbagai perkara, hari ini ia begitu longgar. Sudah dikira sahih bila di akhir mesej tertulis "sahih dari rakan yang berada di tempat kejadian.." Apakah?? .. "mohon sebarkan.. Adik mangsa sendiri yang maklum petang tadi.." macam tu je?
Aku tidak pasti sampai bila aku boleh bertegas dengan diri. Rakan-rakan sudah beribu kali mengajak. Jemaah sudah acapkali menegur. Ahli Keluarga sudah puas memujuk. Dan terbaru, ketua unit seakan-akan memberikan arahan untuk aku adakan whatsapp. Namun aku masih berdegil..
Barangkali menunggu fenomena whatsapp reda sikit kot. Maaf..
Pemergian seorang lagi sahabat baik, merangkap jiran di kmpp. Makin sunyi gamaknya. Shah sambung belajar di Manchester.
Sekian dari Syuib0809
Negatif positif sentiasa ade, even mkn gula garam pun ade buruk baiknya. Tapi adakah sebab nak elak kesan buruknye, lansung kite xmakan gula garam? Avoiding in this case, could never be the solution.
ReplyDeleteFikir2 kanlah, klau ianya memudahkan urusan muslim lain, kenapa perlu ego dgn pendirian yg mnyusahkan.
Plus, tangan dan akal bijak itu kan boleh memandu ke arah yg ingin dituju?
One more fact, x ikut arus teknologi yg tgh trending xbermaksud u are special or better than others. Peace ��
#kanpanjangakubeleter,cakapdepan2takdengaq
Terima kasih atas nasihat. Memang benar.
ReplyDeleteCuma masalah diri , tangan dan akal yang ada pada penulis tidak sebijak yang disangka.
So, mengenali diri sendiri, sudah tahu memang tak boleh kawal diri.
Cuma takut salah faham, takde plak rasa special or better than others. Sekadar mengajak pembaca melihat whatsapp dari sudut berbeza.
Sekian..