Lama aku tak menulis pasal masak dan makan. Sewaktu di UK, bukan main beriya semua benda nak tunjuk. Merindui makanan-makanan yang dimasak di sana, menyebabkan aku sangat-sangat mencari oven. Setelah hampir 5 bulan survey sana-sini, ternyata oven dekat sunshine ni yang paling murah. Punyalah lama menahan nafsu nak beli benda ni, akhirnya aku tewas gak. Tergila-gilakan oven besar, pembakar ketuhar 52 liter ni aku letak kat lantai je sebab kabinet dah tak muat. Tak sangka plak besar sangat.
Handphone nokia 1110 pula sudah dua hari meragam. Mungkin merajuk dengan kehadiran telefon pintar baru. Mahu menukar sim ke Iphone, tapi rasa sayang benar nak potong bagi kecil. Orang yang tahu aku ada phone baru tapi tiada whatsapp duk tanya apa faedah aku pakai Iphone? So, selain dengar lagu, alarm cock dan baca Quran, ini lagi satu manfaat benda ni.. Tangkap gambar..
Telefon yang pernah berkhidmat sepanjang hidup. biru tu paling lama. Dah nazak sekarang
Menjadi orang bujang ketika belajar, aku punya hobi memasak yang sungguh tidak maskulin. Terbawa-bawa ke dalam kehidupan bujang di alam pekerjaan, peralatan/perkakas dapur diantara perkara utama yang sedaya upaya aku lengkapkan bila masuk ke rumah ni. Melihat bajet, maka duit aku banyak duk habis kat masak, yang secara logiknya lebih mahal berbanding makan di luar (untuk bujang). Teringin nak masak western, so inilah hasilnya. Senang tapi banyak benda nak kena basuh...
Mutton yang dibakar dalam oven, dimakan bersama smash potato buatan sendiri dan salad. Bagi aku, buat sendiri kentang putar ni lagi sedap/berasa berbanding beli kat kedai. Ada gravy(blackpeper campur sup cendawan).. Kehebatan masakan ni banyak pada rasa daging dia. Tak bubuh gravy pun dah umphh.. Cuma malam susah sikit nak tido. Badan panas
Kat UK selalu masak ayam panggang, tapi tak pernah pulak nak tangkap gambar. Oleh kerana teringin nak makan ayam panggang dalam oven, aku buatlah kembali sama macam zaman bealajar dulu. Kentang pun bakar sekali. Cuma bezanya aku dah tak berjaya habiskan separuh ayam ni sekaligus macam zaman muda-muda dulu. Hehe.
Ni pulak adalah lamb. Nak tahu apa beza dengan mutton boleh search dekat google. Dimakan bersama smash potato dan sos yang dibancuh sendiri. Malas nak buat kuah blackpepper. Semua gambar nampak sama sebab menggunakan pinggan yang sama, diletak pada tempat yang sama dan menggunakan sudut yang hampir sama. Padahal ni 3 hari yang berbeza. Tapi kambing memang terbaik!
Abu Hurairah r.a. berkata:
“Suatu ketika dihidangkan ke hadapan Rasulullah SAW semangkuk bubur dan daging. Maka beliau mengambil bahagian lengan (dari daging tersebut), dan bahagian itulah yang paling disenangi oleh Nabi Muhammad SAW.” (HR Muslim)
Post ni sekadar catatan diari. Maka usah ditanya manfaatnya kerana ia untuk imbasan memori pada masa akan datang.
Sekian dari syuib0809.
No comments:
Post a Comment